Thursday, June 07, 2018

Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green Secara Eksklusif di Shopee Malaysia

Salam Ladiess ♥

Menjelangnya hari raya tak lama lagi memang terlalu banyak promosi,sale kaw kaw harga runtuh, salah satunya Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.



Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.


Honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.


Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.
Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Esok pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.
Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore
Terima kasih sudi baca.


7 comments:

Cik kaella said...

kaella tak berani lagi beli benda macamni kalau dekat online hihi

iam.umifuzy said...

menarik Honor ni..harga pun not bad jugak..

sitirohaida said...

ala..dah terlepas..tapi kalau beli dapat banyak hadiah

Intan Saffyna said...

@cik kaellatula.. hehe

Intan Saffyna said...

@Mrs Fuzy Hamidhp skg dah canggih dan harga mampu beli.. :)

Intan Saffyna said...

@Siti Rohaida Yusof ala..macam mana blh terlepas ni. hheehe

Siti Awadah said...

murah.. tp mcm x yakin nk beli online.. takut tercicir tengah jalan haha