Monday, February 13, 2012

Info : Baru Aku Tahu Kepak Ayam Bahaya Untuk Wanita



Assalamualaikum^^

Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.

Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.


Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?

Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.

Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.

Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.

Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).

Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.

Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.

Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.

Credit : prince91.com

TAPI kepak ayam sedap ! Lily like it !

p/s : Terima kasih sebab sudi baca entry ni.

12 comments:

Queen Nouvelle said...

Betul ke ? Kepak ayam sedap laa . Queen suka ^^

lily butterfly said...

@Queen Nouvelle hi. kak lily pun suka kepak.. hihi

LydSunshine said...

Huu...huu.. sob..sob... sedihnya.. kepak is my fav part. Lepas ni kena makan white meat je la.

lily butterfly said...

@LydSunshine sedih kan :(

MAY said...

ye ke..CM pun suke kepak ayam..;(

Anonymous said...

cikgu sy pon ckp kepak aym xelok sgt klu slalu mkn bab t leh dpt kanser~~
=3

lily butterfly said...

@CIK MAY memang ramai yg suka kepak ayam..

lily butterfly said...

@fsheuzuekak lily suka kepak ayam.. tapi skrg dh tak nak makan selalu.. :(

azizi said...

saya pun suka kepak ayam. huhu
tapi tue la, ramai org cakap bahaya makan kepak ayam. nak buat mcm mana kan. kesihatan punya pasal.

lily butterfly said...

@Mohamad Azizi Md Said ye betul.. tapi sedapkan.. kepak ayam madu.. :D

Anonymous said...

The car loan service chargers involved in stamp duty, processing fees, foreclosure chargers, amortization schedule charges, check bounce charges,
statement of account charges, etc payday loan debt relief as soon while you attain your pay cheque, you can funds
money back and grow free and clear.

Anonymous said...

South African single women are the cause of approximately 9 percent of residential property buying while single men be the cause of 8 percent, says FNB best online payday loans all things depend on your repayment capability as you'll be able to repay the credit funds inside giving time duration.

Feel free to visit my blog post :: best online payday loans