Sunday, January 01, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Salam Ladiess ♥

sampai bila nak duduk dalam kegelapan? aku mesti melangkah kehadapan. walaupun penuh dengan dugaan. aku kena lakukan perubahan walau dalam rintangan. rasa bangga dan seronok tengok kejayaan orang lain. mengeletar seluruh badan kerana hati ingin kejayaan macam tu.

tapi dimanakah permulaan nya? dah berapa kali aku cuba untuk memulakan. tapi masih lagi terhenti. kenapa? kat mana kesilapannya? adakah aku belum tersedar dari kelebihan yang aku miliki? adakah aku malas? kurang keyakinan? risaukan orang sekeliling? kenapa aku perlu berfikiran macam tu? tolonglah jawab soalan aku ni! sebab aku takde jawapannya.
Kadang kala aku dah putus asa, rasa sangat tertekan, rasa dah tak nak ambik peduli lagi dengan semua ni.. tapi aku sendiri tak mampu nak mengudur diri. rasa berbelah bagi, kalau aku biarkan tak boleh sebab dah separuh jalan aku langkah, kalau teruskan ia terhenti. pening aku.


yang pasti perjuangan mesti diteruskan! aku akan cuba selagi mampu. aku kena kuat, aku kena berkorban, aku kena tabahkan hati, aku kena bertindak!!!

puas aku berdoa, tapi mungkin aku kurang berusaha. Ya Allah permudahkan lah! murahkan rezeki! izinkanlah aku melakukannya! aku ikhlas dengan usaha ni.. berikanlah aku kejayaan seperti mana kau berikan pada orang lain. Amin.

Tolong doakan aku ye, sebab aku tengah berada dalam fasa baru sekarang. semoga aku akan terus beristiqamah. inshaAllah.😘😘😘


Terima kasih sudi baca.

10 comments:

Hi, Jangan Lupa Tinggalkan Comment Anda Disini ye..
Happy Always:)