Thursday, November 16, 2017

Setahun Blogging

Salam Ladiess ♥

Bismillahirahmanirrahim.. Alhamdulillah rindu nak update entri personal, dah lama rasanya tak mengomel dalam blog, sebenarnya nak bagi tahu tapi aku sendiri tak ingat tarikh yang betul bila agak aku dah capai angka setahun berblogging.. eh bukan, aku KEMBALI BERBLOGGIN DAH SETAHUN setelah kian lama menghilang dulu. semuanya ada sebab tertentu, bukan tak pasal-pasal hilang.. tak sangka masa tu cepat berlalu, kalau aku pregnant dah keluar sorang budak kecil tangan dah gapai²..comenya.. hehe *tetiba

aku mula godek-godek menda tah lupa, tetiba dapat balik blog yang hilang domain beberapa tahun lepas. aku dapat blog ni pada bulan november tahun lepas, cuma tak ingat tarikh bila. sekarang dah setahun aku kembali dalam dunia blog.

sepanjang setahun aku berada dalam dunia blog ni, bermacam cubaan dan pahit getir yang aku lalui. wahh drama sangat ni. keheke.. tak lah.. banyak manis dari pahit sebenarnya.. sebab sejak jumpa blog ni, rezeki blog semakin melimpah ruah. Alhamdulillah. rezeki anak aku ni sebab dia akan selalu tanya banyak soalan bila aku baru nak mula menaip blog. (kire pencetus idea konon...)😂😂



blog ni dulu banyak entry personal sebab aku mula create blog sejak umur dopluh bape tah tapi start 2010 tak silap, jadi post lama banyak aku dah delete oleh kerana zaman bengong-bengong taip ikut suka. hahah ada yang aku dah edit sebab luahan perasaan tu dah macam kau rasa nak sepak terajang..kahakha,.lagi satu sebab aku free hair dulu so padam la gambar lama.. ye dak. *jangan baca post lama aku kalau taknak jadi bengong.. haha

sekarang dah umur tua mak mak ni entri semua bersebab, ada pengertian dan entry keluarga. review client.. so isi-isi nya bermanfaat jugak la.. aku harap blog ni dapat menbantu bagi siapa yang cari tips dan info tentang pengalaman aku.

dan aku harap lepas ni dan tahun-tahun akan datang aku akan lebih rajin lagi blogwalking, update blog dan mencari idea² baru. semoga diberi peluang mencari rezeki melalui blog. sebab sekrang tak macam dulu, banyak job untuk blogger. pergi event sejam pun dalam payment. yang penting kerja jalan la kan.. hehe

itu je kot, ni aku taip pukul tiga pagi.. mengantuk toksah kata la.. tapi gigih tahan mata jugak sebab esok banyak keje lain nak buat, kena submit entri client esok.. tapi esok jugak baru nak edit gambar letak watermark. oklah bye..

ps: rindunakmeroyandekatblogsendiri.

Terima kasih sudi baca.

11 comments:

Hi, Jangan Lupa Tinggalkan Comment Anda Disini ye..
Happy Always:)