Thursday, December 29, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 18 : My Gadget

Salam Ladiess ♥

Gadget. aku bukan gile gadget.. haha tetiba. rasanya entry ni ringkas je sebab aku bukan ada banyak gadget pun. yang ada ni pun aku tak pakai, nak bawak lagi la tak larat nak usung, berat. handphone je yang mampu bawak merata. wajib.

tapi kalau pegi travel mana² atau balik kampung tiga benda ni memang aku akan bawak, walaupun kadang² tak guna pun. saja buat berat kereta je. haha gadget yang aku ada laptop,tablet,iphone. ni aku nak cerita satu satu, ada sejarah tersendiri.. okey tipu je, takde la sejarah sangat just story jer. 

Laptop Acer Aspire.(2013)
Dulu aku update blog guna computer dan pc buruk je yang ofis lama aku bagi, mulanya okey la, tapi lama kelamaan dia buat masalah, aku ni jenis kerja aku nak cepat je, kalau asyik heng je apa kejadahnya kan. tambah masalah lagi kalau aku tengah edit gambar atau buat coding lepas tu jammed! ko ghase nak hempuk je kan.. kakahkah.. 

aku mengadu la kat boyfriend(now husband) aku, lepas tu dia belikan aku laptop seketul. haha puas hati aku. berjaya la aku siapkan semua kerja coding. lepas tu dekat dua tahun aku tak pernah bukak laptop. sebab laki aku belikan aku tab. tak lama lepas tu aku buka balik sebab nak simpan gambar.

Sumsung Galaxy Tab 3 10.1 (Okt 2013)
Aku nak beli handphone baru, tapi laki aku cakap tak payah sebab aku dah ada henfon buat apa nak beli lagi, dia kata beli tab la sebab senang nak bawak kemana² tak payah gigih sangat usung laptop. nak update pun senang besar jugak macam mini laptop, hanya perlu bluetooth keybord je.
nak dapat barang baru aku pun yeayyy kan jelahh.. tapi aku nak iphone5s😏
gambar tu masa pregnant tiga bulan kot tak silap. membulat macam belon bakhang.. haha orang kata ibu mengandung kalau asyik mengadap gadget nanti anak pun turut mengadap jugak.. 👇
A video posted by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
Iphone 5s (2014)
aku pun akur la, terkubur la hasrat nak beli iphone 5s. tapi tak kira aku nak beli jugak. beberapa bulan lepas tu suami aku pun akur jugak permintaan bini dia yang giler ni. haha
dapat aku beli iphone5s. orang mengandung ni jangan dihalang permintaannya.. betul tak.. kehkehek
tak sampai setahun aku guna iphone5s ni, dia dah pecah, retak pulak. merajuk ngan aku gamaknya.. Baca sini : Benda paling sayang 😢
Iphone 6 (Dis 2014)
Bila dok sebut² tu mesti akan dapat, mulut masin ke apa aku pun tak tahu, yang pastinya aku dapat beli iphone6 selepas iphone5s aku pecah. dah baca tak? link tu.👆 tapi kali ni aku tak ikut pun beli iphone ni, tak larat dah sebab tengah sarat. jangan nak excited sangat takut terberanak kat kedai henpon tu. 
 aku pakai iphone 6 sampai sekarang ni, laki aku cakap kalau pecah, jangan mintak beli lagi. confirm la aku akan lebih berhati-hati kali ni, tak akan aku sia² peluang yang ada. tapi suami aku kata dah takde peluang lagi,cukup la tu dalam setahun tiga kali beli gadget. pakai je iphone 6 tu sampai bertahun-tahun baru boleh tukar lain. aku dah pakai 2 tahun da. mungkin aku boleh mintak iphone 7 pulak. hehe

 baru-baru ni, laki aku beli iphone 7plus, aku meleleh air liur je tengok.. hahhaa
tapi kan, aku nak cuba nasib lagi sekali mana tahu 2017 ni aku dapat tukar iphone 7 pulak. rezeki jangan ditolak. 😍

Terima kasih sudi baca.



6 comments:

Husein Rider said...

jemput memeriahkan segmen saya. http://huseinrider.blogspot.com/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

Intan Saffyna said...

@Husein Rider inshaallah nt saya join :)

LYAfrina said...

hehe..betul jugak...dgn tab blh jugak nk update blog dimana-mana..

Intan Saffyna said...

@LYAfrina tula.. bila bawak tab senang nak update blog :)

Pha Is said...

belum pernah pakai tab lagi.. harapkan fon je..

Intan Saffyna said...

@Pha Is try la satu.. heehe :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna