Wednesday, December 14, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 7 : Apa Yang Saya Baca

Salam Ladiess ♥

aduh! part ni paling lemah sebab aku bukan seorang ulat buku. pernah baca novel pun zaman jiwang dulu masa bujang.. boleh la feeling leleh. sekarang ni dah tak dapat nak himpun masa untuk membaca. tak dan haih! 

oleh itu, untuk entry kali ni, aku tak baca apa-apa pun buat masa sekarang. tapi ada la selai dua aku buka google tengok beberapa info semasa.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. 

Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. 

Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. 
Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca. 

so, ini lah yang saya sedang baca. k bai.
Terima kasih sudi baca.



6 comments:

raihanah said...

blog jangan tak blog sis. salam kenal

Shikin Razali said...

Walaupun baca dalam google, tapi ianya masih tetap dikira sebagai membaca... =)

Unni anje said...

budaya membaca menambah ilmu y lebih bnyak

Intan Saffyna said...

@raihanah tq dear, salam perkenalan :)

Intan Saffyna said...

@Shikin Razali betul tu sis.. hehe :)

Intan Saffyna said...

@Unni Anje akk jarang membaca tp suka melihat.. hehe :)