Sunday, September 10, 2017
RM600 Credit SG Shop Habis Shopping..
Kush semangat habis rm600 mak ai.. giler arh beli apa tu? yes! macam-macam dapat sg shop malaysia ni.. sampai tak habis pusing kalau dapat 1k pun boleh habis macam ni.. nampak tamak kan.. hahaha and Alhamdulillah la ini namanya rezeki jatuh dari langit. aku dianggap bertuah kerana memenangi credit giveaway dari blogger terpilih dan disponser oleh Sg Shop. Syukur!
bila terokai website ni sebenarnya banyak barang yang kita boleh dapat, kakadang tak pernah terfikir pun akan beli sesuatu barang tu, tapi memang beli jugak sebab murah yak amat. betul. mula tu memang fikir nak beli ape ni credit banyak sangat tapi lepas explore satu-satu memang banyak benda boleh dapat dalam sg shop.
aku share dengan adik je shopping, dia pun runsing sampai satu hari menghadap web sg shop untuk tengok semua barang.. aku beli barang secara berperingkat, maksudnya abam posmen tu datang hantar dua kali..
gambar ni barang yang kedua baru sampai, aku yang ada meeting pagi tu terus laju-laju balik.. katanya rindu kat anak.. padahal excited barang sgshop sampai.. waw! besarnya percel.. 😍
barang yang mula-mula sampai ada barang yang dibeli dengan SMART Shop dalam sg shop tu jugak, yang harganya mahal sikit tapi setiap item termasuk kos postage. memang jimat jugak la.. cuma tak banyak pilihan sangat kalau beli dengan SMART ni. maksud Smart' itu ialah setiap item yang dijual akan tertera label biru huruf "S". faham tak? kalau tak faham login web sg shop dan check kat sana.
bungkusan kecik je sebab tiga item saja yang dibeli dari SMART sg shop. semua dalam tu adik aku punya barang.. ohh lupa barang yang beli dengan SMART cepat sampai. aku tak sure berapa lama amik masa lupa dah.. tapi cepat dari yang lain.
tiga item yang comel sangat, aku pulak tetiba berkenan haha... beg tu comel.. kasut lagi la ala-ala penari k-pop gituu.. sesuai untuk orang muda la.. cincin dalam box tu pun tak sangka semua cantik..
ootd adik aku. bag dan kasut dari sg shop :)
seleng beberapa minggu sampai bungkusan ni pulak.. comfirm ada barang aku dalam ni.. sekian lama tunggu lebih kurang hampir sebulan, ada 9 item dalam ni.
bag biru pun dapat free teddy bear cute tu, comel sangat bag tu, mak aku pun nak jugak.. berebut. haha saja aku pilih jam biru jugak sebab nak mix dengan bag. purse tu adik aku punya sama dengan bag kucing tu. spek tu cantik, tapi macam tak sesuai dengan aku je.. muka aku bulat macam kuih pau.
part kasut aku tak puas hati sikit. kasut memang lawa-lawa, dah sampai dah tengok sendiri lagi lawa, tapi saiz tu aku tak muat la.. padahal aku dah pilih saiz aku yang betul.. kasut putih aku muat nasib baik la... cuma yang kasut hitam tu bling bling tak muat la.. kecik tetiba kasut tu.. padahal kaki aku yang besar.. mungkin kaki orang sana kecik kot walapun saiz 37.
bekas acuan pink hello kitty kiut tu boleh simpan ice, nak buat bentu coklet pun comel.. nak bekukan puri untuk baby pun boleh..
Children's Helmet Bike ni dah lama aku cari tapi mahal sikit, kat sg shop ni murah sangat so aku belikan untuk putera mikaell.. dia pun happy je dalam helmet, safety sikit.
yang ni bungkusan paling besar yang aku terima sebulan selepas barang diatas pada peringkat kedua. semua item dalam tu bermilai rm300.00 postage rm80.00. apa yang berat sangat tu ehh ?😏
seliper hello kitty tu yang menarik perhatian aku meminta suruh grab satu, adik aku pulak tengok dia pun nak.. nak bawak pegi kampus katanya. sama dengan selipar bear tu sorang satu dengan adik aku. tapi aku tak muat.. hampeh betul.. next time saiz kasut/seliper aku kena pilih saiz 38 kot. biar besar takpe.
beg ni aku tak sangka besar gedabak, nak ikat buat khemah untuk anak aku main pun boleh rasanya..sebab besar sangat. serius.. aku punya plant red tu, adik aku nak bunga-bunga.. bag sama tapi harga lain sebab ada corak plus free padlock.
contoh dari sg shop picture :)
blue/gray bag tu pun murah je. dalam around rm4 je kot. boleh isi selimut/cadar/tuala. best sebab besar jugak. eh tak sangka la semuanya besar. sebab dalam gambar macam kecik je.
contoh dari sg shop picture :)
boleh dikatakan bag semua ni, bagus la.. kualiti pun okey dan sangat murah. laundry bag cute tu pun okey jugak.omg handbag lagi.. bag kedua yang aku beli dari sg shop.. tak boleh tahan comel sangat.. gambar tak jelas sangat colour brown. so cute. card bag hijau tu saje beli sebab nak cukupkan total credit jadi aku beli satu lagi pun nak simpan card blogger senang.. concealer powder makeup just nak try.. sama jugak dengan waterproff oil powder tu. kedua-duanya aku belum pakai lagi.. nanti aku nak buat review pasal dua powder tu next entry. #kalauadamasa
storage box, brush mekaup and dua speck tu adik aku punya.. speck hijau tu biasa je la.. tapi speck yang bentuk pentagon tu sumpah lawa.. pakai pun terletak elok je kat hidung.. aku nak reapet nanti..hehe
ni item yang aku beli dengan credit yang aku memang tu. banyak kan.. tak rugi shopping kat sg shop dah la murah, banyak pilihan yang penting barang dia pun bagus-bagus dan cantik.
semua barang aku je ni, barang anak satu pun tak ingat nak beli.. hahahaha gelak jahat.. ada lah.. takkan la aku lupa.. tapi dua item je.. hahaha gelak jahat lagi..
nanti la aku masuk kan gambar lagi dua item tu.. aku publish yang dulu..
#syukuralhamdulillah #denganrezekiAllah #i'mluckygirl 😘😘
Terima kasih sudi baca.
13 comments:
Bestnyaa, banyak beli eh, nona dapat rm500 ritu..huhu~
tapi entri tak terrbuat oi, hahaha~
Barang je dah gunaaa ...memang puas hatii gitu~
Nah, share tips beli kasut online...huhu
http://www.mrspip.com/2017/08/barangan-voucher-kemenangan-lazada.html
huiiii banyaknyaaaaaa shoping.
Wah banyaknya.. lulu tengok pun boleh excited.. Tahniah menang!
@Nona QiyahWaw tahniah..bnyak jugak awak menang.. hehe tq share tips :)
@MAY kalau cash money ni dah lama i menabung tau.. hehe
@Lulu Caldinakan excites kan dapat byk brg.. tq lulu :)
bestnya..macam-macam barang dapat dengan credit tu..
Bestnyaaaaaa omg omgomg...... Rjeki sgt
Wooo banyaknya barang dapat...Murah rezeki kak Fyna...
@jida Alhamdulillah rezeki.. :)
@Mokomira Hanamichi hehee.. alhamdulillah :)
@Noor Maizan syukur alhamdulillah.. rezeki :)
Did you know that that you can earn dollars by locking premium areas of your blog / website?
Simply open an account with Mgcash and add their content locking plug-in.
Post a Comment