Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Wednesday, March 08, 2017

Orang Yang Keguguran Pun Kena Berpantang

Salam Ladiess ♥

Baru-baru ni aku diberitahu oleh cousin (aku dan dia lebih kepada adik beradik) aku yang dia pregnant five week.. syukur sangat la kan,.. sebab dia baru kahwin dan bunting pelamin. happy yakmat la kan.. kiteorang as cousin ni pun happy kan. sebab dikalangan kiteorang adik beradik dan cousin ni takde anak kecik.. tapi ada anak aku putera mikaell sorang je .. kalau ramai kan seronokk .. tambah umat kecik lagi meriah..

tapi.. 😢

aku dikejutkan dengan berita keguguran. memang terkejut sangat.. pagi-pagi dia text aku kak intan cepat bangun.. ana keguguran. terus terbeliak mata aku bangun. kesian dia. baru nak menikmati perubahan fizikal, emosi semua masa mengandung. tapi apa kan daya.. belum rezeki lagi. mungkin ada hikmah disebaliknya. kena redha.. kena kuat...

aku bagi tahu dia, lepas ni ana kena berpantang sama macam orang bersalin jugak.. lepas tu dia tanya aku macam mana nak berpatang.. actually aku pun bukan reti sangat bab ni. aku pun baru tahu dan baru belajar. anak pun baru sorang.. so, pengalaman tu belum cukup hebat lagi.. hehe
aku google je paste kat dia.  dia kena berpatang sekurung-kurangnya dua minggu. kalau nak lebih afdal kena la pantang sama macam orang bersalin. 44 hari atau 60 hari atau 100hari. melampau la kan keguguran kena pantang sampai seratus hari,. hehe tapi bolehh je. untuk kesihatan jugak. (bab ni kena cakap kat diri sendiri key.)😇

Thursday, November 17, 2016

Pengalaman Bersalin | #Part 2

Salam Ladies

continue : Pengalaman Bersalin #part 1
harap takde yang bosan sebab entry ni sangat panjang. sangat ehh :)

malam tu,
aku solat hajat sepaya urusan bersalin aku dipermudahkan,aku minum banyak minyak kelapa dara bagi bukaan buka. berdoa. tak tidur aku malam tu, ada la terlelap kejap. fikiran aku terganggu, tapi aku tabahkan hati, aku redha demi baby kandungan aku.. berserah pada Allah disetiap ape yang akan berlaku nanti mesti ada hikmahnya.

23 January 2015
Aku overdue 1 hari.
Bangun pagi,solat subuh berdoa banyak banyak.. baca ayat ayat untuk mudah bersalin. bersiap, barang kelengkapan baby dah siap masuk dalam kete dari semalam lagi. sarapan sikit tapi takde selera pun. sebelum keluar rumah, salam mama baba, mintak maaf segala salah silap. mintak restu kedua ibu bapa. mintak mama doakan semoga aku dipermudahkan bersalin dan aku baby sihat.

23 January 2015 | 9.00am
Tenang je aku melangkah keluar dari rumah otw ke hospital GMC.malas nak fikir yang aku ni kejap lagi bakal kena bedah perut. Demi baby yang dah lebih satu hari dari jangkaan aku sanggup. haha

sampai hospital, paking kete tapi tak masuk lagi, duduk dalam kete bincang lagi ngan suami, aku keliru betul ke aku kena bersalin jugak harini?? sebab memang takde tanda tanda yang menunjukan aku kena bersalin. sakit pinggang pun takde. 

23 January 2015 | 10.00am
Aku masuk jugak lah,lepas tu semua orang yang ada kat situ tengok aku,macam aku ada buat salah.. tak tau la kalau dorang tengok aku dah siap dengan pakai batik dari rumah lagi tapi jalan macam biasa sambil gelak gelak dengan suami aku. macam takde sakit nak bersalin pun. 

Jumpa dr.zana, dia tanya aku harini dah bersedia ke? aku jawab je dah. hehe mula rutin dia check aku sana sini,check jantung baby.. doc kata jantung baby masih stabil. syukurlah. risau dia takut baby lemas gara-gara aku mintak satu hari lagi sebelum deliver baby. sini.

Bincang lagi ngan doc, oleh kerana keadaan baby masih lagi okey masa tu, dia kata kita cuba sehabis baik dulu untuk bersalin secara normal. aku suami setuju je..da tak kisah dah demi nak baby dalam keadaan baik dan selamat, czer ke normal ke mana mana pun okey. 

lepas tu doc panggil sorang nurse dia untuk masukan ubat untuk cuci usus, supaya aku senang nak berry sebelum bersalin. dok tak dan 5 minit aku dah berryy dah.. mujarab betul.

23 January 2015 | 11.45am
induce labor 
Disebabkan aku takde tanda-tanda nak bersalin, doc bagi ubat untuk mencetuskan kelahiran supaya aku diserang conctraction dan jalan cepat bukak,boleh bersalin secara normal. dr.zana bagi aku ubat telan 2bijik, lepas tu dia masukkan ubat kan kat missv taktau la berapa biji lupa pulak nak tanya. 

lebih kurang setengah jam dr.zana datang balik kat aku nak check bukaan. aku yang takde rasa ape-apa ni buat relax je. bukaan tak buka. tak puas hati dr.zana masukan ubat lagi. aku tunggu lagi setengah jam,nanti doc datang check bukaan.

aku tunggu dalam bilik ctg sebab bilik yang kiteorang tempah tu dalam servis.macam hotel pulak main order-order bilik. haha. aku still tak rasa apa-apa. dalam hati ni dah macam2 doa aku baca supaya cepat bersalin. 

dr.zana datang lagi check bukaan katanya baru buka 1.5cm. aku macam happy jugak la.. kot la aku boleh besalin normal. 
aku first time kena masuk jarum kat tangan, dahlah tangan bengkak urat memang tak nampak la kan.. sakitnya adoi mak..tapi aku tahan sampai meleleh air mata. hahaha mana taknya dua kali keluar masuk jarum cari urat tak jumpa. 

23 January 2015 | 1.00pm
Bilik dah siap,aku di ward. makan tgh.hari, rehat kejap sebab suami nak pegi solat jumaat, setiap 1jam dr.zana akan datang untuk check bukaan. dengan harapan aku boleh bersalin normal. tapi still sama bukaan masih sama 1.5cm walaupun dah 3 jam berlalu.

23 January 2015 | 4.15pm
Nurse datang bawak mesin ctg nak check jantung baby. masih lagi dalam keadaan stabil tapi macam dah lemah. lepas tu aku jalan pusing pusing kat ward kengkonon nanti baby turun boleh cepat beranak.. tapi conctraction belum ada lagi. teringin jugak aku nak rasa conctraction tu yang orang kata kalau sakit time conctraction boleh sampai guling-guling.

23 January 2015 | 5.00pm 
Time ni aku rasa badan aku macam lain, macam berdenyut2 tapi tak kuat denyutan tu dan tak sakit. Dr.zana datang nak check bukaan lagi. still sama. doc pesan supaya aku berhati hati pelbagai kemungkinan boleh terjadi. katanya aku kena buat keputusan sekarang sama ada nak czer atau terus menunngu bukaan buka. tapi baby dah macam tak boleh tunggu lagi. takut lemas. keputusan ditangan sendiri. 

seram betul dengar. 

23 January 2015 | 5.50pm
Dr.zana masuk bilik aku tengok aku tengah borak-borak ngan suami aku sambil duduk kat hujung katil sambil goyang kaki. doc yang cemas aku yang tenang.. nurse datang check ctg baby dah makin laju. aku kena buat keputusan segera. tanpa banyak bicara sangat aku suami kata okey, terus nurse bawak borang czer untuk sign tanda setuju.

terus nurse 2,3 orang uruskan aku sebelum aku ditolak masuk ke bilik bedah. 

23 January 2015 | 6.45pm.
Suasana terus jadi sunyi.aku duduk kat kerusi weelchair ditolak oleh nurse menghala ke bilik bedah.suami aku follow dari belakang. kesian suami aku tak dapat nak tengok aku bersalin dalam labour room. bilik bedah tak boleh masuk. melainkan aku dr.zana tukang bedah aku , pakar injection, dan staff nurse pembantu dr.zana.
Sampai depan pintu dewan bedah ni, sebelum masuk aku peluk dan salam suami dulu, mintak dia ampunkan aku halalkan segalanya.. sedihnya.. macam nak mati dah rasa time ni. tapi aku seorang yang tabah. :)

23 January 2015 | 7.05pm
entah apa pakar inject tu sapu kat belakang aku,macam cecair,sejuk pulak tu.. lepas tu dia terus inject terkejut aku tau. nasib baik tak terberanak.. sakit oi. tetiba aku dah kebas tak rasa sakit dah.
Suami aku kat luar hanya dapat tengok kat cermin kaca kecik kat pintu tu je.. aku lambai lambai je suami aku dari dalam. aku tengok muka suami aku macam sedih, sebab dia sedih tengok aku terbaring nak kena bedah. :'(
sambil baring aku berdoa semoga dipermudahkan proses pembedahan ni, semoga baby aku selamat dilahirkan. sambil mendengar alunan surah yassin yang dipasang..aku hanya diam dan merelakan je segalanya. pakar inject tu dok buh macam2 kat tangan aku, cucuk sana cucuk sini. sakit? aah memang sakit. sebab bius hanya daripada dada sampai ke kaki.
aku memang sedar dan dengar apa yang belaku, dr zana suruh aku tenang dan tido tapi aku sekali pun tak boleh lelapkan mata. aku hanya nak tunggu baby aku selamat dikeluarkan, itu saja.
gambar ini aku letak effect sikit,kang ada yang pengsan tengok darah banyak-banyak. suami aku yang duduk depan pintu tu menyaksikan segalanya yang berlaku.gambar dan video suami aku record untuk aku tengok balik. semuanya diatas keizinan doc yang merawat aku tu. rezeki aku dapat tengok diri sendiri kena opration. thanks dr zana. 

suasana sejuk giler, aku yang sedar dan dapat dengar bunyi zrik zrik zrik.. bunyi lazer tengah potong perut aku,berasap asap bila aku tengok balik. sikit demi sikit sehingga perut aku dibuka besar-besar. 

lepas tu aku dapat rasakan perut aku ditolak tolak untuk keluarkan baby, tak sampai beberapa minit aku dengar bunyi baby nangiss.. dalam hati terus cakap alhamdulillah dan selamat dah dilahirkan. aku dah ada anak sekarang..
dalam gambar tu baby fresh in oven baru keluar doc tengah potong tali pusat. lepas tu doc terus tunjukkan kat aku. aku hanya mampu senyum je. doc siap cakap muka anak aku copypaste muka aku. haha
nurse dah siap tunggu depan pintu untuk ambik baby nak dibersihkan. aku masih lagi dalam bilik bedah untuk jahit perut balik. lepas tu aku dipindahkan ke bilik ward aku. nurse tadi bawak baby cute myson kat aku. terkebil-kebil mata baby tengok umi dia gaknya. rindunya... takdapat nak record dah sebab bateri handphone dah habis,tadi record lama sangat. tapi takpe aku bersyukurlah semua dah selamat dan selesai. baby pun sehat.

23 January 2015 | Jumaat | 7.57pm 
The day is my son born. i'm officialy umi now. hi anakk...
Namanya PUTERA MIKAELL DANISH AL IMRAN berat 3.53kg.
my son. rindunya nak bau baby, rindu nak peluk baby ,rindunya... syukur ya Allah diatas kurniaan yang sangat istimewa ni. aku sangat bertuah kerana dapat mengandung dan melahirkan tanpa ada rasa kesakitan. malah dapat melihatnya sendiri. Allhamdullilah. :)
terima kasih sudi baca ♥ 

Wednesday, November 16, 2016

Pengalaman Bersalin | #Part 1

Salam Girls 

Hi,baru sekarang aku dapat menaip kembali,rindunya yang amat. tapi gagap sikit dengan keyboard, dah tak selancar macam dulu taip laju laju. tak apa akan aku teruskan jugak. hehe.. pelan pelan pun boleh siap satu entry.

Harini aku nak bongkar balik cerita lama,oleh kerana dah tiga tahun tak berbelogg.. boleh baca kat sini. Kalau nak hurai satu persatu pun, ish baik tak payahlah sebab memang banyak. cuma sekarang aku hanya kongsikan pengalaman bersalin aku.

Mungkin post ni panjang dan banyak gambar. harap takde yang bosan la tau.. :)
GEMUK, BULAT ,TEMBAM , BULAT ,PIPI SIMPAN COKODOK ,SARAT , KAKI BENGKAK.. APA LAGI..

Ni lah aku yang tengah sarat mengandung 39minggu. si pembawak perut ke hulur kilir tanpa tau erti penat. ada yang kata aku bawak twin dalam dalam tu sebab perut aku besar, besar dari orang si bawak perut tu kecik je. haha 

15 January 2015

Harini, ramai yang whatsapp aku, dah bersalin ke belum? aku heran and pelik jugak, apasal orang lain yang tak sabar sabar nak tengok baby kot.. family aku siap risau kat aku sebab aku tak balik rumah. suami aku bawak makan makan,makan angin. haha 

Aku pun check balik buku check up tu, rupanya aku silap tengok tarikh due 22hb tapi aku bagitahu semua orang 15hb. padanla semua kelam kabut ngan aku.. 
Berangan nak bersalin awal la tu.. nak dapat tarikh cantik 15/01/2015. kahkahk
Due aku bersalin 22hb/01/2015 ye.

19 January 2015

Last aku check up untuk minggu yang ke-40. Tanda nak bersalin belum ada lagi. macam biasa la check jantung baby. kedudukan kepala baby kebawah. semua okey. alhamdulilah. hanya tinggal beberapa hari saja lagi aku datang balik untuk deliver baby.

Dalam perbincangan tu dr.zana kata aku dijangka tak boleh bersalin secara normal. sebabnya kandungan aku besar. tapi masih boleh cuba. Banyakkan la berdoa. inshaAllah.
banyak soalan yang suami aku tanya doc pasal nak bersalin czer, aku hanya dengar je sebab aku rasa seram bila fikir nak kena opret.

biasanya yang aku dengar orang czer mesti emergency kes atau orang yang dah 2,3 kali bersalin opret. tapi aku first time nak beranak, dah dapat tahu kena opret. mau kau tak menggeletar lutut.

and aku kena datang mengikut due yang ditetapkan.

22 January 2015

Sampai dah tarikh yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan dengan penuh kesabaran. pagi tu aku siap macam biasa. tapi takde hati pun yang aku akan bersalin harini. tanda bersalin lagi takde. conctraction pun takde. aku sikit pun tak rasa yang aku akan bersalin.

tapi gagah pegi jugak aku ngan suami pegi klinik GMC (Gombak Madical Centre). bawak jugak la keperluan aku and baby. kot kot doc nak bedah perut aku tak dan dan. haha
sampai terus jumpa doc,dia pun dah buat persiapan untuk opret aku. 

tapi nak tau ape aku cakap kat doc tu??? hahah ini memang sangat bahaya. jangan tiru aksi ini.. 


aku cakap, "doc boleh tak saya nak minta satu hari lagi bagi saya betul betul bersedia untuk czer,"??  terkejut dia.haha aku pun rasa kelakar bila ingat balik. sebab berani amik risiko yang tinggi untuk aku dan kandungan aku.

CTG - Jantung bayi.
lepas dah bincang, doc pun serba salah nak lepas aku balik. tp dia akur jugak. sebelum tu check jantung baby, tekanan darah, macam macam check la dia buat. untuk memastikan yang aku selamat untuk deliver baby lagi tu hari.siap cakap kalau rasa nak bersalin malam pun cepat cepat datang okey. baiklah doc.hehe take care betul dr.zana.

malam tu,
aku solat hajat sepaya urusan bersalin aku dipermudahkan,aku minum banyak minyak kelapa dara bagi bukaan buka. berdoa. tak tidur aku malam tu, ada la terlelap kejap. fikiran aku terganggu, tapi aku tabahkan hati, aku redha demi baby kandungan aku.. berserah pada Allah disetiap ape yang akan berlaku nanti mesti ada hikmahnya.

23 January 2015

The day is my son bornday. 


teaser
to be continue...



Tuesday, June 24, 2014

Dairy Pregnancy : check up minggu ke 5 dan 7

Assalammualaikum.♥

ini adalah entry yang kedua saya tulis dalam blog mengenai pregnancy saya setalah saya disahkan hamil, tentunya perasaan gembira yang amat dan tak dapat nak di gambarkan.

kali pertama saya berjumpa docter semasa kandungan saya berusia 5 minggu, doctor scan kantung baby dah nampak, gembiranya ya allah.. tak pernah lagi saya buat benda berat sejak tu, makan pun saya berpantang. bertapa saya jaga kandungan yang masih baru ni, syukur.

sepanjang  tempoh kehamilan saya dalam minggu ke 5 tak ada alahan ape-apa pun , cuma saya rasa cepat lapar saja. tapi tak makan banyak pun, macam membazir sebab bila saya nak makan terus laju-laju suami pergi belikan untuk saya, tapi saya makan tak habis.

nampak macam bahagia suami isteri, sebab exited untuk umi daddy to be. :)


doctor suruh datang balik bila kandungan saya sudah 7 minggu, masa ni lah katanya saya akan dapat tengok baby bergerak bila scan. setiap hari saya tunggu untuk sampai ke minggu seterusnya.

sampai masanya,bila scan masih tak nampak  apa-apa pun, banyak kali doctor pusing-pusing kat perut saya, tapi tak nampak baby pun, siap doctor masuk scaner ikut bawah lagi tapi tak nampak jugak.

doctor tanya saya tadi ada kencing tak? saya cakap aah ada, mungkin baby tak nampak sebab saya sudah kencing sebelum scan, manalah saya tahu kan.. ini kan first time. huhu.. maka, baby pun tak timbul sebab tak ada support dengan pundi kencing saya.

dokter cuba lagi sedaya yang boleh.. tapi tetap tak nampak. saya sedih sikit sebab docter cakap takut kandungan saya tak jadi, terkedu kejap saya bila dengar doctor cakap macam tu. tapi saya tabah. saya redho dengan segala kemungkinan yang terjadi.

saya pun balik dengan keadaan kepala dah macam robot dok fikir apa akan jadi. tapi saya yakinkan diri saya yang kandungan saya kuat, tak ada masalah apa2 pun. semua akan sihat.


dalam tu menunjukan perut saya kosong, baby tak ada. kantung je ada. doctor cakap untuk memastikan kandungan saya jadi atau tidak adalah 50-50, saya dengar macam tu pun dah seriau.

saya banyak kan bersabar dan berdoa.

untuk keputusan seterusnya 2 week lagi iaitu kandungan saya masuk minggu ke 9, dan saya telah pergi checkup petang tadi, keputusannya sudah ada ditangan saya.. saya akan update lagi. insyaallah.

doakan saya ya.

*****

update : 7 january 2018
Disebabkan saya tak update keputusan bagi entry ni, ramainya yang PM saya mengenai entry ni.. sebab mereka juga mengalami masalah yang sama seperti saya..
so, segala jawapan saya da balas kat komen dibawah.. kalau ada apa2 soalan lagi boleh tanya ye.. :)

Wednesday, June 04, 2014

I'm pregnant

♥ salam ladiess,

syukur allamdulillah, i'm pregnant now! rasa seram sejuk nak teruskan menaip sebab memikirkan fizikal saya akan berubah tidak lama lagi.. syukur dengan kurniaan yang amat indah ini.

tak sabar rasanya saya nak lalui detik manis selama sembilan bulan.

setelah hampir setahun saya mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta dengan pengalaman yang cukup manis dan inilah saat membuatkan saya menjadi isteri paling bahagia apabila saya disahkan hamil. syukur ya allah.

kandungan saya masih baru. mulanya saya tak menyangka pun tapi saya telah lewat period seminggu terus laju-laju suami pergi beli prenancy test. sampai 4 jenis di belinya. punya exited kan.

saya bangun dari tido senyap senyap pergi toilet untuk test dan hasilnya positif. saya pun terus kejut suami dan tunjukkan prenancy test tu.. lepas tu banyak kali saya tunjuk kan kat suami. gembira sangat dan terharu. esoknya saya test lagi untuk pastikan yang ia betul-betul positif. tapikan pukul 4pagi saya bangun, pastu suami tersedar jugak, dia tanya saya nak pergi mana? then saya cakap nak pergi test, lepas tu suami cakap awal lagi tido dulu.. kahkahkah... punya tak sabarnya saya..

dua hari lepas test sendiri, saya ke naluri madical centre untuk check up yang pertama kali. doc scan kat perut saya.. doc bagi tahu kandangan saya sudah lima minggu. sekarang saya tengah taip entry ni kandungan saya sudah 6 minggu 3 hari.

mulanya saya macam terkejut jugak, sebab doc cakap saya dah 5 minggu, saya ingat dalam 3 minggu je..sebab sepanjang kehamilan saya, tak ada satu pun tanda menunjukan saya mengandung. sebab tu saya pelik, hanya kerana saya lewat period saja maka saya pun test.

syukur alhamdulillah yang tak terhingga dengan allah,kerana saya dikurniakan zuriat walaupun kandungan saya masih baru. terharu saya tengok dalam perut saya bulat kecik tu, anak ummi ada dalam tu..saya harap semua sudi mendoakan saya dan kandungan saya.

saya dan suami memang teruja sangat sebab bakal daddy dan ummi. tak sabarnya nak pikul tanggungjawab tu.

syukur.


Tuesday, May 20, 2014

Saya nak baby kembar :)

Salam Ladiess,♥

Hiihii.. baca tajuk pun dah nampak sangat terpengaruh dengan drama aku isterinya episod akhir tadi.. sebenarnya saya memang isteri kepada mikaell pun.. haha.. bukan mikael dalam drama tau. dah memang suami saya nama mikaell kan.. padan la saya tetiba teringin nak dapat baby kembar.

satu lelaki dan satu perempuan.. hah kau terlampaui batas permintaan kan.. huhu.. apa salahnya kan, mana tahu reziki saya dan suami.. insyaallah..


sebelum ni, memang saya dan suami teringgin nak baby kembar, tapi kami tak ada baka' pun sebenarnya.
hanya berdoa dan tawakal je :)

walaupun sehingga sekarang ni, saya belum dikurniakan anak lagi, tapi kami tak pernah berhenti berdoa.
saya berharap anda yang singgah ke blog saya ni sudi mendoakan saya dan suami.. insyaallah..

saya jumpa ayat ni kat google, tapi tak tahulah ianya akan berkesan/mujarab atau tidak, yang pastinya kita sebagai manusia harus berdoa dan terus berusaha. jika diizinkan oleh Allah manalah tahu kan.. Amin.

Terima kasih sudi baca.

Monday, April 28, 2014

PETUA HAMIL ANAK KEMBAR ♥

Salam Girl :)

Sapa kat sini isteri, pastu memang inginkan dapat baby kembar yang comel satu hari nanti.. saya adalah salah seorang daripadanya walaupun saya tak ada keluarga kembar dari pihak suami dan saya.

tapi, apa salahnya kalau kita mencubakan. kalau diizikan oleh Allah, ada lah rezeki kita nak dapat baby kembar.. insha-Allah.

Ni admin kongsi petua nya. Saya copy dari facebook.

 1. Genetik Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.


7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

9. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:

credit : https://www.facebook.com/Piicm.Malaysia/posts/509593735770155