Monday, February 6, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 27 : Movie Yang Paling Saya Suka

Salam Ladiess ♥

movie yang paling aku suka banyak, genre pun berbeza-beza. tapi aku bagi kat dalam entry ni beberapa je la ye sebab disebab kan post ni dah terlalu lama di humban dalam draf yang hanya ada tajuknya saja. updatenya baru hari ni ada masa.

ini pun aku nak cepat taip setiap satu entry sebab aku bercadang nak siapkan empat entry cabaran blogging ni sekali gus sebab dah lama aku skip. waw banyak lagi rupanya. rajinkah aku? tengok la macam mana nanti. rasanya tak mampu kot.

movie yang akan aku update harini adalah movie yang aku akan tengok berulang² kali tanpa ada perasaan jemu langsung. kiranya aku memang minat sangat la. sama ada jalan cerita dia, pelakon dia, dan jenis-jenis babak dalam setiap movie yang aku minat, semua tu merangkumi. that why aku suka sangat. antara movie yang aku tak lupa nak tengok adalah movie filipina. hehe obsess giler kot aku.. lagi satu movie yang seram indo zaman dudulu.. memang layan weh. hahha
romantic : you to me are everything
horror : tarot
comedy : temptation island
comedy : mr bean's holiday
semua movie atas tu aku tengok ulang², sebab tak bosan pun. tambah lagi kalau marian rivera tu yang berlakon lagi la aku suka tengok. drama dia pun aku suka tengok jugak. sini. and bulan lepas aku baru je layan mr.bean ni first time tengok.. memang best cite ni. lawak bak ang. dan cite ni aku dah pun tengok sebanyak tiga kali dalam masa terdekat ni. penangan mr bean betul. hehe

hindustan pun antara movie yang aku minat jugak, kalau layan tengok dengan laki aku dalam tiga pat pagi la jawabnya baru tido, sebab lepas habis satu movie tukar movie lain pulak. penangan hindustan pun lain macam jugak eh walaupun satu cite hampir dua jam. 😝😎

Terima kasih sudi baca.


8 comments:

Noor Azlan said...

Anak saya umur 2 tahun lebih bila tengok cerita mr bean mesti dia ckp "bin,bin,papa...bin"... hehe

Intan Saffyna said...

@Noor Azlan mr bean katun ke yang betul anak awak tgok tu? hehe

tapi cite mr bean ni mmg lawak.. lawak bengong.. kehkeh :)

Mayy Jie said...

Hahaha kiranya peminat Marian Rivera la ni... Memang cantik sgt, sepadan dengan hubby dia yg hensem.

Intan Saffyna said...

@Mayy Jie aah memang minat sagt pun.. heheee.. suka tengok dia dengan husband dia.. :)

Nour Adieb said...

su suka layan cerita Filipino sebab suka dgr dorg speaking english. kita pon boleh baiki english kita. citer u to me are everything memang kelakar 😄 suka time dorg kat kedai mkn, marian speaking laju sngt

Mummydearie said...

Salam singgah!

Akak suka horror movie. Tak pun ala-ala true story. Thriller-thriller gitu. Dah tua-tua ni tak minat sangat romantika d amor katanya!

Dulu-dulu rajin juga tengok drama filipina ni tapi sekarang lagi suka tengok korea!

Intan Saffyna said...

@Nour Adieb tula.. saya pun suka.. hehe citer tu memang kelakar sb saya tu ulang tengok.. :)

Intan Saffyna said...

@Mummydearie hehe tq kak singgah sini.. saya memang suka drama filipina romatic, seram, hehe

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna