Friday, March 31, 2017

Two Week Vacation

Salam Ladiess ♥

Omputeh sangat eh tajuk petang ni. Memandangkan ada masa secoit ni marilah la kita sama-sama menaip entry haha tetiba. sebenarnya baru sekarang ni ada rasa nak taip entry pasal cuti hari tu yang dimana blog pun ikut bercuti jugak selama dua minggu. dua minggu okey. kau ada. fuh fuh buang habuk.

aku dan family balik kampung kedah sebab ada kenduqi no. seronok no makan nasik kenduqi. kata paktam aku kita gantung peqiuk tiga haqi tiga malam. dah kenapa aku nak speaking kedah ni. kekehe

kiteorang ramai-ramai turun kedah beb konvoi pukul 5 pagi masih lagi duduk lepak kat bukit gantang makan buah sambil borak-borak. lepas subuh baru gerak balik kedah. pukul 8 pagi selamat dah sampai rumah tok. yeayy..

dan pada hari yang sama petang sebelum kiteorang gerak tu ada kemalangan memandu melawan arus yang melibatkan nyawa orang lain tau. kesian sangat. sedih. Alhamdulillah kami dihindarkan dari melihat kejadian tersebut. kalau tak seram mak nak..


Majlis perkahwinan cousin aku, kenduri kawin abang adik, dua beradik sekali jalan. cuma yang abang dia nikah awal sikit bulan 9/2016 kot tak silap, lepas tu buat majlis sekali. tumbang sekor kerbau baq hang.. sedap lauk yang orang kampung masak tapi aku tak makan pun. acaner tu.? ni anak-anak makteh aku, anak dia tungal pompuan. so kenduri pun besar-besaran ye. sebab tu paktam aku kata tadi aku dah bagi tahu kat atas nuh yang kita semua pakat gantung periuk tiga hari tiga malam.

A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
semua ni cousin. adik beradik cousin. #cousinpalingrapat 
kenduri ni gotong-royong orang kampung jadi dia nampak macam serabut sikit la.. dengan cuaca panas, orang ramai. kiteorang dah lari pegi tempat yang beragin sepoi sepoi bahasa sambil borok panjang dengan sedara mara lain. 
bila penganti dah datang, dengar kompang lepas tu pasang pulak musik silat tu, putera mikaell ape lagi, berangkat lah kaki dia bersilat sakan. dah semua pakat tengok anak aku pulak. 😅
jom layan jap video ni.. 👇
A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
 ehh ..jap ada lagi sambungan dia..
A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
habis dah, ada yang hujung tu aku cut sebab malas la aku nak masuk sekali sebab ada budak lain pun nak turut silat jugak. kang marah mak dia aku upload muka anak dia dalam ig. hehee
dan lepastu, bermulalah episod jalan-jalan.

Pulau Dayang Bunting
lepas, dah tangkap gambar dengan pengantin kiteorang pun balik rumah lepas tu laju-laju tukar pakai sebab nak pegi tengok pulau dayang bunting, kiteorang pun ikut je waze manual (sembang gitu-gitu je) yang paktam bagitahu. katanya dah boleh kalau nak pegi naik kereta. kiteorang 3 buah kete main redah je la.. sekali sampai separuh jalan je, selebihnya kena masuk jalan kaki. (jalan untuk kete belum siap kot) bapak jauh kena jalan. tapi aku tak pegi sebab putra mikaell dah lena. letih sangat tadi kat rumah kenduri banyak main. aku pun duduk dalam kete bertemankan keropok lekor dengan air milo.
rupaya jauh lagi nak sampai ke pulau dayang bunting tu. kalau jalan street ikut jambatan tu sampai la ke pulau datang bunting. tapi mamasing tak larat da jalan sudahnya tengok pulau dari jau jelah. sambil selfie kemain lagi, aku dalam kete ni bosan tak dapat ikut pun. hehe takpe tak kisah pun. takde penat sangat kena berjalan jauh-jauh. 

Pantai Murni
next station, kite pegi tengok laut kat pantai murni je sambil tengok matahari terbenam. tempat ni boleh dikatakan tempat orang nak merendek dengan boyfriend dengan laki bini anak2 pun banyak, dengan family. best jugak boleh amik angin jap. time ni putera mikaell dah bangun.


tapi tak lama lepak kat pantai murni tu, sebab dah nak maghrib satu lepas tu tetiba hujan gerimis pulak, masa nak balik tu tetiba ada pelangi. cantik sangat. sebelum balik kiteorang singgah mall plaza menda tah aku lupa nama dia, beli makanan bawak balik umah. sampai sini saja kisah cuti kali ni. 

esoknya, kite pegi padang besar pulak. sambung next entry ye. 
Terima kasih sudi baca.

18 comments:

Anum Abdullah said...

lawa background blog

ayunie ramli said...

Sronoknya ! Dh la dpt jumpa and kumpul dgn family :)

Nurfaezah Abdullah said...

Awal2 fae tak tau nape people pgl bkt dayang bunting. After baca entri dari blog2 lain baru fae tau hehe.

Anonymous said...

Demikianlah ceritanya.

Nurzakiah Hanum said...

singgah n follow back
tq so much
keep in touch

Adam said...

Terima kasih sudi baca entry two weeks on vacation.

Noor Maizan said...

Sekali sekala seronok kan bercuti ni..hihi.

Diary Naya said...

Senangnya melihat keluarga bahagia
Salam kenal.. senang bisa brkunjung ke blog ini. Salam

Ana Fatihah said...

Tahniah buat dua pasangan tuu. :)
Comel sungguh si cilik tu bersilat ye, bukan main serius lagi dia. Hihi

Intan Saffyna said...

@Anum Abdullah takde lawanya la.. biasa je.. itupun rembat google..hehe

Intan Saffyna said...

@ayunie ramlitula sesekali berkumpul memang seronok.. raya pun tak dapat kumpul mcm ni..

Intan Saffyna said...

@Nurfaezah Abdullah saya pun ada baca artikal pasal dayang bunting.. hehe sejarah nih :)

Intan Saffyna said...

@Anonymous hi awak cik anon.. demikian ape nya.. hehe

Intan Saffyna said...

@Nurzakiah Hanum tq ye sudi singgah follow sini :)

Intan Saffyna said...

@Adamsy yang patutnya cakap terima kasih sbb sudi baca entry ni :)

Intan Saffyna said...

@Noor Maizan betul tu.. bukan selalu dapat jalan2 tempat orang nih,.. :)

Intan Saffyna said...

@Diary Naya thanks naya.. salam kenal :)

Intan Saffyna said...

@Ana Fatihah hehe tula.. kemaian lagi dak putera tu.. :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna