Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Monday, October 09, 2017

Happy Birthday To Me

Salam Ladiess ♥

Secara rasminya aku dah pun capai umur yang ke 30 tahun. serius aku memang tak percaya dengan diri sendiri yang aku dah masuk ke alam tigaploh-an.. terasa diri ni muda lagi tapi hakikahnya aku dah tua.. sepatutnya umur yang macam aku sekarang anak dah dua tiga orang tapi aku baru je sorang jaga budak bertuah tu ha.. mungkin sebab tu jugak aku selalu perasaan muda.. kekdahnya kan..😆

kat mana-mana aku pegi tak kiralah pegi event ke kenduri ke shopping kat pasar malam ke kan, mesti ada yang akan menegur aku even tak kenal dan baru nak kenal je pun.. aku ni jenis tak boleh orang tegur mula peramah aku keluar.. sembang apa tah sambil tunggu kebab pita siap, akak tu berborak macam dah lama kenal..

part best bila laki aku datang bawak anak aku..terus akak tu tanya dah kawen ke dah ada anak ke.. aku.. laaa ni anak saya la kak.. terus dia nak tanya umur aku.. aku pulak nak main teka teki dengan akak tu suh teka.. dia kata aku 24tahun.. aku.. macam betul ke kak.. hahah tergelak kejap..  tapi aku bagitahu jela saya dah 30 tahun la... lagi dua bulan.. haha
terus dia terkejut.. tetiba kebab dah siap.. 😂
(masalahnya dah kenapa aku cite benda pasar malam ni... 😏)
↧↧

Sunday, February 26, 2017

Happy Birthday Putera Mikaell Danish #turn2 | 2017

Salam Ladiess ♥

Nak taip entry ni pun dah tak sampai hati sebab sedih tak dapat buat party untuk birthday boy umi. bulan january lepas umi daddy buzy sangat balik pun dah malam. walaupun danish follow kemana saja umi daddy pergi. walaupun dalam meeting. umi kesian kat danish sebab terpaksa terjebak jugak dengan urusan umi daddy.

hari malam birthday danish umi daddy still tak balik umah lagi. jam dah pukul 9pm masa on the way balik, umi cakap dengan daddy jom pegi kedai kek kejap, nak beli kek untuk danish. kek yang ready made pun jadilah janji ada kek. padahal umi sebenarnya dah rancang pun nak tempat kek spiderman untuk danish. tapi tak berkesempatan.

round kat area berdekatan dengan umah untuk cari kedai kek, dah banyak kedai kek yang dah tutup awal. mana taknya kiteorang sampai pun dah lebih kurang 9.28pm. ada jugak yang dah stanby nak tutup, tapi sempat la beli kek satu nak acah acah tiup lilin kasi happy danish. tak banyak sangat pilihan tapi boleh la dapat yang kecik pun takpe.

seni dari tangan danish. hasil kerja yang baik,

Thursday, January 26, 2017

Happy Birthday Anak Umidaddy

Salam Ladiess ♥

Serius, seminggu busy. macam macam urusan kena handle dalam masa seminggu. ulang alik ke bank berhari-hari paling teruk sekali. baik tido je kat bank tu, senang. lepas tu siapkan presentation, meeting. esok  lusanya orang kampung kedah mai pulak sebab ada kenduri cousin, convoi pegi kenduri pulak awal² pagi. kereta pun dah jadi rumah kedua aku untuk rehat. huh letih yakmat.

tak cukup seminggu, sambung minggu ni pulak, isnin setelkan urusan lagi untuk presentation hari selasa, dah malam baru sampai kat umah nenek danish, kesian anak umi kena ikut tunggu umi sampai malam. dah lah birthday danish isnin tu 23 january 2017. #danishturn2 . kesian dia. 😌

dah lewat da, tapi umidaddy laju-laju cari kedai kek untuk danish. walaupun simple umi tetap nak celebrate jugak. nasib baik jumpa kedai kek yang dah hampir nak tutup. alhamdulillah nasib baik sempat.
Happy Birthday to Putera Mikaell Danish, #turn2

Saturday, January 21, 2017

Birthday Party Danish #turn1 | 2016

Salam Ladiess ♥

#trowback again. birthday anak umi setahun. semangat umi daddy nak buat birthday party ni, yela kan first time sambut birthday anak sendiri. walaupun simple je tapi dah tetap meriah bila di sambut dengan keluarga.

sebenarnya turn two is coming dah danish ni this year in a few days, tapi umi baru berkesempatan taip entry ni rushing. sebab umi tak nak terlepas walaupun sekali dan update perjalanan danish dari umur satu hari till today.

nanti danish dah besar boleh tolong baca kan balik blog ni untuk umi bila umi dah tua nanti. huhu
#23january2016
segala persiapan adalah dirancang secara sederhana saja. menu untuk masjlis  masak sendiri je.cuma ayam dan kek kita main order kat kedai. entry akan dipenuhi dengan gambar, harap tak membosan la.. hehe
Happy Birthday to you putera mikaell danish #danishturn1
serius, disebabkan dah setahun da bezday turnone berlalu, umi sendiri dah lupa ape nak cerita dalam entry ni. kita tengok gambar je la ye.. sebab kadang² ingatan umi akan kembali bila berpandu gambar. hehe

Wednesday, January 18, 2017

My Birthday Last Year 2016

Salam Ladiess ♥

Walaupun ini cerita #trowback tahun lepas punya, tapi aku tetap nak masuk jugak dalam blog ni, memandangkan aku akan mengakhiri zaman 20an tak lama lagi. maksud aku di tahun duaributujuhbelas ni aku dah masuk three series. hanya tunggu oktober sampai je ni. tua kah aku?

oktober 2016 yang dinanti-nantikan, akulah yang berumur 29tahun. rasa seram je bila dah hujung 20an, rasa diri ni dah tak boleh menganda lagi, harus fokus dalam kehidupan seharian. terlalu besar dah tanggungjawab yang perlu digalas. huhu

sedihnya..hehe tapi aku still lagi boleh berpenampilan seperti budak remaja.. 😝

birthday kali ni biasa je, tak sempat pun nak tiup lilin, masing-masing membuzy, tapi kakak tak kisah, dapat ucapan dari suami, keluarga dan kengkawan pun dah besar rahmat da. syukur alhamdulillah.
 officialy i'm 29 y/o

Monday, October 22, 2012

Peristiwa 8 Oktober & Instagram

Assalamualaikum^^

Masih di bulan october lagi kan.maksudnya masih belum terlambat la aku nak update pasal bezday ohsem aku yang lepas. padahal boleh dikira entri basi kot. ah pedulik la.

Takpa kita segarkan mata dengan tengok gambar ni.


kek aku.hijau.kaler full. sedap.

ok dah. sambung baca lagi.aku sambut dengan family.sederhana namun happy. itu yang penting. aku pun seronok, puas dan meroyan.

Ha yang ni tengah pagi buta esok keje tapi gagah pegi makan kfc, en.cinta call suh cepat siap dia nak bawah celebrate katanya.

Tapi tak dapat makan zinger double down. papagi buta mana ada lagi menu tu. sedey.

oh jap. sebelum terlupa, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi wish dan mengingati hari lahir aku. terutama keluarga aku, kawan-kawan custemer aku dan rakan-rakan facebook dan belog.

Masej dan sms berpusu datang sehinggakan aku tak menang tangan nak reply. ada yang aku tak reply tu sorry ye. tak dan kot. aku sangat terharu tau. Alhamdulillah, jika ini membuatkan aku happy, aku bersyukur kepada tuhan dengan kurniaan yang penuh kasih sayang ni.
***
Dan terima kasih selagi lagi kepda yang bagi hadiah tu.sanggup poskan semata mata untuk aku. thanks dear's. tak boleh lupa sampai mati dengan pemberian galaxy note untuk aku daripada en.cinta bakal tunang aku. thanks sayang. hmm.. lagi.. hadiah topup jangan cakap la hampir seratus lebih aku terima dari kastemer dan kawan. baiknya hati korang kan. perfume febret saya pun ada tau. yang sudi belanja dan hantar makanan sedap-sedap kat saya tu terima kasih sangat.

sampai besok pun tak abih entri ni kalau nak citer pasa ucapan terima kasih yang tak terbalas. saya menghargai diatas pemberian semua yang memberi.

Sebaknya hati saya.. diam 2saat. tarik nafas. sambung.
Sebaknya hati saya bila teringat balik bertapa hati saya gembira dengan semua yang sudi yang memberi   yang mengingati dan yang mengambut hari jadi saya pada tahun ini.

Dan.
Silalah Follow Instagram Sayahttps://www.instagram.com/intansaffyna/
lepas tu tinggalkan link korang. =)

Terima kasih sudi baca.

Saturday, October 13, 2012

Saya Dapat Samsung Galaxy Note

Assalamualaikum^^

Dah beberapa hari aku terima samsung galaxy note tapi mood meroyan tetap tak abih lagi.huahua. mana taknye dapat benda free tiga hari tiga malam pun boleh kenyang kan.


Aku nak cite macam mana aku boleh dapat galaxy note.macam senang je kan. tak menang peraduan celcom pun,bukan jugak menang cabutan bertuah.
tapi aku bertuah sebab dapat samsung galaxy note sempena hari lahir aku yang ke 25 tahun.

wah.bestnye.untunglah.
hmm..aku tak nak la dipanggil riak dan meroyan lebih.sebenarnya sebelum ni aku hanya berangan je nak beli galaxy note ni,tapi asyik bertangguh je..yelah mahal kot baq hang.

Satu hari, aku mengadu dekat en.cinta bakal tunang aku, teringgin la nak galaxy note lagi best kalau dapat free..syahdu je rasa. then dia angguk-angguk je. ok fine no respon.

Sampailah hari itu,dua minggu lebih awal dari my birtday,memang betul-betul tak sangka aku menerima samsung galaxy note kat depan mata aku.macam durian runtuh siap akar pun pokok durian pun tercabut jugak.

Wihuu..terus tak ketahuan hala..seronok kemain lagi.melompat meroyan sedunia.ok aku tipu takde maknanya sampai nak melompat.hehe

Cukup dengan alhamdulillah dan terima kasih dilontarkan lalu aku senyum sampai ketelinga siap bersambung dengan telinga sebelah.

Ni lah dia galaxy note aku.. tadaa..
Comelkan. sayangnya dekat dia. terima kasih sangat kerana sudah tunaikan hasrat hati aku..


Terima kasih sudi baca.

Monday, October 08, 2012

Terima Kasih Sebab Wish Bezday Saya

Assalamualaikum^^

Terima kasih diatas ucapan yang Happy Birthday untuk saya hari ini.. Semoga Allah merahmati kalian semua ya..


saya akan update lagi esok.
Selamat Malam =)