Tuesday, July 31, 2012

Drama Bersiri - Bukan Untukmu | Full Vision

Assalamualaikum^^

Bukan Untukmu mengisahkan konflik perceraian yg tak diduga apabila Iskandar (Ako Mustapha) langsung tidak menyangka bahawa talak lima yang dilakonkan secara gurauan bersama Nadia (Memey Suhaiza) menjadi permulaan kepada mimpi ngeri mereka. Mereka yang sebelum ini satu keluarga yang bahagia, kini hidup menderita kerana terpaksa berpisah. Sebak di hati mereka bertambah apabila mendapat tahu bahawa Nadia terpaksa berkahwin dengan seseorang dahulu dan menceraikannya sebelum Iskandar dapat bersama Nadia kembali.

Bermulalah rancangan Iskandar untuk mencari seseorang yang rela menjadi ‘cina buta’ kepada Nadia. Nadia akhirnya bertemu dengan Hafiz yang jauh lebih muda. Walaupun Hafiz tidak hidup mewah, dia merupakan suami yang baik kepada Nadia. Bagaimanakah nasib Iskandar dan Nadia akhirnya? Adakah Hafiz akan memberi cahaya baru kepada Nadia atau berjayakah rancangan Iskandar untuk mendapatkan kembali isteri tercintanya itu?

Pelakon Drama Bukan Untukmu Slot Ratu Di TV9: Ako Mustapha, Memey Suhaiza
Drama penuh syahdu Bukan Untukmu akan mula bersiaran pada 12 Mac 2012 setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9

Saksikan dugaan yang terpaksa dilalui oleh mereka!


Bukan Untukmu | Episode 1
Bukan Untukmu | Episode 2
Bukan Untukmu | Episode 3
Bukan Untukmu | Episode 4
Bukan Untukmu | Episode 5
Bukan Untukmu | Episode 6
Bukan Untukmu | Episode 7
Bukan Untukmu | Episode 8
Bukan Untukmu | Episode 9
Bukan Untukmu | Episode 10
Bukan Untukmu | Episode 11
Bukan Untukmu | Episode 12
Bukan Untukmu | Episode 13
Bukan Untukmu | Episode 14
Bukan Untukmu | Episode 15
Credit : cerita master

Selamat Menonton.

No comments: