Sunday, January 7, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Salam Ladiess ♥

Hi semua, lama betul aku tak menaip ni, sebelum itu nak ucap Selamat Tahun Baru kat semua kawan blog. masih sempat lagi kan, yela baru seminggu kita sambut tahun baru.. hm rindunya kat semua, rindu kat blog jugak, sampai dah bersawang habis blog ni.. banyak betul nak cerita ni, tapi tak tau nak mula dari mana..

Alhamdulillah, sepanjang tahun 2017 semua perkara yang berlaku banyak kenangan, pahit manis ku telan jua.. gitu kan.. hehe seronok la sepanjang tahun  lepas, apa yang mengembirakan ialah bila anak membesar sihat depan mata, syukur sangat.. lagi satu aku berjaya menjadi blogger sepanjang setahun lepas, sejak kembali berblogging di penghujung duaribunambelas yang lalu.. yes! berjaya jugak aku hadap blog.. ini pun satu pencapaian yang aku terima.. rezeki yang diterima sepanjang jadi blogger tak kurang hebatnya Alhamdulillah.. terima kasih sebab support blog ni..


cuma di hujung tahun ni 2017, aku kurang aktif sikit, sejak oktober lalu.. maaf la bagi yang mencari aku dalam dunia blog ni, aku bukan melarikan diri pun ada je ni ha umah tengah mereput. hehe
ada beberapa sebab aku hilang di alam maya.. poyo ayat.. haha mungkin ada orang paham ada yang tidak kalau tak mengalami sendiri..

antaranya ialah..
Barang Giveaway & Pregnant
oktober lepas aku ada mengandakan giveaway di blog ni, aku harap pemenang dah terima hadiah dari semua sponsor la ye.. tapi masih ada lagi pemenang yang belum terima hadiah dari aku sendiri yang sponsor, haha teruk kan sampai sekarang ada yang belum dapat.. okey kat sini aku nak menjelaskan sebab aku lambat pos..

hm.. tarik nafas*... sebenarnya aku tak berapa sihat sejak oktober november disember lepas.. aku mengalami pening kepala yang pusing-pusing tu.. aku sendiri tak faham kenapa.. sampai nak jalan pun rasa menyeget ketepi je.. dah kenapa kan.. haha bila duduk bangun baring buat apa je kepala jadi berputar macam halilitar.. kekdahnya.. masuk november period lewat.. rupanya aku pregnant beb..😅 (nanti aku up entry lain pasal ni)

sejak dari tu, aku dilarang driving oleh suami aku dan keluar rumah pun tak boleh.. (keluar seminit sidai kain boleh la..hehe) takkan nak bantah kan.. sebab semua tu untuk menjaga kesihatan aku dan keselamatan aku.. maka mereput la aku dalam rumah selama tiga bulan. amik kau lama kan.. kau sanggup?


so, itu la sebab aku lambat pos barang.. suami aku selalu outstation luar, so aku malas nak ganggu kerja dia dengan barang yang aku sendiri sponser.. so aku peram je la sementara aku nak hilang kepala pusing2 ni.. tapi baru2 ni aku ada pos dah untuk beberapa orang.. harap korang terima dengan selamat la ye.. kalau lambat sampai tu jangan complain banyak sangat sebab aku tampal setem je kat barang korang tu.. hahah  ada beberapa barang lagi aku akan pos hari rabu nanti.

Tolak Event & Tak boleh hadap cahaya

Sepanjang tiga bulan mereput itu banyak pulak event atau invition yang aku terima.. tapi semua tolak baik-baik.. alasannya sama la macam yang aku jelaskan tu.. aku tak boleh drive untuk hadiri segala event walaupun ada yang berbayar dan tidak.. sayangkan.. anggap saja bukan rezeki sekarang.. pasal kepala pusing jugak aku tak boleh hadap cahaya lalama.. antara sebab jugak aku tak boleh udpate blog, tak blogwalking dah lama.. dah cuba da tapi kalau nak taip perah idea memang tak boleh hadap cahaya.. entry copy paste macam giveaway inshaAllah la.. kalau hadap handphone pun tak boleh lama apa tah lagi nak hadap laptop dengan cahaya besar depan mata.. entry client tersadai dua tiga draf.. hm.. rindu nya nak layan drama online dan tengok live mimie zamri.

Tukar Tamplate blog & Domain blog

Ini aku nak mintak bantuan korang. Bila dah masuk tahun baru aku rasa nak tukar tamplate lain.. tapi tak tau nak tukar ke bentuk yang macam mana.. sebenarnya aku masih sayang nak tukar tamplate lain.. sebab tamplate blog yang aku pakai sekarang sangat berharga bagi aku sebab aku yang susah payah edit sensorang dalam gelap sebab tak nak ganggu suami tido.. lepas tu ada orang amik design aku sukati je.. lepas tu aku yang kena kecam.. patut ke? haha lagi satu disebabkan tamplate ni la mood blogging aku menyemarak.. gitu.. hehe

ramai yang suggest guna tamplate responsive tapi aku bukan tak minat.. cuma belum jumpa yang sesuai dengan citarasa.. hehe apa yang aku nampak konsep tamplate tu mengunakan dua saja kombinasi colour.. kalau tak hitam putih, berwarna dan putih.. aku ni suka colourfull hahaha.. kanak kanak riang..

tapi tak salah pun kan kalau ada blog yang profesional dan matang..cuma kalau nak edit sendiri tamplate responsive macam rumit je.. aku tak reti sangat.. sapa yang pandai tu mai tonjolkan diri.. lagi satu aku nak tukar url blogsot ke dot com.. sapa tahu mai cite sini.. tolong suggestkan siapa pandai..

Alhamdulillah.. Dah sihat..

Syukur sangat la.. sepanjang tiga bulan mereput kat umah aku tak pernah merungut pun.. cuma bosan jugak la duduk umah.. tapi aku boleh jalan rutin rumah tangga macam biasa.. uruskan anak dan melayan anakk je.. tv aku akan pasang bila anak aku nak tengok.. laptop menang simpan dah tak on langsung.. handphone tengok jugak sebab nak balas whatsapp, email, massenger tu je.. selebihnya anak aku yang amik layan utube.. aku tido je.. tapi lepas ni aku nak layan drama online remy ishak.. apa ha tajuk dia yang drama terbaru ni..? lupa lak..

sekarang alhamdulillah.. sihat dah walaupun tak sepenuhnya.. aku dah boleh drive da.. bawak anak pegi taman permainan pun dah boleh.. on laptop boleh la.. takde pening pusing2 lagi.. sintom pregnancy trimester 1 dah nak habis kot.. hehehe

event pun dah boleh hadir da.. semalam hadir first event in 2018.. moga ada rezeki lagi lepas.. dan jangan lupa doakan aku sihat, kandungan sihat.. dan aku boleh blogging macam biasa lepas ni.. inshaallah.


Terima kasih sudi baca.


1 comment:

Siqah Hussin said...

Hi Intan. Happy New Year :)

First of all, congrats on your pregnancy. Alhamdullilah and take care :)

Siqah suka tukar blog template. Hehe. Setakat sekarang, Siqah suka beli blog template daripada etsy.com. Banyak pilihan dan harga berpatutan juga. Siqah pilih yang murah je. Hehe.

Boleh juga tempah blogger edit blog kita. Sis Hawa, Nurul, dan Mellya. Pernah guna khidmat dorang juga :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2018 ©All Right Reserved by Intan Saffyna