Sunday, February 5, 2017

First Time Bawa Danish Ke Baby E Baby Spa & Wellness

Salam Ladiess ♥

Dah lama nak update pasal ni tapi hanya tajuk saja yang tersimpan di draf. hari ni berbekalkan sikit masa untuk blog ni aku akan manfaatkan sebaik baiknya.haha ayat poyo yakmat. aku first time bawak danish berenang di kolam baby selain dia pernah berenang dalam air ketuban dalam perut umi. hehe

harap maklum ye ni adalah trowback.

sebelum pergi esoknya aku whatsapp dulu untuk set appointment time, lepas aku bagi susu sampai danish kenyang lepas tu tidokan dia lena² , tak bagi dia gangguan langsung okey, sebab atas nasihat staf spa baby tu sebelum datang pastikan baby dalam keadaan selesa, kenyang dan cukup rehat tido. supaya baby seronok sepanjang berada di kolam baby. umidaddy pun senang hati kan.

sepatutnya kalau nak bagi baby rasa lebih selesa kena bawa baby yang lepas habis pantang, baru dia enjoy dan dapatkan biasakan diri dalam kolam tapi danish umur empat bulan baru bawak swimming dispa baby. tapi takpe sama jugak explore nya.

tempat yang aku bawak danish ni kat wangsa walk je. dekat jugak dengan rumah kiteorang. boleh baca review ⇨ Baby E Baby Spa & Wellness Wangsawalk Mall untuk tengok harga dan pakej baby spa ni.

nampak tak muka umi yang paling tak sabar. danish relex je tukar diaper sebelum terjun kolam, dalam hati umi doa banyak agar danish selesa dan beri kerjasama sepanjang satu jam beraksi dalam kolam. and so far everything okey. Alhamdulillah.
A video posted by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
air kolam tu warm je, sesuai untuk baby. sebab tu danish tengah cari keselesaan sendiri. hehe berdikari tau anak!
A video posted by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
danish dah mula rasa tak selesa dengan neckring tu melekat kat leher dia, nak swim pun tak fokus sebab tangan dok tolak² pelampung. lagi satu danish dah macam tak lawas duduk dalam kolam kecik tu, dalam baby spa tu ada beberapa kolam kecik yang macam danish tengah berenang tu,untuk umur baby lepas pantang hingga empat bulan. lagi satu kolam besar ada satu je kat situ untuk baby lima bulan hingga 3 tahun.
yes! dapat masuk kolam lebih besar, lebih luas, lebih banyak toys.ombak pun lebih kuat. ๐Ÿ˜
danish dah tak pakai neckring lagi sebab dia tak selesa pakai kat leher. bila dah masuk kolam besar danish pakai pelampung yang boleh duduk. senang nak capai toys kan. ๐Ÿ˜
lama kelamaan ombak tu memdodoikan danish, dengan kehangatan air kolam danish terus tido lena. syoknya kan macam tu. ๐Ÿ˜ด

angkat je danish dari lena kat kolam terus terjaga. lepas tu time massage danish tenang je..  senang hati umi tengokk.
Terima kasih sudi baca.

No comments:

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna