Wednesday, March 15, 2017
Memandu Melawan Arus
Astarafirullah Al Azim, menyucap panjang baqhang.. semalam berlaku kemalangan seorang pemandu wanita memandu berlawan arah. bila tengok wasup cerita ni diviralkan sehingga keluar dalam berita tv3. kemalangan berlaku di butterworth petang semalam. padahal kami dah pun on the ke kedah lewat petang semalam tapi belum sampai lagi di tempat kejadian.
nasib baiklah.. mintak dijauhkan lah berlaku seperti tu,walaupun hanya sekafar tengok pun kalau boleh takmau.. takziah pada kelaurga mangsa yang katanya telah meragut nyawa suami yang isteri nya sedang hamil. sedih sangat. semoga akan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
tak tau ape yang ada dalam pikiran wanita tersebut yang membuatkan dia memandu laju di berlawan arah. ada yang kata mabuk, dan ada yang katanya nak bunuh diri. tapi orang lain yang terkorban. macam macam orang sekarang ni punya perangai. perangai sangat kan.
masa kami dalam perjalanan ke kedah tu tetiba dapat wasup pulak dari groub family yang mengatakan adik ipar aku pun turut berada ditempat kejadian.. huhu tapi gambar sipi sipi je.. kehekhe.. katanya dia nak siasat kes tu. hehe gurau je..
Alhamdulillah kami selamat dah sampai kampung rumah mertua dan lepas tu nak pegi kedah pulak, ada masa nanti nak try makan shell out yang blogger femes busyra pegi tu katanya kat Alor setar. bila ada kesempatan la kann boleh jalan jalan sana.
Maaf la ye aku belum sempat blogwalking balik blog korang yang mai singgah blog aku ni. biasa lah bila kat kampung ni bukan setakat line tak laju tapi bila sadara mara ramai ni membusy la mamasing.. hehe inshaAllah nanti dah balik kL baru boleh round semua blog.
ni pun aku update guna henfon je, first time tau pakai henfon update blog. kalau ada typo buat faham je la ye ape aku taip ni.. kalau view tak bagus pun abaikan jugak la.. hehe untuk giveaway atau contest yang korang join.. aku ucapkan good luck ye.
semoga kita semua akan dilindungi Allah walau dimana saja. inshaAllah. 😘
Terima kasih sudi baca.
15 comments:
memang seriau bila fikir kes mcm ni.membahayakan org lain
Bahaya ada dimana-mana .ada yang sempat dielakkan ..ada yang tak sempat . Al-Fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga mangsa . Moga Allah bagi kekuatan dan ketabahan untuk wife mangsa yang tengah pregnant
Saya ada dengar kisah ni kat facebook & insta. Dengar kabar perempuan ni model dan dia disahkan ada pengambilan dadah. Masa memandu dia dalam keadaan mabuk . Waallaham. Saya pun tak tahulah betul ke tak. Tapi itulah bahaya kalau memandu tak berjaga2. Alfatihah buat arwah.
@Shesyira As betul tu.. lagi2 macam kalau kite ni berjalan jauh kL - kedah.. seram bila dgr belaku perkara mcm ni.
Mmg terkejut sangat dengar berita ni memula tau.. Dah la remaja, perempuan pulak tu, lg teruk sbb MABUK, huhu~
salam singgah sini n follow , pompuan tu makan ddadah x silap stress ngaji
Tak boleh betullah bila tengok berita pasal kes nih. 😢😢😢
@Shesyira As betul tu memang merbahayakan keselamatan org lain.. tak pikir budak ni.. huhu
@✿Cik Cappuccino Latte ✿ kadang2 perkara macam ni memang tak dijangka.. semuanya berlaku dgn tiba2.. takziah utk keluarga mangsa.
@y i e n remaja skg tak kira laki ke pompuan.. perangai mamasing pelik..
@Wani Sukarno ohh patutla.. dia buat benda takda faedah.. huhu
isteri arwah kerja 1 tempat dgn kawan sy. time nak naik bus, dia hanya tau arwah accident. otw nak balik, baru dia tau arwah dah meninggal. dah lah sedang hamil anak pertama 😢 moga kejadian ni membuka mata org ramai supaya menjauhi dadah & arak
@Nour Adieb Ya Allah, kesiannya kwn awak tu.. semoga dia tabah menghadapi segala ujian ni.. :)
Physcho betol pompuan tu. Mek jd geram btol dgn dia. Cm mane la dia boleh truskan perjalanan dh tahu salah arus ! Pastuh muka tk bersalah pulak tu. Aihh, geram !
@ayunie ramli betul tu, muka dia boleh tenang aman damai je kat tepi tu. aih makan penumbok jugak budak ni.. hehe
Post a Comment