Saturday, June 24, 2017
Mood Raya Dah Sampai, Tak Sabar Nak Balik Kampung
Ramadhan dah hampir kepenhujungnya.. ya Allah rindunnya nak bertemu dengan ramadhan lagi. jika diizinkan.. inshaAllah tahun depan berjumpa lagi. selalu berdoa untuk berada dalam ramadhan yang diberkati dan dirahmati, serta diampunkan segala dosa. seperti ditahun-tahun yang lepas hari raya akan di sambut di kampung rumah mertua. suasana tu dah kian terasa sangat.. rasa berkobar-kobar tak sabar nak balik kampung.
Di manakah anda meraikan Raya tahun ini?
Setiap tahun dua tiga hari lagi sebelum raya mesti akan balik rumah mertua dulu di penang, lepas tu raya kedua baru gerak pegi kedah pulak rumah tok aku, (kampung mama). bukan jauh pun satu jalan je kan.. biasanya malam raya dirumah mertua selalu meriah, dengan bunyi mercunnya pung pang pung pang.. tapi aku tak minat sangat bingit telinga.,. hehe.. dengan riuh rendah anak buah lagi.. memang seronok la.. kami ipar duai ni, masing-masing menbuzy, ada yang kalut ngan anak, yang tengok tunggu turn nak gosok baju raya.. sebok tolong mak mertua buat rendang daging kat dapur.. isi kuih raya dalam balang.. macam-macam gelagat boleh tengok. rindu suasana macam tu setiap tahun, berkumpul raramai adik beradik. nak pulak adik beradik ramai macam husband iols ni. hehe
Senaraikan keperluan "balik kampung" anda
sebelum ada anak dulu, macam² keperluan jugak bawak balik kampung, bila dah anak sorang lagi banyak keperluan yang perlu dibawak bila balik kampung, antara dah jadi benda wajib dan perlu bawak balik kampung adalah.. selain keperluan pakaian sendiri/suami, peralatan mandi, keperluan asas anak, ada yang lagi keperluan penting yang kena bawak balik kampuang seperti kelambu moden, kipas meja, toto, bantal selimut, plus air panas dan setereka. bila berada di kampung time raya memang ramai akan berkumpul tido satu rumah, dan dah jadi kebiasaan masing-masing akan bawak sendiri punya keperluan. :)
Apa yang anda ingin beli di platform Lazada untuk membawa "balik kampung"?
Bila putera mikaell dah 2 tahun, dah tak duduk kat reba aku dan. dia duduk belakang je luas sikit, suka hati la nak main ape pun kat seat belakang tu7, asalkan tak bukak pindu dah lahh hehe. memang dah lock siap² kalau anak duduk belakang. jadi bila perjalanan jauh memang sesuai pasang car bed ni.. boleh tido, main kat situ, selesa la kan..
Pensonic PTF5001 5.0L Thermopot (red)
Thermospot ni selalu tak cukup bila balik kampung, bagi anak yang menyusu lagi atau sesuai bagi yang anak kecik, rasanya kena bawak sendiri sebab senang nak bancuh susu tak perlu rebut dah.. hehe kakadang bukan nak berebut pun, tapi bila balik kampung semua nak kena cepat, jadi kalau air kurang dalam tu, nak kena tunggu masak kang lama.. anak pun sempat la meragam kan.. hehe
untuk semua setiap pembelian di lazada malaysia sekrang ada diskaun tau, Sempena jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya dengan special diskaun sehingga 90%. Kempen ni berlansung sehingga 30 Jun 2017. pastinya harga yang sangat berbaloi dan menjimatkan.. banyak keperluan balik kampung dan persiapan berhari raya boleh beli di lazada malaysia.
Terima kasih sudi baca.
5 comments:
Selamat hari raya!
selamat Hari Raya kak intannnnn <3
@Noor Azlan selamat hari raya :)
@Syazana hi, selamat hari raya aidilfitri.. :)
@Busyra Bt Takiyudin selamat hari raya busyra :)
Post a Comment