Showing posts with label My Self And Stuff. Show all posts
Showing posts with label My Self And Stuff. Show all posts
Sunday, September 10, 2017
RM600 Credit SG Shop Habis Shopping..
Kush semangat habis rm600 mak ai.. giler arh beli apa tu? yes! macam-macam dapat sg shop malaysia ni.. sampai tak habis pusing kalau dapat 1k pun boleh habis macam ni.. nampak tamak kan.. hahaha and Alhamdulillah la ini namanya rezeki jatuh dari langit. aku dianggap bertuah kerana memenangi credit giveaway dari blogger terpilih dan disponser oleh Sg Shop. Syukur!
bila terokai website ni sebenarnya banyak barang yang kita boleh dapat, kakadang tak pernah terfikir pun akan beli sesuatu barang tu, tapi memang beli jugak sebab murah yak amat. betul. mula tu memang fikir nak beli ape ni credit banyak sangat tapi lepas explore satu-satu memang banyak benda boleh dapat dalam sg shop.
aku share dengan adik je shopping, dia pun runsing sampai satu hari menghadap web sg shop untuk tengok semua barang.. aku beli barang secara berperingkat, maksudnya abam posmen tu datang hantar dua kali..

gambar ni barang yang kedua baru sampai, aku yang ada meeting pagi tu terus laju-laju balik.. katanya rindu kat anak.. padahal excited barang sgshop sampai.. waw! besarnya percel.. 😍
Saturday, June 24, 2017
Menang RM500 Shopping Raya Daripada Bintang Fashion
Alhamdulillah, nak dekat raya ni, murah rezeki pulak kan.. orang kata di penghujung ramadhan ni rezeki yang datang tu berkat.. mudah-mudahan la kan. di facebook ramai yang tanya macam mana boleh memang rm500, banyak tu.. siapa nak bagi kan.. hehe sebenarnya tak ramai yang tahu pasal contest ni tau, ni khas untuk blogger je.. tapi blogger pun bukan senang nak dapat, yang terpilih saja yang tau pasal contest ni. haa gituw la..
sebelum tu, aku ada collaboration dengan Bintang Fashion, Fiesta Raya 2017 Di Bintang Fashion. lepas tu secara outomatik dikire untuk join contest ni, dan alhamdulillah tak sangka pulak boleh menang shopping sampai rm500. terkejut punya pasal sampai amik bantal letak kat muka sambil nangis.. haha boleh kan.
hasil dua bag shopping yang dibantu oleh manger Bintang Fashion kawan aku sendiri.
Alhamdulillah..
bermulalah kisah aku misi mencari Bintang Fashion terdekat, aku cadang nak terngok-tengok dulu beberapa kedai bintang fashion, firstly aku masuk di Bintang Fashion di sri gombak, tetiba aku nampak kawan sekolah dulu, la keja sini ke.. hehe.. senang la aku nak cari pakaian kalau ada kawan kan,, senang nak tanya apa². heheSaturday, June 17, 2017
Diary 2017 : Misi penyembuhan Luka (Jari Terbelah) Sebelum Raya
semua sedia maklum, aku dah up entry pasal ni pada 30 mei 2017 yang bertajuk Jari Seorang Blogger Terbelah Kerana Tin Susu telah mendapat sambutan bila view ratusan sepanjang tiga hari. mungkin disebabkan aku letak Blogger tu. sebenarnya aku letak tajuk dengan perkataan Jari blogger tu, ialah sebab aku kan seorang blogger, bila jari dah luka macam mana nak menaip kan. that why la ada perkataan blogger tu, dalam masa yang sama dapat view banyak pulak.
sebenarnya bukan itu sebab aku nak update entry, aku nak buat misi penyembuhan untuk luka aku snediri, kira macam cabaran untuk aku, adalah aku capai misi untuk jari aku sembuh seperti sedia kala. sebab aku dah letak harapan yang tinggi untuk tengok luka aku sembuh. kalau tak aku taknak raya sambil kurung diri tepi langsir.
Bagi yang belum baca lagi, boleh teruskan membaca ya. mungkin anda jugak pernah melalui pengalamat pahit macam ni. atau anda boleh terus membaca pengalaman aku ni. ini pengalaman yang akan diingati selamanya mungkin, sebab parut luka pasti berkubur kat situ,. kalau parut tu hilang alhamdulillah sebab aku boleh melupakannya,
Tuesday, May 30, 2017
Jari Seorang Blogger Terbelah Kerana Tin Susu
ini adalah entry personal terakhir pada bulan may ni.. selebihnya adalah entry client. hehe banyak pengalaman yang mengembirakan sepanjang berblogging, sebab bulan mei ni adalah bulan paling banyak dapat job blogging, food review for ramadhan dan event. Alhamdulillah syukur sangat.
yang paling best adalah harini payment berblogging yang paling tinggi yang aku pernah dapat masuk ke akaun.. yang membuatkan aku teruja tetiba sebab payment masuk cepat. syukur ya allah.. disebabkan itu jugak aku dengan semangat nya ajak suami shopping barang umah.. tak sabar nak masak untuk berbuka puasa sebab nak celebrate dengan keluarga dengan rezeki yang aku dapat.
tapi kegembiraan tu bukan hak milik kekal yang boleh kita miliki sepanjang hayat. ada masa kita perlu rasa derita sebab harini aku telah menimpan satu pengalaman baru, yang sesiapa pun tak akan menerimanya.. walaupbagai mana pun kena jugak tetap bersyukur sebab ni ada bahagian yang aku kena terima.

sedih, terluka, itu sudah pasti. tapi aku kuat kan semangat untuk teruskan ramadhan demi keluarga. ya Allah berikan aku kekuatan. nampak macam suspen tak? hehe
Monday, April 24, 2017
Dapat Kasut Raya Dari Zalora Malaysia
Tajuk je lebih ni, padahal aku beli dari zalora dengan voucher yang aku dapat hari tu, kira dapat la jugak kan walaupun voucher bukannya kasut, dan sepatutnya tajuk kena taip dapat voucher raya dari Zalora Malaysia.. tapi kalau tajuk tu dicampurkan jadilah Dapat Kasut Raya Dari Voucher Zalora Malaysia. yang ni baru betul. ahh biarlah yang penting aku dapat atas usaha gigih aku taip entry siang malam. (yang ni perasan) 😅
selalu aku buka page Zalora Malaysia ni, tapi first beli barang dari zalora, jadi kalau beli macam biasa aku takde la konfius sangat just bayar je guna akaun debit, cuma kali ni beli barang guna full voucher so aku macam, "ehh nak letak kat mana voucher ni,?" kat situ je dah runsing patplohlimaminit.
aku godek² baru jumpa itupun try end error nasib baik voucher tu tak diblock, kalau tak nangis kat bawah katil la jawabnya. so, kat entry kali aku nak tujuk cara beli guna vocher dari zalora malaysia bagi yang baru belajar macam aku.. haha
Suprise form Zalora 😍
Sunday, April 09, 2017
Kenangan Dan Lagu
Bosan harini takde buat apa, suami pun outstation, putera mikaell busy dengan youtube++ dia, umi layan jiwang kejap sambil update blog, sambil blogwalking. serius lama gile tak dengan lagu jiwang zaman dudulu.. kalau dulu setiap hari akan dengar lagu jiwang 90an. sekarang ni memang tak menyempat dah.
so, masa yang ada sasambil ni, layan kejap la.. lepas tu teringat zaman dulu. kenangan dulu. kenangan dengan lagu. rindu giler baq ang.. hey hey.. bukan bukan teringat boyfriend key, boyfriend aku dulu suami aku sekarang.. hehe..
bila kite dengar sesebuah lagu tu mesti wajib akan teringat kenangan trowback, lagi-lagi bila dengar lagu macam jiwang sikit.. paling tak boleh lupa masa dulu duduk dengan kengkawan. Jom layan kejap.
Mirae- kiroro
Sunday, February 12, 2017
Cabaran 30 Hari Blogging | Day 28 : Impian Saya
impian aku di tahun 2017 ni yang utama adalan aku ingin menjadi isteri dan umi yang terbaik di abat ni, yang mengikut semua syariat islam, cuma aku perlukan beberapa bimbingan untuk capai ke tahap tu. inshaAllah aku kena banyak belajardalam menuguruskan keluarga,menjaga anak (dan anak-anak yang akan datang - jika diizinkan aku mengandung lagi.. hehe ) dalam erti kata lain aku ingin menjadi suri rumah tangga sepenuh masa yang berjaya. disebabkan impian aku ni, aku mesti akan bangga dengan diri sendiri.
selain dari tu, aku jugak ingin menjadi usahawan yang berjaya. sejak tahun lepas aku dah mula dengan produk skincare yang di asaskan oleh aku sendiri, secara tak senjaga ini juga sebahagian dari impian aku, yang perlu aku capai. aku dah letakkan target pada bisnes ni. inshaAllah semoga dipermudahkan.

Amin... tolong la doakan ye.. hehe
segala impian yang kita inginkan tak semestinya akan tercapai, tapi kita kena banyakkan berdoa, usaha dan bertawakal. inshaAllah semuanya akan dibuka perjalanan tu dengan mudah. kena ingat gagal sekali tak bererti gagal selamanya. aku sendiri pernah jatuh dan aku bangkit dengan kaki aku sendiri. mula balik dari awal. akhirnya aku dah capai apa yang cuba buat sekarang.. cuma target aku kena berusaha lebih lagi. kesabaran dan keimanan dalam seseuatu perkara amat penting. kena kuat.
😎😘
Terima kasih sudi baca.
Sunday, January 08, 2017
Pakej demam dengan ubat batuk kelapa laut
Tajuk kau! dah kenapa demam ke? memang demam pun sekali satu pakej dengan selesma dan batuk. tak tahan kau terkurung je dalam bilik sambil belengkar atas katil dengan selimut. sejuk yakmat. jarang aku dapat demam macam ni, tambah lagi bila dah ada anak, susahnya nak tanggung diri sendiri.
disetiap demam, aku tetap gagahkan diri demi anak. rutin macam biasa aku tetap buat. cuma yang ringan-ringan je mampu. update belog pun berat, berat memikir, berat tengok cahaya. kang tak pasal pasal banjir laptop kena hingus aku yang meleleh tup tup. haha
mulanya hanya bersin biasa je, tetiba tak berenti pun bersin tu sampai la aku dapat selesma yang meleleh tu. pedih kan kalau selesma meleleh? semua keje tak boleh buat. lepas tu tetiba batuk pulak menjadi jadi sampai aku sakit tekak. terus demam!
hebatkan!
aku ni seorang yang tak suka pergi klinik. satu, membazir! kedua, aku tak suka makan ubat! maka aku ambil keputusan berdiam diri sampai laki aku paksa makan ubat. ubat biasa jer. tapi mujarab!
Friday, December 16, 2016
Cabaran 30 Hari Blogging | Day 9 : Selfie' sampai lenguh
Hi,hmm aku failed dah! aku dah skip tajuk ni. sebab musabab adalah rahsia.kahkah. tajuk kali ni best sebab kita akan syok sendiri dan perasan bila selfie. dari dulu lagi aku suka selfie tapi tak tahu pulak bila tangkap gambar sendiri guna tangan sendiri pegang hanphone tu namanya selfie. ye dak.
tapi dudulu masa zaman guna sony ericson cybershot, aku selfie guna camera belakang je kot, gigih la aku sengeh sambil tangan sedepa jari tekan button. haha.. sekarang dah tak payah nak lenguh tangan dah. selfie depan screen terus. nak lagi depan zoom sikit.
kalau dulu selfie sesorang tapi sekarang dah ada dua tiga orang yang akan himpit aku bila selfie. 😍

zaman baru kawen dating sakan la.. selfie pun tudung pun masih terletak elok je. tunggu jap lagi bila kau dah anak nanti, senget benget gambar kau. 😂
handphone kau akan full selfie kau dengan anak kau.
Tuesday, December 13, 2016
Cabaran 30 Hari Blogging | Day 6 : My Love
Rasa tercabar betul, hari ni aku lewat lagi update entry cabaran blogging, kalau bukan disebabkan aku follow low ni, dah lama aku tido sasama dengan anak aku. tapi apa kan daya walaupun pun terlewat masih lagi sempat kalau aku taip laju-laju.
tajuk kali ni tak susah rasanya, sebab ianya lahir dari hati, banyak kesayangan aku dalam hati ni sampai cerita pun berlumba² nak pilih yang mana satu paling my love.
selain cintakan Allah dan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad saw sempena menyambut maulidurasul hari ini, kita juga tak terlepas dari menyayangi sesama manusia. tapi disini aku ingin kongsikan kisah kesayangan aku hari ini inshaAllah till jannah.
tiada yang paling penting dalam hidup ini selain kasih sayang keluarga tersayang. mama baba dan adikberadik. aku juga telah mempunyai sebuah keluarga kecik bersama suami dan anak lelaki aku.

Gambar tu aku tengah pregnant 3 bulan, tak nampak lagi baby bumb. kisah bermula tahun 2009 perkenalan aku dengan suami, bercinta 7tahun, diijabkabul 2013 sekerang dah 3 tahun berkahwin. dan dikurniakan anak lelaki sorang 2015 yang berusia 1 tahun 11 bulan. pejap celik dah kawin 3 tahun, anak pun dah nak masuk 2 tahun da. tak terasa masa dah banyak berlalu.Mencintai tidak hanya sekadar untuk dicintai, tetapi bagaimana menjaga dan menghargai perasaan yang disebut cinta. love you husband. 💖💞💘
Sunday, November 27, 2016
my self and blog
terima kasih yang tak terhingga sebab sampai ke harini masih lagi ada yang sudi singgah follow dan baca entry blog ni. sebagai perkenalan nama aku Intan Saffyna, umur aku.... sila baca sampai habis.. aku akan selitkan di penghujung cerita.
Aku mula libatkan diri dalam dunia blog ni since may 2011, masa tu aku hanya banyak update cara buat blog dan coding, sebenarnya aku pun baru belajar. maka lahirlah beberapa tutorials. ada jugak aku copy paste orang lain dan aku creditkan. dalam masa yang sama aku banyak join contest, giveaway , dan segman untuk tingkatkan trafikk blog sambil support kawan² dalam berblogging.
dalam pertengahan 2012 aku mula serius dalam berblogging, aku cuba masukan cerita aku dalam blog ni, kisah yang selama ini aku sorok dalam hati, rupanya blog adalah tempat yang boleh aku luah segalanya. boleh pergi kat entry yang lepas, tapi banyak dah yang aku edit disebabkan faktor tertentu.

Tuesday, May 13, 2014
Benda Paling Sayang
Sedihnya. Betul-betul tak sangka barang paling saya sayang akan retak seribu. memang dah tak terungkap dengan kata-kata, menangis pun tak. tapi sedih yang amat.

tah macam mana boleh tergolek berkecai retak sejuta pulak tu. tinggal kenangan. tapi saya still guna lagi.. saya lalai,salah diri sendiri, tapi sebenarnya dia dah merajuk dengan saya, sebab saya cakap depan dia nak tukar iphone 6 bila adik saya cakap dah keluar. macam tu sekali dia marah kat saya.


teruk dan ngeri bukan??
hancur harapan nak pakai lama-lama iphone 5s ni, memang cakap nak tukar iphone 6 tapi tak mungkin dalam masa terdekat ni, sebab mahal kan..nak dapat ihpone 5s ni pun dengan restu suami, kalau tak, memang kempunan betul saya. memang tak dapat nak nak maafkan diri sendiri.

tengok, retak dia makin lama-lama turun kebawah.. sayangnya kat dia.
tak palah. mungkin dapat jugak saya nak pakai iphone 6 kot.. hehe sebab tu dia pecah laju-laju.. padahal boleh je tukar screen iphone tu kan..
nak balas wechat dengan suami sambil beli lauk pun dah segan, sebab makcik kedai tu tengok-tengok handphone saya.. sedihnya.
terima kasih sudi baca.
Tuesday, February 26, 2013
Tenangkan Tidurmu Dengan Pati Delima.
Memang tak reti nak buat entry apa malam-malam buta, esok perlu setel invoice yang selalu menyemak atas kepala bukan atas meja sebab selalu tidur kepala letak atas meja jadi semua benda longgok atas kepala. sekian.
maka dengan ini saya mengistiharkan bahawa saya akan tidur dengan delima kesayangan saya. semestinya membuatkan tidurku lena dengan harumannya yang amat tenang.
mempersembahkan..

p/s : Selmaat Malam.
Saturday, October 20, 2012
Eye Mo Untuk Mata Saya
Assalammualaikum..
Dah berhari hari mata saya selalu gatai-gatai. Dan dah berhari hari jugak lah saya selalu gosok gosok mata saya. Sakit.
Tapi tetap gosok gak. Sampai dah tak boleh tahan lagi. Bila malam tak dapat nak tido disebabkan gatai yang amat.
Bangun pagi pulak mata saya macam tak boleh bukak akibat saya selalu gosok gosok time nak tido. Pedih.
Maka jalan penyelesaiannya saya di syoknya oleh buah hati saya supaya mengunakan eye mo untuk mendapat kelegaan maksimum semalam.
Dan selepas itu.wow.
memang terbaik.mata saya tak gatai lagi.malah beransur sehat.tak caya.ok kau boleh cuba keberkesanannya.
Terima kasih sudi baca.
Dah berhari hari mata saya selalu gatai-gatai. Dan dah berhari hari jugak lah saya selalu gosok gosok mata saya. Sakit.
Tapi tetap gosok gak. Sampai dah tak boleh tahan lagi. Bila malam tak dapat nak tido disebabkan gatai yang amat.
Bangun pagi pulak mata saya macam tak boleh bukak akibat saya selalu gosok gosok time nak tido. Pedih.
Maka jalan penyelesaiannya saya di syoknya oleh buah hati saya supaya mengunakan eye mo untuk mendapat kelegaan maksimum semalam.
Dan selepas itu.wow.
memang terbaik.mata saya tak gatai lagi.malah beransur sehat.tak caya.ok kau boleh cuba keberkesanannya.
Terima kasih sudi baca.
Wednesday, October 17, 2012
Eh Sama ke?
Tiba-tiba rasa terpanggil nak buat entry ni. macam bersambung entri yang hari tu. tapi macam je la sebenarya tak de pun. yang terlepas boleh belek-belek sini.
hari ni lepas blogwalking,baca belog sendiri. godek godek entry sendiri yang lepas lepas punya.. lepas tu baru teringat, eh nak buat entri lah. saja nak jawap soklan eh sama ke ?
dapat komen macam ni,

komen yang dah berzaman lamanya.

ok see, sama ke ? tak kan.. siti cantik. saya ni ape lagi sangat. tapi ohsem.
Terima kasih sudi baca.
Saturday, October 13, 2012
Saya Dapat Samsung Galaxy Note
Dah beberapa hari aku terima samsung galaxy note tapi mood meroyan tetap tak abih lagi.huahua. mana taknye dapat benda free tiga hari tiga malam pun boleh kenyang kan.

