Wednesday, February 1, 2012

Tips | Ada Apa Dengan Kunyit (*.*)

Assalamualaikum^^


Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.


Melancarkan Perjalanan Darah 
Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.

Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.


Memanaskan Badan

Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit

Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Beberapa

 kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam. 

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

Kunyit ditanam di mana-mana. Di negara-negara Timur, kunyit digunakan sebagai pengganti saffron dan warna kuning(digunakan sewaktu menggoreng ikan dan ayam) dan sebagai ubat di negara seperti China, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ia ditanam dan boleh didapati tumbuh meliar di merata tempat. Kunyit (Cucurma domestica) adalah tumbuhan yang tumbuh sepanjang tahun. Menurut WHO, kunyit merupakan tumbuhan ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia.

Kandungan kimia
Kunyit merupakan jenis temu-temuan yang mengandungi senyawa kimia berkeaktifan fisiologi iaitu minyak atsiri dan mengandungi senyawa kurkumin. Akar kunyit mengandungi pati dan getah. Minyak atsiri juga memberi aroma harum dan rasa khas pada umbinya. Kunyit mengandungi curcumin(zat berwarna kuning), turmeron, zingiberen, turmerol(minyak turmerin yang menyebabkan aroma dan wangi kunyit), lemak, pati dan damar.
Umbi akar yang berumur lebih dari satu tahun dipakai sebagai ubat (umbi akar bersifat mendinginkan, membersihkan, mempengaruhi bahagian perut, merangsang, melepaskan lebihan gas di usus, menghentikan pendarahan dan mencegah pengentalan darah) selain dari itu juga digunakan sebagai bahan dalam masakan. Kunyit juga digunakan sebagai ubat anti gatal dan anti kejang serta mengurangkan pembengkakan selaput lendir mulut. Kunyit juga diminum sebagai ekstrak atau diguna sebagai salap untuk mengubati bengkak.Kunyit juga berkhasiat untuk menyembuhkan hidung yang tersumbat, caranya dengan membakar kunyit dan menghidunya.
Berdasar perubatan tradisional cina, umbi akar kunyit digunakan ubat untuk sakit dada, perut, sakit lengan dan sakit pada saat haid serta luka luka. Kunyit dianggap sangat mujarab untuk menyembuhkan haid yang tidak teratur, melancarkan aliran darah dan melarutkan gumpalan darah.
Mengamalkan jamu dari muda dan memakan ulam-ulaman juga akan menjadikan kita awet muda. Antara ulam-ulam yang popular ialah pucuk gajus , daum selom , buah putat , lempoyang dan kunyit hidup. Tetapi kunyit hidup tidak boleh diamalkan selalu kerana ianya boleh menpercepatkan monopous. 

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit. 

Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit. 

Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.



credit : forumation.com

Selamat Mencuba.

8 comments:

mohdhazlan Dreadlock said...

byk khasiat jgk ek ..

Intan Wandalaara said...

@mohdhazlan Dreadlock boleh la praktis.. hehe :)

yaya said...

byk nyer khasiat ! nanty nak curi mak pye :P

Intan Wandalaara said...

@yaya hehe.. jgn curi.. mintak kt mak :)

sya fieqa said...

taw byk khasiat tp xmampu la nk mkn mentah2..mesti gigi jadik kuning pastu..
huhuhu

Intan Wandalaara said...

@sya fieqa hehe.. cuba yg lain :)

Cheyah said...

nice info! kena tanam kunyit ni kat rumah :P

Intan Wandalaara said...

@Cheyah gud idea..jimat! :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna