Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha #2011

Assalamualaikum ^^


Yeayy esok raya.. wah seronok pulak lily ni kan..Bukan raya puasa pun.. tapi seronok kemain lagi.. raya jugak kan.. mama lily dok sibuk berperang kat dapur tu dok balut ketupat daun palas.. sedap oi.. lily ni semuanya sedap tapi buat tak mau..hak.hak.. bukan tak nak tolong mama, lily tengah update entri ni jap. dah siap kang lily tolong ye..


Ape terjadi dengan dengan ketupat dan rendang ayam tu, lily akan update esok jangan tak tengok pulak.. ketupat dan rendang memang dah jadi makanan tradisi kami apabila hari raya.. kadang-kadang tak raya pun dapat makan ketupat jugak, tapi beli kat kedai la.. hee..


Masa lily on the way balik rumah mama tadi lalu kat tepi padang umah lily dan berderet-deret lembu comel sedang berehat -rehat menunggu saat akhir untuk mati syahid. sedih. tapi apa boleh buat memang dah termaktup dalam al-quran untuk membuat korban dan aqiqah.


Nak tengok.. koleksi  aidiladha lily tahun 2011
kita tengok ape kata mereka..


Ape la awek aku buat sekarang ni..hmm


Ya Allah.. ampunkan dosa-dosa aku..


Pak lebai mana la yang akan sembelih aku esok ? 


Jangan merajuk sayang.. abang datang ni...

p/s : lily tak dapat nak upload kesemuanya , sebab adik lily kalut nak main laptop.. lily pulak tak bawak laptop sendiri.. ^^
** Ada masa nanti lily upload lagi ye.. daaa....





No comments:

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna