Thursday, November 17, 2016
Pengalaman Bersalin | #Part 2
continue : Pengalaman Bersalin #part 1
harap takde yang bosan sebab entry ni sangat panjang. sangat ehh :)
malam tu,
aku solat hajat sepaya urusan bersalin aku dipermudahkan,aku minum banyak minyak kelapa dara bagi bukaan buka. berdoa. tak tidur aku malam tu, ada la terlelap kejap. fikiran aku terganggu, tapi aku tabahkan hati, aku redha demi baby kandungan aku.. berserah pada Allah disetiap ape yang akan berlaku nanti mesti ada hikmahnya.
23 January 2015
Aku overdue 1 hari.
Bangun pagi,solat subuh berdoa banyak banyak.. baca ayat ayat untuk mudah bersalin. bersiap, barang kelengkapan baby dah siap masuk dalam kete dari semalam lagi. sarapan sikit tapi takde selera pun. sebelum keluar rumah, salam mama baba, mintak maaf segala salah silap. mintak restu kedua ibu bapa. mintak mama doakan semoga aku dipermudahkan bersalin dan aku baby sihat.
23 January 2015 | 9.00am
Tenang je aku melangkah keluar dari rumah otw ke hospital GMC.malas nak fikir yang aku ni kejap lagi bakal kena bedah perut. Demi baby yang dah lebih satu hari dari jangkaan aku sanggup. haha
sampai hospital, paking kete tapi tak masuk lagi, duduk dalam kete bincang lagi ngan suami, aku keliru betul ke aku kena bersalin jugak harini?? sebab memang takde tanda tanda yang menunjukan aku kena bersalin. sakit pinggang pun takde.
23 January 2015 | 10.00am
Aku masuk jugak lah,lepas tu semua orang yang ada kat situ tengok aku,macam aku ada buat salah.. tak tau la kalau dorang tengok aku dah siap dengan pakai batik dari rumah lagi tapi jalan macam biasa sambil gelak gelak dengan suami aku. macam takde sakit nak bersalin pun.
Jumpa dr.zana, dia tanya aku harini dah bersedia ke? aku jawab je dah. hehe mula rutin dia check aku sana sini,check jantung baby.. doc kata jantung baby masih stabil. syukurlah. risau dia takut baby lemas gara-gara aku mintak satu hari lagi sebelum deliver baby. sini.
Bincang lagi ngan doc, oleh kerana keadaan baby masih lagi okey masa tu, dia kata kita cuba sehabis baik dulu untuk bersalin secara normal. aku suami setuju je..da tak kisah dah demi nak baby dalam keadaan baik dan selamat, czer ke normal ke mana mana pun okey.
lepas tu doc panggil sorang nurse dia untuk masukan ubat untuk cuci usus, supaya aku senang nak berry sebelum bersalin. dok tak dan 5 minit aku dah berryy dah.. mujarab betul.
23 January 2015 | 11.45am
induce labor
Disebabkan aku takde tanda-tanda nak bersalin, doc bagi ubat untuk mencetuskan kelahiran supaya aku diserang conctraction dan jalan cepat bukak,boleh bersalin secara normal. dr.zana bagi aku ubat telan 2bijik, lepas tu dia masukkan ubat kan kat missv taktau la berapa biji lupa pulak nak tanya.
lebih kurang setengah jam dr.zana datang balik kat aku nak check bukaan. aku yang takde rasa ape-apa ni buat relax je. bukaan tak buka. tak puas hati dr.zana masukan ubat lagi. aku tunggu lagi setengah jam,nanti doc datang check bukaan.
aku tunggu dalam bilik ctg sebab bilik yang kiteorang tempah tu dalam servis.macam hotel pulak main order-order bilik. haha. aku still tak rasa apa-apa. dalam hati ni dah macam2 doa aku baca supaya cepat bersalin.
dr.zana datang lagi check bukaan katanya baru buka 1.5cm. aku macam happy jugak la.. kot la aku boleh besalin normal.
aku first time kena masuk jarum kat tangan, dahlah tangan bengkak urat memang tak nampak la kan.. sakitnya adoi mak..tapi aku tahan sampai meleleh air mata. hahaha mana taknya dua kali keluar masuk jarum cari urat tak jumpa.
23 January 2015 | 1.00pm
Bilik dah siap,aku di ward. makan tgh.hari, rehat kejap sebab suami nak pegi solat jumaat, setiap 1jam dr.zana akan datang untuk check bukaan. dengan harapan aku boleh bersalin normal. tapi still sama bukaan masih sama 1.5cm walaupun dah 3 jam berlalu.
23 January 2015 | 4.15pm
Nurse datang bawak mesin ctg nak check jantung baby. masih lagi dalam keadaan stabil tapi macam dah lemah. lepas tu aku jalan pusing pusing kat ward kengkonon nanti baby turun boleh cepat beranak.. tapi conctraction belum ada lagi. teringin jugak aku nak rasa conctraction tu yang orang kata kalau sakit time conctraction boleh sampai guling-guling.
23 January 2015 | 5.00pm
Time ni aku rasa badan aku macam lain, macam berdenyut2 tapi tak kuat denyutan tu dan tak sakit. Dr.zana datang nak check bukaan lagi. still sama. doc pesan supaya aku berhati hati pelbagai kemungkinan boleh terjadi. katanya aku kena buat keputusan sekarang sama ada nak czer atau terus menunngu bukaan buka. tapi baby dah macam tak boleh tunggu lagi. takut lemas. keputusan ditangan sendiri.
seram betul dengar.
23 January 2015 | 5.50pm
Dr.zana masuk bilik aku tengok aku tengah borak-borak ngan suami aku sambil duduk kat hujung katil sambil goyang kaki. doc yang cemas aku yang tenang.. nurse datang check ctg baby dah makin laju. aku kena buat keputusan segera. tanpa banyak bicara sangat aku suami kata okey, terus nurse bawak borang czer untuk sign tanda setuju.
terus nurse 2,3 orang uruskan aku sebelum aku ditolak masuk ke bilik bedah.
23 January 2015 | 6.45pm.
Suasana terus jadi sunyi.aku duduk kat kerusi weelchair ditolak oleh nurse menghala ke bilik bedah.suami aku follow dari belakang. kesian suami aku tak dapat nak tengok aku bersalin dalam labour room. bilik bedah tak boleh masuk. melainkan aku dr.zana tukang bedah aku , pakar injection, dan staff nurse pembantu dr.zana.
Sampai depan pintu dewan bedah ni, sebelum masuk aku peluk dan salam suami dulu, mintak dia ampunkan aku halalkan segalanya.. sedihnya.. macam nak mati dah rasa time ni. tapi aku seorang yang tabah. :)
23 January 2015 | 7.05pm
entah apa pakar inject tu sapu kat belakang aku,macam cecair,sejuk pulak tu.. lepas tu dia terus inject terkejut aku tau. nasib baik tak terberanak.. sakit oi. tetiba aku dah kebas tak rasa sakit dah.
Suami aku kat luar hanya dapat tengok kat cermin kaca kecik kat pintu tu je.. aku lambai lambai je suami aku dari dalam. aku tengok muka suami aku macam sedih, sebab dia sedih tengok aku terbaring nak kena bedah. :'(
sambil baring aku berdoa semoga dipermudahkan proses pembedahan ni, semoga baby aku selamat dilahirkan. sambil mendengar alunan surah yassin yang dipasang..aku hanya diam dan merelakan je segalanya. pakar inject tu dok buh macam2 kat tangan aku, cucuk sana cucuk sini. sakit? aah memang sakit. sebab bius hanya daripada dada sampai ke kaki.
aku memang sedar dan dengar apa yang belaku, dr zana suruh aku tenang dan tido tapi aku sekali pun tak boleh lelapkan mata. aku hanya nak tunggu baby aku selamat dikeluarkan, itu saja.
gambar ini aku letak effect sikit,kang ada yang pengsan tengok darah banyak-banyak. suami aku yang duduk depan pintu tu menyaksikan segalanya yang berlaku.gambar dan video suami aku record untuk aku tengok balik. semuanya diatas keizinan doc yang merawat aku tu. rezeki aku dapat tengok diri sendiri kena opration. thanks dr zana.
suasana sejuk giler, aku yang sedar dan dapat dengar bunyi zrik zrik zrik.. bunyi lazer tengah potong perut aku,berasap asap bila aku tengok balik. sikit demi sikit sehingga perut aku dibuka besar-besar.
lepas tu aku dapat rasakan perut aku ditolak tolak untuk keluarkan baby, tak sampai beberapa minit aku dengar bunyi baby nangiss.. dalam hati terus cakap alhamdulillah dan selamat dah dilahirkan. aku dah ada anak sekarang..
dalam gambar tu baby fresh in oven baru keluar doc tengah potong tali pusat. lepas tu doc terus tunjukkan kat aku. aku hanya mampu senyum je. doc siap cakap muka anak aku copypaste muka aku. haha
nurse dah siap tunggu depan pintu untuk ambik baby nak dibersihkan. aku masih lagi dalam bilik bedah untuk jahit perut balik. lepas tu aku dipindahkan ke bilik ward aku. nurse tadi bawak baby cute myson kat aku. terkebil-kebil mata baby tengok umi dia gaknya. rindunya... takdapat nak record dah sebab bateri handphone dah habis,tadi record lama sangat. tapi takpe aku bersyukurlah semua dah selamat dan selesai. baby pun sehat.
23 January 2015 | Jumaat | 7.57pm
The day is my son born. i'm officialy umi now. hi anakk...
Namanya PUTERA MIKAELL DANISH AL IMRAN berat 3.53kg.
my son. rindunya nak bau baby, rindu nak peluk baby ,rindunya... syukur ya Allah diatas kurniaan yang sangat istimewa ni. aku sangat bertuah kerana dapat mengandung dan melahirkan tanpa ada rasa kesakitan. malah dapat melihatnya sendiri. Allhamdullilah. :)
terima kasih sudi baca ♥
34 comments:
tahniah...comey macam maknya..cam baby mat saleh lak tgok..
alhamdulillah..seronokny dah ada bby.doakan sy plak
Alhamdulillah.. Comel sangat baby.. Seram jugak baca pengalaman awk ni..
Alhamdulillah.. saya pun sama bersalin kali ke 3 baru2 ni dipermudahkan.. salam perkenalan...
Alhamdulillah.. comelnya baby boy dia..
Pengalaman kita lebih kurang sama..
Salam perkenalan..
comel nye diaaaaaaa... sy follow kembali
Alhamdulillah...comel baby... TQ follow, dah follow balik ya.. :)
comeii sangat baby tu , btw sy dah follow awk balik
Teringat pulak pengalaman beranak 3 kali secara normal..
tahniah. alhamdulillah semuanya berjalan lancar..comel baby nya
tq ye semua..sudi baca crita saya ni.. hehe :)
Syukur sangat..
@PeRdU cINtaalhamdulillah. tq kak :)
Klau sy la, direcord kn proses bersalin tu, xtahu la brni tgk ke x. Hehe
@sumysya thanks ye.. mana ada mat saleh la.. hehe
@najiah shaharain aah..seronok sgt. inshaAllah moga awak pun dipermudahkan :)
@Lea Azleeya thanks ye lea.. mgkin ada kes lagi seram dari saya. :)
@Jueliza Jamani Alhamdulillah.. salam perkenalan awak :)
@Ira Alhamdulillah syukur. salam kenal :)
@Umie A'nez tq ye sudi follow :)
@Atie Yusof alhamdulilah.. tq ye :)
@anzra rizal thanks awak :)
@Sue Bee Alhamdullilah syukur 3x bersalin normal sis :)
@Cik Itah thanks ye.. alhamdulilah :)
@sya mimie saya pun tak berani jugak.. tp lepas habis pantang terus teringin nak tgok balik.. hehe
alhamdulillh
siap dpt ambil gambar n record..
sok sok leh tunjuk dkt putera kan..
tahniahh dr saya :)
@QasehnyaRania alhamdulillah.. rezeki anak saya :)
Satu kenangan terindah. Selepas semyanya dah membesar, kita sendiri dah lupa camana rasa sakitnya.
@salmiah awang betul tu sis, saya dah lupa bila danish dh 2 tahun sekrang.. hehe tapi memori saya akan kembali bila saya tengok balik video lepas.. hehe
syukur alhamdulillah.. :)
seram...hehe...alhamdulillah...rezeki Allah SWT
@sakura 8554 Alhamdulillah.. thanks akk :)
hi bule tau x kos bersalin czer di gmc
hi bule tau x kos bersalin czer di gmc
@Anonymous time saya haritu, full payment lebih kurang 6k..
Post a Comment