Aku nak cite macam mana aku boleh dapat galaxy note.macam senang je kan. tak menang peraduan celcom pun,bukan jugak menang cabutan bertuah.
tapi aku bertuah sebab dapat samsung galaxy note sempena hari lahir aku yang ke 25 tahun.
wah.bestnye.untunglah.
hmm..aku tak nak la dipanggil riak dan meroyan lebih.sebenarnya sebelum ni aku hanya berangan je nak beli galaxy note ni,tapi asyik bertangguh je..yelah mahal kot baq hang.
Satu hari, aku mengadu dekat en.cinta bakal tunang aku, teringgin la nak galaxy note lagi best kalau dapat free..syahdu je rasa. then dia angguk-angguk je. ok fine no respon.
Sampailah hari itu,dua minggu lebih awal dari my birtday,memang betul-betul tak sangka aku menerima samsung galaxy note kat depan mata aku.macam durian runtuh siap akar pun pokok durian pun tercabut jugak.
Wihuu..terus tak ketahuan hala..seronok kemain lagi.melompat meroyan sedunia.ok aku tipu takde maknanya sampai nak melompat.hehe
Cukup dengan alhamdulillah dan terima kasih dilontarkan lalu aku senyum sampai ketelinga siap bersambung dengan telinga sebelah.
Ni lah dia galaxy note aku.. tadaa..
Comelkan. sayangnya dekat dia. terima kasih sangat kerana sudah tunaikan hasrat hati aku..

Terima kasih sudi baca.
Sunday, September 30, 2012
My Name is...Intan Saffyna

Eh chack!
ok nampak. ini ada peribadi privcy tau. jangan bagi tahu orang tau. is sirrun.
ha ni nak kabau siapa saya. alah saya hanya insan kedil yang cute sedang memperkenalkan diri. bukan lah hebat pun. bukan anak raja pun.bukan atress pun.
saya hanya aku. shut up.
bermula dengan perenggan satu diketuai dengan nama, is Intan Saffyna. boleh dikenali dengan panggilan intan or lily nama gedit. huhu
Kepada adik-adik boleh paling kakak tau.tak mau tanter sebab umur saya 25 years old. very young lagi ok. tak selamanya nak umur 25 kan. opkos lah in 2012 je.
Tarikh keramat saya 8 oktober 1987. harilah tu saya dilahirkan Johor Baharu dan di besar dikota Kuala Lumpur yang serba maju ni. keluar dari peyut mak saya terus pandai pegang galaxy note. pegang je lah.
oh , jangan lupa bagi present and wishes masa bezday saya tau. TQ.
My Sibling ada 4orang je lah.. diketuai oleh saya sebagai yang sulung dan adik-adik saya yang caring,funny, They are Intan Azaharin , Muhammad Rizuwan dan Intan Nur Ashikin. love you all.
Hobby saya suka termenung lama-lama lepas tu berangan jap. syok tau. tapi rajin. saya seorang secretary kepada bakal jadi calon suami saya.. segalanya ditangan saya.. hehee.. keje sambilan saya online 24jam and buat promotion untuk jualan kecik-kecik..
Berblogging sejak may 2011 baru lagi kan. masih banyak lagi yang saya perlu belajar.kalau salah boleh tunjukkan tak? please. nak tengok entry pertama saya ? ok sini . kesiankan.
Tujuannya saya nak kongsikan pengalaman saya dan pendapat tentang ape-ape je okey.. lagi pun saya ada banyak tips actualy tapi masa tak mengisinkan untuk buat entry sesedap rasa.
adala orang-orang yang berpengalaman sekeliling saya ni ajar tips-tips best. insyaAllah akan saya share untuk semua.
terus terang saya cakap kat sini, saya ni bukannya pandai pun nak buat ayat mewah seindah bicara. semuanya main cicai je. seandainya tidak memuaskan. maaf dipinta ok.
Apa yang saya harapkan ada yang sudi baca tulisan cincai saya ni. dan menjadi kawan-kawan saya. saya akan menghargainya.
Sekian saja sesi buat kad pengenalan didalam belog dengan My Name is....
Thanks For Reading And Have Fun.
Sunday, July 15, 2012
Disebalik Wajah ♥
Disebabkan aku suka tido termimpi-mimpi macam kemarin dulu mimpi dapat suami, pastu semalam mimpi jumpa dengan lisa surihani ngan yusri pastu aku jemput dorang datang majlis wedding aku.. wahh gatai na hang.. sekarang mood nak kawin pulak.
Oleh kerana aku nak kawen tapi lambat lagi tarikhnya aku nak senaraikan keperibadian aku yang terperuk di dada bidang salman khan. go on.

Sila belek satu persatu. jangan berebut banyak lagi ni okey. semoga kita saling mengenali.. hikhik.
hmm.. ape ye mulamula..
- Hari cuti WAJIB mandi petang ! baru kau tahu teruk tak aku.
- Online 24jam tapi aku tido. membazir karen.
- Aku peminat setia Hello Kitty. Comel.
- Suka kat cream 'O'
- Suka pen hitam mata tajam. laju sikit bila menulis.
- Bila sedih aku akan cari 'Kenet' Untuk luahkan segalanya. lega beb.
- Kalau tido HARUSLAH selimut satu badan. Nanti dah kawen en.suami sila jangan cari saya ok!
- Pergi Dapur mesti kena pakai selipar. Dah biasa.
- Suka ketawa sampai dah tak tahu nak bezakan ketawa ke menangis? konfius.
- Sangat sayangkan binatang yang comel. geram! sepuh nak..
- Time drive mesti kena bukak kasut/selipar. baru selesa dalam memandu.
- Tak suka makan ubat dan akan makan jika betul-betul perlu. Paksa diri.
- Suka kat patrik star. buat lawak bodah. comel. pink.
- Akan cubit/gigit pipi budak tembam. geram la yang.
- Aku pernah TER'bunuh anak ayam, masa zaman dahulu. tak sengaja.
- Tak suka sikat rambut sebab guna jari pun boleh.
- Rajin sidai pakaian tapi Malas nak angkat. boleh tolong tak?
- Suka beli kasut banyak-banyak.bukan pakai tapi buat koleksi.
- Aku layan cite hindustan. feeling abis.
Eh.eh. dah mengantok lah. ada banyak lagi ni tapi mata ni macam ada gam je memanggil-manggil suh tido. aku publish dulu..esok aku sambung lagi part II.
Zzzz..
****
PS: Terima kasih sudi baca. suka like ok.
Sunday, July 01, 2012
Masa Berlalu.
Begitulah masa yang di lalui..terlalu cepat sehinggakan tidak mahu terhenti walau sesaat.. begitu jugak la lily mengabaikan blog ni.. tanpa nota, tanpa kata.. terlalu banyak waktu yang terbuang sengaja dan tidak tersengaja.. ter..ter.. saja..
masuk la bulan july yang bahagia ni,lily akan tidak mengabaikan lagi..janji.
cukup la sekadar merungkai kisah-kisah hidup,asalkan dilayarkan.

hanya sekadar lukisan
shotcut entry.
dah terlalu lama lily tak update kisah lily,tips-tips berguna,tutorials dan lain-lain.. oleh itu lily akan mulakan pada saat ni.. kerana sebelum ini terlalu banyak benda yang menggangu,kerja-kerja tertangguh, sehinggakan semuanya terabai.
lily akan teruskan beramah mesra dengan awak semua seperti sebelum ni.. dan harap awak semua dapat support lily lagi dalam berblogging.. lily akan menbantu awak semua jika diperlukan.
maaf sangat sebab lily tak update ape-ape sebelum ni.. ala lagi pun bukan ada yang membacakan.. takpelah lily tak kisah..
lily akan teruskan berkongsi apa yang lily mampun.. INSYAALLAH.
Terima kasih sebab sudi baca.
Monday, April 02, 2012
Lagu Zaman Lily Sekolah Rendah
gambar ala-ala retro.zaman azura.
Sweet sweet je masa lily darjah 3,4.. bila dah naik darjar 5 dan 6 dah jadi budjet seperstar. konon konon heroin paling senior kat sekolah tu.. hakhak.. kenangan.
Bukan lily nak cite masa darjah 6 peperiksaan dapat corot, tapi masa darjah 3 dan 4 tu masa untuk main je sepanjang ada dalam kelas jumpa kawan-kawan.. tak kisah la sebelum selepas atau diwaktu peksa.. mesti akan main jugak.. tak pikir masa depan.. lily tak tahu fikir lagi masa tu kot.. korang pun kan. lawaknya bila ingat balik..
antara mainan yang lily main ni banyak.. biasa la main budak pompuan ada je idea nak main macam -macam..
sudah menjadi ikutan masa tu kot.. tapi cuma jarang lily dengar budak-budak zaman moden sekarang main macam dulu-dulu.sekarang dah cangih sangat, tak perlu lagi nak main makmak, masak daun dengan pasir , main masak nasi lemak, menyanyi sambil tepuk tangan, seb sana seb sini.. dan rebut tiang..

budak sekarang pun suka rebut-rebut jugak, tapi rebut laptop,tablet ! masing masing kononya nak bukak facebook chat dengan kawan.. ''wei pinjam buku math aku nak tiru la... '' haish.. hebat dunia ni bila dah tua..
ok.. yang paling tak memerlukan alat-alat permainan dan boleh dilakukan dimana saja tak kira lah dalam kelas sambil cikgu muzik tengah tulis not kat papan hitam, kat kanten sekolah sampai nak makan pun tercekik akibat tak fokus masa makan, dalam bas, turun tangan dan mana-mana je tak lepas dengan main seb seb seb tom tom tom...
jika korang diantara level umur sebaya lily, atau tua dua tiga tahun dari lily atau muda bawah dua tiga tahun, pasti tahu atau pernah main permainan yang lily cakap ni.. seronokkan.
pernah dengar lagu ni.. sapa ajar pun lily tahu, tetiba je nyanyi dengan nada sesedap rasa, lenggok rasmi.
jom kita nyanyi sama-sama..
1 2 mula..
Lagu Air pasang pagi
Seb seb seb tom tom tom,
Air pasang pagi surut pukul lima
Nona bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melur tanam tepi pantai
Itik bertelur ayam menetas
Cik babe jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Nampak bini Cantik terselit bawah dapur.
Nona bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melur tanam tepi pantai
Itik bertelur ayam menetas
Cik babe jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Nampak bini Cantik terselit bawah dapur.
Police and Thief
Police and Thief
Want to jaga
Polis mati pencuri jaga
(Jikalau versi Remix)
Angkat pistol angkat peluru
Tembak bontotnya lembu
Want to jaga
Polis mati pencuri jaga
(Jikalau versi Remix)
Angkat pistol angkat peluru
Tembak bontotnya lembu
Rumah terbakar.
Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba-lumba
lily tak ingat la.. boleh tolong sambung tak.. ?
Ok,. tu je la lily ingat sebenarnya banyak lagi lagu-lagu masa kecik dulu, kalau korang tahu boleh tolong ingatkan lily yang dah lupa ni.. sebab dah hampir 20 tahun lebih kot lily tak nyanyi.. kalau lagu ella lily ingat la.
sebelum lily publish entry ni lily nak habaq siap-siap sebenarnya lily ada terdengar budak-dudak tadi dia ramai-ramai turun bas sekolah pastu nyanyi lagu ni, dan terus mengingatkan lily nostalgia zaman dulu.. tu yang lily cepat-cepat buat entry. =)
Terima sudi sebab sudi baca.












