Wednesday, May 02, 2012

Giveaway Buku PTS Pilihan saya

Assalamualaikum^^

Huhh.. rajin sangat lily bw serata dunia hari ni.. sehingga sampai ke dunia eropah dan patah balik ke malaysia, dah tu pulak jumpa pulak Giveaway ni..
katanya kalau nak dapat buku percuma  join giveaway ni.. moga-moga dapat la kan buku free ni..

Tapi kan.. tahniah la kat muazfaiz sebab berjaya memenangi baucer rm800. banyak tu.. tak terabis nak borong buku banyak-banyak..
oleh itu awak pilih kak lily tau boleh la kak lily baca buku sampai tembus jugak.. hehe..


Syarat simple sangat, lily dah buat, pasni lily nak senarai buku yang lily suka , minat , teringin nak baca... awak yang tengok tu tak join ke ? meh la..
sebelum tamat pukul 12 tengah malam ok.

Keistimewaan Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu ini terletak pada setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya. ~Nisah Haron, Novelis Lentera Mustika.
Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu secara terbatas, mengajak khalayak pembaca supaya berfikir, sekecil mana peristiwa kehidupan yang dihadapi oleh manusia, ia adalah kepunyaan Allah. Kita hanyalah insan kerdil yang pasti menghadapNya, lalu kekal selamanya dalam satu kehidupan baru.



Adakah nikmat kehidupan yang lebih mulia dan indah daripada cinta yang direstui Allah dan Rasul-Nya? Seisi alam semesta turut bahagia menyaksikan kebahagiaan mereka. Ini baru setitik nikmat yang berasal dari satu Asma Allah yang diturunkan untuk dunia. Atas nama cinta, dengan gementar, Mustafa menempelkan bibirnya ke ubun-ubun Laila.

Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan. 
Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar.
Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, sehingga kadangkala terlupa,
itu semua ilham daripada Tuhan yang Maha Esa.

  • Kesedaran menjadikan rumah sebagai pusat bisnes makin menjadi trend. Namun, memilih apa jenis bisnes yang ingin dilakukan di rumah sememangnya tidak mudah.
    Oleh itu, buku 101 Idea Bisnes Home-Based ini mengungkap sebanyak 101 idea untuk melakukan bisnes di rumah. Setiap idea yang dibentangkan dengan padat, meliputi:
    - Paparan suasana dan peluang yang boleh diraih.
    - Kelengkapan asas yang harus disediakan.
    - Taktik meletak harga produk atau servis.
    - Strategi pemasaran dan pengiklanan.
    - Cadangan latihan dan kemahiran.
    - Sasaran pelanggan.
    - Tip kejayaan.
    Berikan pendapatan tambahan untuk seisi rumah, dan mulakan bisnes untuk bekerja secara anjal lagi selesa di rumah sendiri, dengan memiliki buku ini.
    Bukan sekadar usahawan dan graduan menganggur, malah golongan kurang upaya dan warga emas juga pasti mendapat manfaat jika mengamalkannya.
    Junaidah Hamdan, pernah bertugas sebagai penolong pengurus sumber manusia di salah sebuah syarikat swasta. Antara buku lain yang turut ditulis oleh Junaidah Hamdan ialah Buat Duit dengan Restoran.

Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka.
Blog adalah jurnal maya yang kerap dikemas kini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan. Semua orang bebas memiliki dan menjana pendapatan melalui blog. Melalui buku ini pembaca didedahkan dengan:
Perkara asas dalam Blog
Blog vs Laman Web
Teknik menghasilkan blog
Sumber utama wang
Strategi buat duit melalui blog
Turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.
Giveaway Buku PTS Pilihan anda adalah anjuran Muazfaris.com dan SEO Lelaki Kacak
Terima Kasih.