Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts
Sunday, April 30, 2017
(VIRAL) Penipuan Seller Set Brush HUDA BEAUTY
Tolong VIRALkan Penipuan Ini. Selama bertahun-tahun aku beli barangan secara online di malaysia malah di luar negara pun pernah beli online, ini adalah pertama kali aku dittipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. walaupun nilai nya hanya beberapa ringgit sahaja tapi hasilnya tetap aku ditipu.
berbelah bagi aku nak viralkan kes secoit macam ni, tapi disebabkan aku taknak orang ramai akan menerima nasib yang sama macam aku, aku terpaksa open.
kisahnya bermula di facebook, nama groub fb aku tak ingat dah, tapi pernigaan yang dipromosikan tu keluar di news feed facebook aku, dan aku tertarik dengan set brush mekaup huda beauty tu di jual dengan harga Rm15, terujakan. sesiapa saja pasti akan terujan dengan harga tu,

murah gile kot dia jual set berus makaup macam ni, tambah pulak jenama huda beauty tengah hot meletop sekarang ni. lagi la bertambah teruja kuasa dua nak beli. tanpa berfikir panjang aku terus letak no telefon di comment dan dalam beberapa minit wasup masuk. bermula kisah aku ditipu hidup-hidup.













