Wednesday, January 11, 2017

Mermaid Skirt Gaya Muslimah

Salam Ladiess ♥

Siapa tak pernah tengok hijabista menggayakan mermaid skirt? Mesti la pernah. Gaya ini sangat trendy untuk Muslimah moden zaman sekarang. Untuk skirt style terbaik ini, anda hanya memerlukan keyakinan dan sepasang mermaid skirt atau skirt duyung. Nak tips lebih lanjut? Mari kita baca post hari ini sebab banyak gambar dan sumber inspirasi untuk anda memulakan gaya mermaid skirt ini.


1. Gaya Instant Kasual
Untuk mereka yang lebih kasual, beli mermaid skirt jenis labuh dan gayakan bersama jaket denim atau jaket kulit untuk gaya lebih moden. Untuk gaya kasual, elok kalau pakai kasut jenis flats. Elakkan dari memakai kasut tumit tinggi sebaba kalau tak nanti terlalu formal rupa anda nanti ya.


2. Gaya Formal Anggun
Bagi mereka yang ada cara penting untuk dituju, cara memakai mermaid skirt begini lebih sesuai. Dengan memakai kasut tinggi, gaya anda akan nampak lebih sofistikated dan elegan. Juga amat sesuai untuk penggambaran semasa sambutan hari jadi atau ulang tahun, pemakaian mermaid skirt dengan gaya begini memberikan anda lebih keyakinan.
3. Gaya Sambutan Khas
Ini merupakan masa dan cara menggayakan mermaid skirt paling mudah. Masa sambutan Hari Raya, pilih untuk design baju kurung dengan potongan skirt jenis duyung. Untuk hari penting anda, iaitu masa perkahwinan, gaya mermaid skirt akan memberikan anda lebih keunggulan. Daripada gaya skirt biasa, mermaid skirt akan menambahkan seri pengantin dengan lebih.

Mermaid skirt terdapat banyak jenis jadi terpulang kepada anda bagaimana anda akan menggayakannya. Apakah gaya mermaid skirt kegemaran anda?

Terima kasih sudi baca.


5 comments:

Lea Azleeya said...

pakai skirt kalau pandai digayakan mesti cantik...

Puteri said...

kalau saya pakai skirt, mesti nampak buruk hahaha selalunya saya pakai skirt dengan blouse kalau nak pergi kenduri.

MiaZain said...

cantik tengok orang pakai skirt. kalau pandai pilih skirt, memang cantik...

Noor Maizan said...

Semua cantik, tapi sy takde shape,hahaha,tak cantik pakai skirt.

Kak fyna, minta maaf sbb sy minta masa sikit utk post hadiah haritu..maaf...

Nurfilzahnurfya said...

teringin nak cubaa tapi body xde shape lak hahaha. adehh