Sunday, February 24, 2013

Kursus Pra Perkahwinan yang menggembirakan

Assalamualaikum^^

Mula-mula nak taip entry ni pun dah rasa gembira macam dapat makan ais krim paddle pop hasil dari orang lain belanja. oleh kerana saya cakap pasal ais krim pelangi tu terus meleleh air liur sekarang. baiklah.

semuanya disebabkan mama dan adik. adik dah pergi kursus kawen lebih awal dari saya maka adik boleh kawin dulu, tapi sori kakak tak izikan okey. harap paham. mama pulak bila kakak cakap pasal nak kawen awal january lepas terus mama cakap, eh kak kau tu belum p kursus lagi?? kakak sentap.

dekat dua minggu kakak sentap. terus kakak fikir nak pergi kursus dengan jayanya. maka berjaya lah kakak menghadiri kursus perkahwinan yang bergembirakan selama 2 hari.

16 - 17 February 2013 yang lepas.


hari pertama datang daftar masuk rm80, oh sementinya saya datang dengan pasangan, lebih afdal katanya. sebab bila sama-sama dalam satu dewan, sama-sama dengar ceramah yang sama akan membuatkan masing-masing akan faham erti alam berumah tangga.

Nampak sangat dah tua baru nak kenal tentang kehidupan ber-suami isteri. rakan sebaya semua dah beranak pinak tapi saya baru dengan langkah pertama. namun begitu, ada yang lebih tua jugak menghadiri kursus. maka saya muda lagi sekarang. sentap lagi.

sampai je tempat duduk sendiri macam wayang jugak nak kena cari kerusi dengan numbor sendiri, perasaan mengantok membuak-buak sebab fikir ohh ceramah eh mesti bosan-boring.

Tapi, selepas penceramah datang tetiba jadi segar. sebab ustazah tu sangat exited nak bagi penerangan. happening sungguh dia. comel jugak.
uztaz pun boleh tahan lawakingnya. membuatkan berdekah-dekah perut. eh perut?
sangat mengembirakan satu hari itu. terbaikk mcm makan satey tepi jalan. terliur satay pulak dah.

hari ke-2 pun best, tapi tak sampai petang macam hari sabtu, pukul 1.00 ptg dah balik.. bila dengar balik awal terus teruja nak balik cepat, bila dah masuk dewan pada itu rasa , eh alamak dah pukul 1.00 ptg la.... cepatnya habis. see.. itu bermakna keseronokan berganda pada hari terakhir.


saya memilih MAHLIGAI FIRDAUS sebagai tempat untuk saya menghadiri kursus pra perkhawinan ni, saya google untuk dapat nombor telefon dan terus booking dan datang pada tarikh yang saya pilih sendiri. senangkan?

Mahligai Firdaus adalah yang terbaik. bukan sahaja mengadakan kursus malah menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk perkahwinan.. seronok bukan.?

sebenarnya saya dan en.pasangan gagah datang ke setiawangsa untuk mahligai firdaus, padahal yang dekat pun ada seperti setapak-danau kota. kegagahan kitaorang membawa kebahagiaan dan keseronokan berganda rupanya.

Tapi, ada tapinya.. sijil kursus tak dapat di hari terakhir kami. katanya hari khamis baru boleh terima. sabar ye kakak..

yeayyy.. dah setel langkah pertama. cepat-cepat balik rumah nak jumpa mama.. kakak dah tak sabar nak bagitahu mama yang perkara mama dok sebut-sebut dah selesai walaupun kakak belum dapat sijil.

sekurang-kurangnya dah habis bab satu, tapi.... tapi lagi, ingatkan mama dah diam dah, rupanya ada lagi.. eh kak nanti kau kena p kelinik check ujian hiv.. pulakdahh.. adalagi... nanti la dulu ma, kakak baru je balik. yela mama cakap nanti la kau pergi.. baiklah.

mama sungguh risau,saya pulak buat relex je.. kakak nak kawen bulan enam bukan esok lusa.. bawak bersabar. bersemangat nak bermenantu ke ape mama aku ni?? tak paham. tetibe.

Terima kasih sudi baca.

2 comments:

Anonymous said...

Quality articles or reviews is the main to invite the visitors to pay
a quick visit the web site, that's what this site is providing.

My webpage :: http://asayisberkemal.blogspot.fr/2005/06/almaty-notlar.html

Anonymous said...

[url=http://valtrexrxonline.com]valtrex no prescription[/url] - buy valtrex online without prescription , http://valtrexrxonline.com valtrex 500 mg