Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan Dan Selamat Berpuasa.



Assalamualaikum^^

Alhamdulillah… Ramadhan menjelma lagi. Syukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh kemulian. Bulan di mana Syurga merindui ahlinya. Semoga kita tergolong dikalangan ahli syurga. InsyaAllah…


Malam ni dah mula menaip tentang ramadhan, dan mula cari kepentingan tentang ramadhan, tetiba merasakan keinsafan dalam diri, apatah lagi diri yang tak lari dari melakukan kesilapan didunia.

Terasa sangat sunyi bila mengenang lagi aku berada seorang diri sini, semua orang tak de, balik kampung, keluarga balik kampung. aku? tinggal sepi.

Bersahur sengorang, berbuka berteman.
Namun begitu, aku tetap nak kongsikan betapa besarnya keberkatan ramadhan.



Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam PertamaDiampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam KeduaDiampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa 
kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam KetigaPara malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar 
meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-
dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam KeempatOrang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala 
yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam KelimaAllah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan 
sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam KeenamAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang 
bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang 
mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam KetujuhSeolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang 
musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam KelapanAllah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang 
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam KesembilanAllah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi 
Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Ke sepuluhAllah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Ke sebelasIa meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Ke dua belasIa akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Ketiga belasIa akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan 
keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Keempat belasMalaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan 
menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kelima belasSemua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah 
mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Keenam belasAllah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan 
dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Ketujuh belasAllah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kelapan belasMalaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan 
dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kesembilan belasAllah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluhAllah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang 
soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh satuAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh duaIa akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari 
tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh tigaAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh empatAllah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang 
mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh limaAllah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh enamAllah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang 
mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh tujuhAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh lapanAllah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua puluh sembilanAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Ketiga puluhAllah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir 
dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang 
Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama 
salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang 
bernama Al-Kautsar.


ps: Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

3 comments:

k said...

Nice Info :D Btw Happy Fasting

Cromirama Elcy said...

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.. salam rock

Unknown said...

Salam Ramadhan :D