Sunday, December 25, 2011

Duit Malaysia Terbaru 2012

Assalamualaikum

Kroooongg..kronngg... bunyi perut comel lily berbunyi tanda lapar yang tak boleh handle lagi.. harus pergi kedapur untuk cari apa-apa yang boleh dimasak dan makan.. Tapi sebelum tu lily nak siapkan mengupdate tentang duit terbaru yang lily baru belek-belek tadi kat pakcik google.

Memang cantik warna warni..menarikk ada maksud tentu disebaliknya.. begitu jugak dengan duit syiling sudah ditukar kepada yang terbaru..
maka dengan itu lily nak tunjukkan kepada anda semua yang sayang dengan lily.. chill beb!

Duit kertas Terbaru 2010


RM100.00 :: Gunung ganang - Melambangkan Alam Semulajadi

RM50.00 :: Ladang-ladang - Melambangkan Sumber Pertanian

RM 20.00 :: Lautan yang luas - Melambangkan Hidupan Laut

RM10.00 :: Keindahan Hutan - Melambangkan Flora dan Fauna

RM5.00 :: Haiwan - Melambangkan Hidupan Liar

RM1.00 :: Tradisional - Melambangkan Permainan/sukan Tradisional


Duit Syiling Terbaru 2012


Syiling rm0.50 dan rm0.20 sudah bertukar kepada emas.. cantikkan.. dah macam duit rm1.00 zaman dulu-dulu yang bertahan sehingga tahun 90an kot.. masuk tahun 2000 sudah tidak digunakan lagi.. 
Syling ni pun ada melambangkan kenegaraan jugak tapi lily tak sempat kaji lagi..

Perut lily dah memanggil mintak nasi lauk ayam masak lemak cili api.. mulut lily sudah terliur..hekhek.
kita sambung lagi nanti..

Terima kasih sebab sudi luangkan masa dengan entry lily..

p/s : Jika ada pendapat korang tentang duit malaysia terbaru ni.. sila la komen sikit..



2 comments:

zati_faizal95 said...

duit2 tue sgt cantik~.. konfem duit syiling x bersepah dah lpz nie..

lily butterfly said...

@zati_faizal95 hi..cantikkan duit baru.. kak lily suka warna oren tu, sebab ada penyu a.k.a macam kura-kura.. like turtle :)