Sunday, May 07, 2017

Hadiah Dari Blogger Untuk Blogger

Salam Ladiess ♥

sekian lama aku simpan gift ni, baru harini ada kesempatan untuk post satu entry penghargaan dan terima kasih kepada gadis-gadis blogger ni.. Alhamdulillah ini adalah rezeki tak di duga setelah lama aku tak join giveaway dari blog-blog kengkawan..

inshaAllah bila diberi kesempatan aku akan join giveaway dan segmen yang setiap blogger anjurkan.. kakadang kekangan masa nak blogwalking jadi aku tak perasaan giveaway sedang berlansung.  jadi sesiapa yang buat contest, giveaway atau segmen tu tolong la tag aku.. hehe

aku tak mengharapkan hadiah sangat, kalau diberikan atau bertuah tu aku bersyukur sangat, sebab orang memberi kita merasa. tak gitu.. bagi aku apa yang penting kita support blogger yang buat giveaway tu seikhlas hati. di samping tu, dapat berkenalan dan mengeratkan silaturahim dalam masa yang sama boleh tambah kenalan..  saya bukan blogger sombong tau.. hehee sila-sila lah tegur saya..😅


Jom kita tengok apa yang aku dapat.. 👇



ini dari blogger Mayy Jie, aku dapat sabun coffee, memang sebelum ni aku tak pernah guna lagi sabun ni.. katanya sabun ni bagus untuk sental daki-daki.. so boleh aku cuba lepas ni.. sebenarnya aku dapat satu je, tapi yang satu lagi  tu mana datang tah aku lupa, tapi aku masukan je la gambar sekali.. hehe

To Mayy.. thank you untuk hadiah ni.. nanti ada lagi giveaway jangan lupa tag kak fyna ye.. hehe


Yang ni dari blogger kak Mia Liana, comelnyaala hai fridge magnet selipar padang besar ni, masa giveaway ni tengah run, aku pun ada jalan-jalan di padang besar, mood masih bermimpi barang murah kat sana, tetiba aku dipilih diantara yang menang fridge magnet ni. aku ada beli satu fridge magnet ni kat sana, dan menang satu, jadi dua lah fridge magnat padang besar aku ada..hehee

To kak mia, thank you ye untuk hadiah giveaway ni, nanti kalau akak buat giveaway lagi tag saya kay..
*****
Review ni ikhlas tau, sebab takde tajuk terkini sekarang, lagi pun tengah kemas barang tadi sebab nak pegi penang next teusday untuk food event, tetiba nampak hadiah ni and terus buat entry penghargaan. terima kasih ye semua, semoga anda semua sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam berblogging.. inshaAllah. 💪😍


Terima kasih sudi baca.


4 comments:

Mia Liana said...

wahhh... dah sampai.. thanks buat entri ni... tq so much..

Noor Maizan said...

Ala sweetnya akak, harap suka hadiah tak seberapa T_T..

Intan Saffyna said...

@Mia Lianawelcome sis mia.. :)

Intan Saffyna said...

@Noor Maizan alaa.. takde sweetnya.. takut bersemut blog ni.. kehekeh.. akk dah try sabun tum best macam scrub.. thanks mayy :)