Tuesday, December 20, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 13 : Petua Orang Lama

Salam Ladiess ♥

Gigih aku call tanya mak aku semata-mata nak sahut cabaran ni. mak aku pun pelik dengan soalan aku tengah malam ni, katanya tak boleh tunggu esok ke nak tanya petua. haha. aku mintak lima petua sekurang-kurangnya. jenuh fikir mak aku ni pun.

sepanjang tiga minit lebih mak aku dokk hmmmmmm.. nak fikir petua orang lama dudulu. akhirnya dapat jugak petua lama ni. setengah jam sembang pasal petua orang lama ngan mak aku.

mak aku kata tak semestinya petua tu dalam segi kesihatan dan penjagaan, tapi dari segi perbuatan jugak ada maksudnya tersendiri. ini adalah petua yang dikatakan orang tua dudulu. tapi zaman sekarang banyak berubah. adakala orang sekarang dah tak mempercayainya lagi. 

aku tak pasti la bab ni, cuma kalau betul atau tak tu, kita ambil jadi kan tauladan dan sempadan di masa akan datang. yang tak percaya tu terpulanglah kat diri masing². hehe
ini adalah diantaranya petua orang lama yang aku dapat.


sumbat bawang putih dalam telinga

yang pesanan nenek aku kat mak aku masa lepas bersalin dulu, untuk mengelakkan badan masuk angin hendaklah letak seulas bawang putih dikedua-kedua belah telinga. mak aku pernah nak letak bawang putih kat telinga aku dulu masa pantang, tapi aku tak nak. terukkan. huhu.
jangan makan dalam kuali/periuk

yang aku tak berapa pasti kesahihkannya, sebeb menurut orang dudulu cakap, kalau makan dalam periuk/kuali masa tengah mengandung nanti mulut anak yang bakal lahir tu jadi luas. maksud makan dalam kuali tu, contoh nasi goreng dalam kuali tapi malas nak amik pinggan just nak rasa je, terus ceduk satu sudu lepas tu makan.
kalau tertinggal barang, biarkan tertinggal

selalu terjadi hal ni kat aku. bila dah siap nak keluar rumah tetiba ada je susu baby lupa amik la, handphone tertinggal la, tapak kaki lupa bawak la.. macam². laki aku selalu ingat kan aku sebelum keluar rumah sebab dia taknak aku tertinggal ape². pernah aku sekali tu aku tertinggal telepon kat umah mak aku, laki aku taknak patah balik amik. so berhari-hari jugak la aku tak guna henfon. orang dudulu cakap kalau tetinggal barang jangan patah balik amik sebab takut perkara buruk akan berlaku dalam perjalanan kita tu. mintak di jauhkan la.


Terima kasih sudi baca.


6 comments:

Hasliynda Umairah said...

kadang-kadang tu ada yg betul

Irda Garmin said...

hehe..petua tu semua mak irda ada ckp jugak.jgn mkn dlm kuali ..jgn ambik barang trtinggal...selalu gak mak bebel..tp lately ni mcm lupa dah semua petua tu

Mila Ahmad said...

yang akhir sekali tu tak pernah dengar lak.tapi kdg2 tertinggl jgk huhu

Intan Saffyna said...

@Hasliynda Umairahtula byak petua tp ada betul ada yang tak..

Intan Saffyna said...

@Irda Garminyg bab tertinggal barang saya selalu buat.. tp memang tak akan patah balik.. huhu

Intan Saffyna said...

@Mila Ahmad cuba google.. cari kebenrannya.. hehe :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna