Friday, March 17, 2017

Akulah Wanita

Salam Ladiess ♥

Untuk renungan bersama

Renungan..

1. Seorang wanita 42 tahun datang klinik untuk routine maternity checkup. Usia kandungan baru 15 minggu. Kata dia, dia saja stop pil perancang bulan 12 tahun lepas. Tak sangka lekat pulak. Kata dia lagi, anak kedua dia bakal melahirkan anak lepas raya nanti. Dia ingatkan nak jaga cucu, tak sangka nanti kena jaga anak sendiri pulak hihi. Kata dia, dia meloya 4 bulan, suami asyik muntah2,check pregnancy test 4 bulan pun negative, tapi perut makin besar. Doktor rujuk untuk scan tengok2 dah ada kantung baby. Lepas habis scan dia malu nak balik rumah. Malam tu dia bagitau suami, suami dia seronok bukan main. Dia ja malu2 hihi. .

2. Seorang remaja 16tahun. Masih bersekolah & kehidupan agak liar. Terlanjur bersama kekonon cinta hati sampai mati. Dah sah mengandung. Menangis dan keluarkan kata2 kesat. Kata dia, dia hanya nak seronok2 tak sangka jadi. Selama ni elok ja tak lekat. Astagfirullah. Saya hanya boleh nasihatkan sebab kalau marah pun tak berguna. Harap dia tak gugurkan anak itu. Ramai sangat yang mahu mengandung tapi tak dapat2. .

3. Seorang wanita baru lepas kahwin bulan lepas. Bulan ni dah dapat tahu mengandung. Alhamdulillah. Seronok tengok riak wajah dia dan suami bila scan nampak kantung bayi & denyutan jantung. Ini momen paling best bila aku jaga klinik ibu anak. Belum bila dah nampak tangan kaki gerak & kadang2 ada rezeki nampak jantina baby. Seronok mereka, gembira lagi aku.


4. Seorang wanita 35 tahun. Berkahwin umur 23 tahun. Sudah 12 tahun menanti pregnancy test positive. Siap ambil anak angkat, siap buat bermacam jenis test, siap makan itu ini, jumpa ustaz dan sebagainya. Tapi masih negative. Allah belum masih mahu memberi rezeki anak untuk mereka. Tetapi alhamdulillah hubungan mereka laki bini bahagia even dgn anak angkat yang satu tu. .
5. Seorang wanita 26 tahun. Berkahwin lepas spm. Sudah beranak tiga dan memutuskan untuk memotong tiub peranakan. Sebab ingat semua akan ok dan takmahu mengandung lagi. Mana tau allah mahu menguji, di usia 30, suami ceraikan dia. Tiga tahun lepas tu dia kahwin lain dan suami baru mahu anak. Allah punya nak uji. Tiub itu cuba disambung balik tapi penuh komplikasi. Dan suami baru pun ceraikan dia juga. Nauzubillah. .

Cerita mengandung ni ada bermacam warna. Ada yang seindah pelangi, ada yang kelam suram & ada yang suam suam. . Tak semua orang gembira dengan kandungan. Tak semua orang bahagia bila ada anak. Tak semua orang mahu zuriat. . Tapi allah takkan beri atau takberi dengan sengaja. Pasti bersebab. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. .

Jika allah sudah kurniakan kamu anak, maka jagalah amanah yang satu itu sebaiknya. Dialah penyambung zuriat, dialah cermin ibu bapa dia. . Jika allah masih tidak mengurniakan zuriat lagi untuk kamu, maka bersabarlah. Berusahalah sehabis baik dan berdoa.

Pasti ada sebab musabab kenapa masih belum ada anak. Mungkin allah masih rindu nak dengar rintih rayu kita.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ[2]
“Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yg membuatnya menjadi Yahudi Nashrani atau Majuzi.” .

Redha & bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita sekarang. . Kerana kasut hidup kita takkan sama dengan kasut hidup orang lain 😊😊

sumber : Info dari ibu hamil..

Terima kasih sudi baca.


13 comments:

Anum Abdullah said...

singgah pagi..

Intan Saffyna said...

@Anum Abdullah hi dear.. apa kabar harini? :)

Noor Maizan said...

Semuanya ada sebab dan alasan kan....

Nour Adieb said...

Allah, menakutkan yg no3 & no5 😭

Ana Fatihah said...

Kisah ke-5 tu sangat besar ujian untuk akak tu. Di usia 30 tahun sudah diceraikan sebanyak dua kali. Tapi takpe, pasti akan ada sinar bahagia setelah diuji. :')

Jepun Mari said...

Allahuakbar, perancangan Allah lg hebat dr pemikiran manusia, ada hikmahnya Allah bg jalan mcm tu, redho & bersyukur

Intan Saffyna said...

@Noor Maizan ye mamasing ada alasan tersendiri tapi kakadang alasan tu di sengajakan.. huhu

Intan Saffyna said...

@Nour Adieb no.3 tu ape yang menakutkannya.. kalau no.5 ye yg tu memang seram.. huhu

Intan Saffyna said...

@Ana Fatihahtula.. kakadang kita tak jangka masa depan tu akan jadi macam mn, jadi kena beringat dan jgn pandai2 melakukan perkara yg tak sepatutnya jika masih mampu mengandung lg.. :"(

Intan Saffyna said...

@Zie Azi betul tu ada hikmah disetiap sesuatu.. kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya.. bersyukurlah dgn nikmat yang diberikan. :)

mek yunie said...

Btol ! Mek stuju tu. Bile dekat labour room / klinik kesihatan - tahu lah cite cite org mengndung ni. Ade yg berkomplikasi. Ade yg mudah. Setiap org pengalamannya berbeza :)

Intan Saffyna said...

@ayunie ramli ohh yeke.. yela..lain org lain ragamnya.. dan masing2 bercerita pengalaman masing2 kan.. :)

Adam said...

Menggugurkan kandungan merupakan satu luka di hati. Bukan hati semua orang. Kenyataan yg benar ialah hati terlalu susah nak sembuh kerana teringat benih yg digugurkan.