Thursday, January 12, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 21 : Subjek Kegemaran Saya

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah demam semakin baik, selsema pun dah baik, cuma batuk je masih dok bunyi hok hok.. harap lepas ni dapat sihat sedia kala. sebab aku nak pergi melawat kawan aku baru lepas bersalin. tak sabar nak jumpa baby, rindu bau baby. hehe

harini dapat aku continue cabaran blogging yang dah lama terskip. harap aku dapat teruskan perjuangan ni sampai kegarisan penamat.. cewah. tajuk kali subjek kegemaran. aku punya subjek ni agak islamik sikit hehe.. tapi aku memang minat dulu sejak form four/five.

Tasawwur Islam subjek kegemaran aku, aku tak tahu kenapa aku suka subjek ni, cuma ustazah yang mengajar je aku tak berapa suka sangat. walaupun aku tak suka ustazah tu tapi pelajaran dia tetap aku ikut. pertama, ustazah ni suka bagi nota kat murid², cara pemberian nota dia pulak, dia akan baca dari buku dia dan kita semua kena tulih nota tu.
bagi aku, aku suka cara macam tu, tak gaduh nak tengok kat white board mende yang ustazah tulis, tulisan dia pun paham saja la.. macam docter, kelang kabut. tambah pulak aku yang pendek ni tapi duduk belakang lindung pulak dengan kepala orang depan. jadi aku suka cara uztazah ni bagi nota dan aku suka subjek tasawwur islam ni.

kedua, aku mata pelajaran tasawwur islam ni mudah dah senang difahami, even ustazah tak ajar pun bila aku ulangkaji dalam buku teks sendiri pun senang nak faham. that why la aku suka.
buku nota aku yang banyak² subjek yang ada, buku tasawwur islam aku yang paling cantik, kemas, warna warni dan indah.. walaupun ustazah puji katanya buku aku paling cantik sekali, tapi itu tak bermakna aku cair nak suka dengan ustazah tu. haha (dia suka membebel macam mak nenek, pening aku!😳)
ada story sikit.
pernah sekali tu, ustazah ni dia tengah mengajar dalam kelas aku, lepas tu tetiba dia membebel, membebel mende tah! mungkin ada budak tak buat nota kot.. dekat nak habis masa di bebel.. suara dia bebel tu nyaring sangat sampai kepala aku boleh pening... aku pun letak kepala atas meja sambil tangan tutup telinga, lepas tu ustazah tu datang ketuk belakang aku dengan tulang buku teks yang keras tu.  sakit mak oi.
first time aku jerit kat ustazah tu, sakit lahhhh... lepas tu dia cakap aku tidor masa belajar. first time aku menjawab kat ustazah, tido mendenya dah usatzah membebel banyak sangat sampai sakit kepala aku saya. lepas tu aku terus keluar kelas.
tapi aku tak penah repot kat mama baba pun. cuma esoknya aku cakap kat mama taknak pergi sekolah sebab belakang aku sakit. nasib baik tak patah tulang ke bengkak ke apa..kalau budak sekarang ni mesti dah mengadu kat mak ayah, polis, jkk kampung bagai.
tapi aku tetap suka subjek tasawwur islam walaupun aku tak suka ustazah yang mengajarnya.. tetap jugak aku hadap muka ustazah tu dan buat nota dia cantik² supaya minat aku terhadap subjek ni kekal utuh.

Terima kasih sudi baca.


4 comments:

PeRdU cINta said...

Yes sama..tasawwur Islam dan pendidikan Islam..sangat2 digemari..

Intan Saffyna said...

@PeRdU cINta yayy! sama la kite.. hehe

Puteri said...

wow beraninya melawan cakap cikgu. kalau saya, mesti nangis sorang sorang hahaha

Intan Saffyna said...

@Puteri spontan je sbnarnya termelawan.. sebab belakang sakit sgt kena debikk.. huhu

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna