Sunday, January 8, 2017

Pakej demam dengan ubat batuk kelapa laut

Salam Ladiess ♥

Tajuk kau! dah kenapa demam ke? memang demam pun sekali satu pakej dengan selesma dan batuk. tak tahan kau terkurung je dalam bilik sambil belengkar atas katil dengan selimut. sejuk yakmat. jarang aku dapat demam macam ni, tambah lagi bila dah ada anak, susahnya nak tanggung diri sendiri.

disetiap demam, aku tetap gagahkan diri demi anak. rutin macam biasa aku tetap buat. cuma yang ringan-ringan je mampu. update belog pun berat, berat memikir, berat tengok cahaya. kang tak pasal pasal banjir laptop kena hingus aku yang meleleh tup tup. haha

mulanya hanya bersin biasa je, tetiba tak berenti pun bersin tu sampai la aku dapat selesma yang meleleh tu. pedih kan kalau selesma meleleh? semua keje tak boleh buat. lepas tu tetiba batuk pulak menjadi jadi sampai aku sakit tekak. terus demam!

hebatkan!
aku ni seorang yang tak suka pergi klinik. satu, membazir! kedua, aku tak suka makan ubat! maka aku ambil keputusan berdiam diri sampai laki aku paksa makan ubat. ubat biasa jer. tapi mujarab!
ubat mujarab pakej demam.
Hurix's memang bagus untuk selesma. lepas makan wajib kena rehat maksudnya tido nyeyak senyenyak nyenyaknya.. bangun tido selesma tu akan kurang sikit, takde meleleh lagi. nak makan pun dah takde rasa kan kalau hidung ketat.

Panadol aktifast tu, bagi aku bagus jugak. sebab dia hilangkan sakit kepala aku setiap kali aku memakannya. dalam 10/15 minit sakit akan hilang lepas makan panadol ni. bagi aku mujarab la.

Vicks Inhaler ni bagus. tapi aku jarang pakai. bila hidung ketat baru pakai. sebab aku tak suka pakai minyak cap kapak, bau minyak cap kapak pun tak boleh. aku boleh muntah dan makin bertambah demam nanti hehe.. tapi mejoriti orang suka pakai minyak kapak bila hidung ketat.

Ubat batuk kelapa lauk afrika. aku suka ubat batuk ni. kalau dapat minum ubat ni, aku langgah macam minum air mineral je. bukan sebab sedap sangat ubat ni, tapi aku jenis tak sabar nak sihat, tak sabar nak hilangkan batuk. ada orang marah kalau minum macam tu tapi aku buat jugak.

satu hari habis satu botol, tapi jangan la kau harap satu botol kau telan, kau boleh baik batuk. cuma sekurang kurangnya kahak tu cair sikit dan batuk tu dah tak sakitkan tekak. aku baru beli lagi botol kedua tadi, harap aku dapat sehat sediakala.. doakan aku capat sihat eh.. 😌

Terima kasih sudi baca.


18 comments:

Puteri said...

bila selesema sampai hidung tersumbat, nak tidur tu mesti seksa. kena tidur buka mulut untuk bernafas tapi nanti air liur terkeluar pulak hahaha

Intan Saffyna said...

@Puteri tula kan.. tp saya pakai vick nasib baik boleh tido lena.. hehe :)

Adam said...

Hurix ni memang dah lama ada.
Macam2 penawar dia ada.
Selalunya jual kat kedai ubat cina.

Saya beli ubat demam kat situ tapi tak dpat cuti sakit.

Busyra Bt Takiyudin said...

kalau selsema tu paling seksa. huhu

Shahida Dzulkafli said...

Sekarang ni musim demam kot.. sini pun ramai kengkawan yang demam.. Amani pun sama..
Semoga cepat sembuh..

Nieyl said...

Semoga cepat sembuh ya...

Intan Saffyna said...

@Adam tula.. saya beli kat farmasi je ubat hurix ni.. memamg bagus :)

Intan Saffyna said...

@Busyra Bt Takiyudin betul tu seksa.. :)

Intan Saffyna said...

@Shahida Dzulkafli tula,.. musim dah nak bertukar kepada suhu panas.. sebab tu la boleh demam kot :)

Intan Saffyna said...

@Nieyl terima kasih ye :)

Sheila Adziz said...

Ya Salam Ya Fattah sis... semoga cepat sembuh...

Intan Saffyna said...

@Sheila Adziz thank you awak :)

Inani Hazwani said...

Get well soon kak. Banyakkan minum air kosong :)

Intan Saffyna said...

@Inani Hazwani inshaAllah.. ni dah kurang sikit demam.. tq ye :)

Nur Fannun said...

ubt btuk cap kelapa laut tu mmg elok utk rawat pykit batuk. tapi inhaler tu xelok nk dgunakn..

Intan Saffyna said...

@Nur Fannun aah betul.. saya kalau batuk memang minum ubat batuk kelapa laut.. :)

Lea Azleeya said...

Lahai musim demam skrg ni.. Moga cepat sembuh ye intan.. :)

Intan Saffyna said...

@Lea Azleeya memang musin kan skang ni dengan cuaca tak menentu.. inshaAllah ye. terima kasih lea :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna