Saturday, May 3, 2014

The Solemnization Day : 6hb June 2013

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah pada 6hb June 2013 saya sah bergelar isteri kepada suami saya Mikaell Al-Imran. suami yang saya kenali sejak lima tahun lepas.

Allah. Perasaan bercampur masa tu hanya tuhan jelah yang mengetahui, dengan first time nya saya akan berjumpa sanak saudara pihak suami.Syukur ya allah dengan sekali lafaz saya telah menjadi seorang isteri. dan segala urusan majlis yang berjalan lancar seperti yang dirancang.
 
Berberapa jam sebelum kami diijab kabul kan. suami saya solat sunat bagi mempermudahkan akad nikah. kami sama-sama bersiap di butik pengantin. setelah saya dia diandam, baru suami saya datang untuk bersiap.


Masa ni mak mertua saya sarungkan cincin tunang, itu bermakna saya bertunang dulu setengah jam sebelum dinikahkan.. panjang ceritanya kenapa saya bertunang sama hari dengan nikah.. saya akan ceritakan dientry lain.

tapi bagus jugak, senang tak payah fikir banyak satu majlis buat serentak kan..


Alhamdulillah, saya sah mejadi isteri kepada en.suami. syukur sangat. walaupun akad nikah dirumah tapi cukup bermakna bagi saya dan suami.. apa yang dirancang tak semestinya terjadi,sebab memang sepatutnya saya menikah di masjid tapi pada hari sama tiba-tiba bendera merah naik. so enjoy.


Syukur ya Allah.. diatas kurniaan dan kebahagiaan ini. semoga rasa sangat bahagia ini berkekalan hingga hujung nyawa dan membawa ke syurga..insyaAllah. terima kasih pada yang mendoakan saya dan suami. terima kasih yang tak terhingga buat keluarga saya dan keluarga suami. Amin.

Saya akan sambung lagi untuk entry reception.

Terima kasih sudi baca.

2 comments:

Unni Anje said...

tahniah..until Jannah.. sweet je pic kawin tu

Intan Saffyna said...

@Unni Anje tq ye unni :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna