Friday, December 9, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 2 : Resepi Ikan Rebus Kunyit

 Salam Ladiess 

Resepi? sebenarnya aku takde resepi sangat. tak reti pun. masak pun bukan selalu. kalau masak pun yang simple je janji kenyang. suami pun tak kisah pasal makan. senang la hidup aku. wuahaha..

tapi, aku ada jugak nak share resepi keturunan yang dimana dalam family aku akan masak lauk ni. kira dah jadi lauk wajib dalam keluarga tapi bukan selalu makan la. bermula dengan nenek (mak mertua mama) aku bagi resepi ni kat mama,sebab baba aku suka sangat makan, lagi lagi kalau masak yang paling pedas. 

aku tak berapa suka sangat, tapi suami aku pulak suka lauk ni, maka mama pun turunkan resepi ni kat aku.. tapi aku tak selalu buat pun. atas permintaan suami baru aku buat. tu pun kadang2 lupa. call mama dulu tanya apa bahan dia. haha

harini, dengan 30 hari cabaran blogging aku publiskan resepinya, supaya aku pun boleh tengok balik kalau nak masak nanti. jom try! cenggeni haa.👍

Ikan Rebus Kunyit


Bahan-bahan :- 
  • 3 ekor ikan kembung - depends
  • 2 batang serai* - tumbuk bagi hancur hujung je
  • kunyit hidup*
  • bawang merah/bawang putih*
  • tomato/saderi/bendi - depands 
  • segengam cili padi* - bajet la kalau tak suka pedas
  • asam keping/atau asam jawa
  • garam
  • air untuk rebus
Caranya :
  1. bahan yang bertanda [*] tumbuk sampai lumat
  2. masukkan air dalam periuk
  3. masukan serai dan bahan yang ditumbuk tadi
  4. masukan ikan yang dah di bersihkan
  5. bila dah mendidih masukan asam keping/asam jawa, garam
  6. letak tomato 
  7. biarkan kejap dalam 5 minit untuk dia serap dalam ikan.
  8. padamkan api.
sedia boleh makan terus panas² biar berapi sebab pedas giler. jangan lupa sediakan air banyak² siapa tak tahan pedas. haha selamat mencuba.

Terima kasih sudi baca.


8 comments:

Nabila Syifa said...

huhu..boleh try ni. ala2 singgang kan

Noor Maizan said...

Klik banner tu akak atau pergi sini https://blog.traveloka.com/en/online-contest/, then pilih negara or negeri mana dlm list diorang, lepastu akak tulis entry kenapa akak pilih tempat tu, dh siap entry, terus hntr emel kt daboss tu, semua syarat dan cara boleh tgk kat situ. Hehehehe.

Busyra Bt Takiyudin said...

sedapnyaaa. ikan rebus kunyit ni... hehe

Cik Zue said...

wah. thanks for the recipe ! ;)

Intan Saffyna said...

@Nabila Syifa try la.. aah ni ala2 singgang tapi bukan singgang tau..:)

Intan Saffyna said...

@Noor Maizan okey nanti sis join.. thanks ye utk info ni :)

Intan Saffyna said...

@Busyra Bt Takiyudin nampak sedapkan.. tapi saya tak berapa suka sgt.. hehe

Intan Saffyna said...

@Cik Zue thank you sis :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna