Tuesday, May 29, 2012

Drama Bersiri - Gemersik Kalbu | Full Vision



Assalamualaikum^^


Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.
Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?



Adaptasi Novel Gemersik Kalbu - Anis Ayuni


Gemersik Kalbu :: Episod 1
Gemersik Kalbu :: Episod 2
Gemersik Kalbu :: Episod 3
Gemersik Kalbu :: Episod 4
Gemersik Kalbu :: Episod 5
Gemersik Kalbu :: Episod 6
Gemersik Kalbu :: Episod 7
Gemersik Kalbu :: Episod 8
Gemersik Kalbu :: Episod 9
Gemersik Kalbu :: Episod 10
Gemersik Kalbu :: Episod 11
Gemersik Kalbu :: Episod 12
Gemersik Kalbu :: Episod 13
Gemersik Kalbu :: Episod 14
Gemersik Kalbu :: Episod 15
Gemersik Kalbu :: Episod 16
Gemersik Kalbu :: Episod 17
Gemersik Kalbu :: Episod 18
Gemersik Kalbu :: Episod 19
Gemersik Kalbu :: Episod 20
Gemersik Kalbu :: Episod 21
Gemersik Kalbu :: Episod 22
Gemersik Kalbu :: Episod 23
Gemersik Kalbu :: Episod 24 - End

p.s : Selamat Menonton - share by ohmedia

No comments:

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna