Saturday, January 14, 2012

Celaka Kau Anjing !



Assalamualaikum

Patang ni hari redup,angin sepoi-sepoi lintas depan muka lily.. syoknya kalau dapat pergi joging atau siar-siar kat taman sambil main badminton mesti best, lama dah tak buat demikian. sob sob.. tak ada masa.

Oleh itu tinggallah lily diberanda bersama angin yang membadai bertemankan laptop bersama milo panas dan seketul mashmallow yang lily rendamkan dalam cawan merah diatas meja.
Sambil termenung dari tingkat lima condominium syurga lily menghadap kolam renang air biru. budak-budak sedang bermain dan kadang kala terjun kedalam kolam.

Teringat lily akan zaman muda dulu ' tapi sekarang lagi muda dari dulu' Di pagi yang hening lagi dingin lily bangun awal walaupun time musim cuti sekolah, seingat lily time tu lily tingkatan tiga kot, cerita lama tersadai kat sini.

Lily jadi pelajar yang baik, cuti sekolah pun bangun awal, padahal hari sekolah kemain susah je nak bangun. pagi tu dengan tujuan lily nak pergi rumah kawan baik lily. Cerita sikit pasal kawan baik lily ni, nama dia sarah, kami sebaya tapi lain-lain sekolah, dia sekolah asrama, lily tak pun, jadi kami jarang-jarang jumpa.. time cuti sekolah je dapat jumpa. kemain semangat lagi lily bangun pagi-pagi. rindu la konon.

Dengan itu, lily siap-siap bangun untuk kerumahnya yang tak berapa nak jauh dari rumah lily (rumah teres family lily). dan dan pulak pagi tu pak sedara lily datang hantar anak dia suh mama lily jaga sat, dia ada hal, dia bawak roti canai panas-panas untuk sarapan pagi tu.. '' terliuq la pulak! aduh ! '' 


Lepas lily dah siap, lily rembat 2 keping roti canai bungkus dengan kuah dal, kononnya nak pergi sarapan dengan kawan lily, lily jalan kaki je nak pi rumah dia.. sebelum tu lily fikir dulu arah mana yang lily nak lalu..antara bawah ke atas ? kalau lalu atas kawasan rumah india, ada banyak anjing tapi dekat sikit la.. kalau bawah pulak kena pusing sikit kira jauh sikit je. fikir punya fikir lily ambil keputusan untuk lalu atas.. siap cakap dalam hati '' ahh ! pagi-pagi mana ada anjing, semua tidor !'' 


Sambil jalan lenggang pegang bungkusan roti canai, sambil hanyunkan tangan.. sampai di satu lorong untuk ke simpang , tiba-tiba keluar sekor anjing kecik besar sikit je.. datang menghampiri lily. entah dari celah bedah mana tah dia datang tetiba je muncul.. celaka kau anjing terkejut aku...

Lily buat cool jalan buat tak tahu je tak pandang belakang pun, pastu celaka anjing tu ikut lily lagi.. kali ni lily berhenti tunggu dia blah ! namum tak jugak dia blah.. lily ambil keputusan untuk lari.. dan 1,2,3 larriii....

Tanpa sedar.. tupp !! lily dah dijalanan.. jatuh bersepai roti canai lily.. masuk longkang.. kuah dal kat dalam plastik  pecah tumpah... SAKIT ??? tak rasa sakit pun ! berlagak ehh.. lily bergegas ambil bungkusan kuah dal yang dah pecah tu dan bangun. lily sempat lagi toleh belakang, lily tengok anjing tu boleh terconggok kat situ tengok lily jatuh.. seolah-oleh ketawakan lily.. gilakan!

Cepat-cepat lily gagahkan diri berjalan sikit lagi nak sampai dah rumah kawan lily, terus lily gegarkan pagar, dah tak de asalamualaikum pun.. kawan lily keluar buka pintu tengok lily pelik je.. macam dah kena rogol je kusut masai.. !

Terus sarah tanya lily.. ''weh, apahal kau ni ?'' kelam kabut semacam , dengan seluar koyak baju kotor tangan penuh pasir ?! lily senyap membisu masuk kedalam rumah dia dan berikan bungkusan dal yang pecah tu kat sarah.. dan.... dia boleh ketawakan lily.. ''apa yang kau bawak ni ?'' hahaa.. lily pun lawak bila ingat balik.. yang lily ambik buat apa kan..


Lily seperti kelemahan, sarah bawak lily pergi dapur kat singki dia nak tolong cucikan tangan lily yang penuh pasir.. tiba-tiba sarah cakap '' wei.. tangan kau penuh darahhh !! '' lily terus tengok siku lily yang berdarah dah menitik-nitik kena baju lily meleleh teruk.. sarah halakan siku lily kat air cuci darah tu, adui ! sakit.. ''ha. baru terasa sakit eh.. tadi belagak kan..'' lily terus nangis , lily memang tak boleh tengok darah banyak..

Dah siap cuci darah, sarah balutkan dan tarut ubat kuning.. pedih ! sakit ! dan lily ceritakan apa yang terjadi kat sarah. memang celaka kau anjing.!! Sampai situ jela cerita lily.. parut yang tinggal kesan kat siku lily akan sentiasa mengingatkan lily dengan anjing yang comel itu... ''yekk !! ''
Sini lily kongsikan tips apabila dikejar anjing.. klic sini.


Semoga anda semua mendapat pengajaran dari apa yang berlaku kat lily.. terima kasih kerana sudi baca entry lily..


P/s : Lain yaang lily ingin laksanakan , lain pulak yang terjadi.. kuasa Allah.

10 comments:

Hana said...

hana pernah dikejar dengan anjing tapi time tu hana naik basikal :)

lily butterfly said...

@Onitsuka_hana Hi hana.. anjing jahatkan.. suka kejar orang.. :)

Mr. Blank said...

ha3..lawak la.x penah lagi camni..kesian.xder rezeki kot

lily butterfly said...

@encik realitihehe.. lawak kan.. memang tak de rezeki hari tu.. :)

Mr. Blank said...

btw..saya follow blog awak.bez..tapi saya x mkn roti canai..

MAY said...

er..tak penah berdarah byk2..takut...

lily butterfly said...

lily pun tak takut tengok darah banyak.. huhu..

Anonymous said...

These are truly great ideas in concerning blogging.

You have touched some pleasant points here. Any way keep up
wrinting.

Feel free to surf to my web site :: rochester minnesota

Anonymous said...

This is a great tip particularly to those new to the blogosphere.
Short but very accurate information… Thank you for sharing
this one. A must read post!

Have a look at my web site luxury home builders san antonio

Anonymous said...

I like the valuable information you provide in your articles.
I will bookmark your blog and check again here
regularly. I'm quite sure I will learn plenty of new stuff right here!

Good luck for the next!

Feel free to visit my weblog - best custom home builders