Sunday, April 09, 2017

Kenangan Dan Lagu

Salam Ladiess ♥

Bosan harini takde buat apa, suami pun outstation, putera mikaell busy dengan youtube++ dia, umi layan jiwang kejap sambil update blog, sambil blogwalking. serius lama gile tak dengan lagu jiwang zaman dudulu..  kalau dulu setiap hari akan dengar lagu jiwang 90an. sekarang ni memang tak menyempat dah.

so, masa yang ada sasambil ni, layan kejap la.. lepas tu teringat zaman dulu. kenangan dulu. kenangan dengan lagu. rindu giler baq ang.. hey hey.. bukan bukan teringat boyfriend key, boyfriend aku dulu suami aku sekarang.. hehe..

bila kite dengar sesebuah lagu tu mesti wajib akan teringat kenangan trowback, lagi-lagi bila dengar lagu macam jiwang sikit.. paling tak boleh lupa masa dulu duduk dengan kengkawan. Jom layan kejap.

Mirae- kiroro

 
 Lagu ni masa aku masuk kem plkn dulu, lama dah tahun 2005, walaupun dah lebih 10tahun berlalu aku tak akan pernah lupakan kenangan paling berharga dalam hidup ketika berada dalam kem ni. aku selalu bersyukur sebab terpilih untuk abadikan kenangan sekali seumur hidup macam ni. lagu ni akan akan dipasang pada setiap hari ahad. hari dimana semua pelatih dan jurulatih bercuti dan melakukan aktiviti bebas. aku tak tahu kenapa lagu ni akan dipasang?
ketika kedengaran lagu ni, aku dan kengkawan lain dalam dorm akan berhenti berborak, berhenti kilat kan kasut, berhenti berjalan.. macam2 berhenti lah. seolah-oleh melayan perasaan yang jauh.. mana taknya masing-masing rindukan perants/bf/cikgu/kucing/dll.
lagu ni membuatkan kami semua tetiba sedih bila dipasang waktu perpisahan tamatnya plkn. aku tak tau kenapa lagu ni yang jadi pilihan. seolah -olah lagu ni dah jadi lagu tema masa dalam kem. rindunya ya allah, tak tertahan dah. rindu semua benda yang berlaku masa dalam kem princess haliza. terlalu banyak kenangan.


Aku dan Dirimu - Arilaso&Bunga Citra Lestari


entah macam mana boleh minat lagu ni tah, yang pasti bila dengar je lagu aku mesti teringat dengan house mate aku dulu. kiteorang duduk banglo, rumah tu besar, kalau tinggal sorang memang macam seram. yang pastinya aku la tu yang selalu sesorang kat rumah. walaupun siang lagi, tapi tetap ada perasaan seram. sebab aku akan balik keja diwaktu petang. house mate yang lain semua balik malam. tapi bukan aku nak cerita rumah seram ke hantu ke.. hehe aku nak cerita pasal aku dan kenangan tadi rasanya.

kiteorang satu rumah dan satu bilik,bilik tu kembar satu pintu, jadi kalau nak masuk bilik tu kena masuk pintu yang sama. tapi dalam dia terbahagia dua. jadi la bilik kembar. dalam tu ada bilik air sekali. jadi tak kalut la nak keluar cari toiletkan kata.

ehh jap, aku ni sebenarnya nak cerita pasal rumah ke pasal kawan aku ni. confius jap. sebab banyak sangat yang aku dah taip tapi hanya pasal rumah je. 😏

sebenarnya.. aku rindu dengan kawan aku dilla, setiap kali dengar lagu ni tak kiralah kat ofis ke dalam kete ke.. mesti teringat dilla. walaupun hari2 jumpa, walaupun sebilik. sebab dilla suka lagi ni, jadi aku pun tersuka jugak.. sekarang ni dah buat haluan sendiri. cuma bila aku dengar lagu ni tetiba teringat kenangan bersama dengan dia. dilla kawan yang baik, dia suka bagi aku kata-kata semangat,walaupun dia sendiri mempunyai masalah. aku rindu ngan kau dilla. kalau dia baca entry aku ni, aku harap dia maafkan aku sebab dah lama tak jumpa dia.

ter-emo pulak kan.. hehe jom kongsikan kenangan dan lagu korang yang korang rindu sangat tu kat sani. kita sama-sama rindu. 😅😘
Terima kasih sudi baca.

10 comments:

mek yunie said...

Waaaa mek lame dh idam nak buat entry ni :) Ok, mek akn cite kenangan and lagu dlm blog mek. Nnt jemput bace ye :)

Yg lgu mirae tu zaman mek skolah :) Kalau dgr lgu tu teringat dekat sensei yg ajar bhs jepun :) Sensei malik :)

Lgu BCL tu pun mek minat :) Yg tu kenangan 2007 time duk cintan cintun. Kononnya sweet la kan duet lgu tu dengan bf :)

Adam said...

Ramai budak2 nyanyi lagu jepun tu. Saya tak hafal lirik dia jadi saya tak nyanyi,

nur atiqah said...

dulu time sekolah rendah tiqaa minat gila dengan lagu jepun tu... taktahu lirik jadi sesuka hati je nyanyi macam mana pun haha

Sii Nurul said...

Done follow & singgah kat sini :D

Intan Saffyna said...

@ayunie ramli tula.. bila dengar sesebuah lagu dan teringgat kenangan tetiba rindu kan.. hehe :)

Intan Saffyna said...

@Adam lagu jepun tu dah lama tp generasi skg ni ramai yg suka

Intan Saffyna said...

@Atiqah Hanapi kakadang lirik terabur tp tetap boleh nyanyi.. hehe

Intan Saffyna said...

@Nurulatika Yunus thnks dear sudi singgah sini :)

Adam said...

Tadi saya dengar lagi sekali lagu tu. Ok jugak. Kalau jerap dengar boleh hafal.

Intan Saffyna said...

@Adam aah kalau kerap dgr memang boleh hafal.. tapi kalau dgr je pun dah ok sb malas nak hafal.. hehe :)