Wednesday, March 08, 2017

Orang Yang Keguguran Pun Kena Berpantang

Salam Ladiess ♥

Baru-baru ni aku diberitahu oleh cousin (aku dan dia lebih kepada adik beradik) aku yang dia pregnant five week.. syukur sangat la kan,.. sebab dia baru kahwin dan bunting pelamin. happy yakmat la kan.. kiteorang as cousin ni pun happy kan. sebab dikalangan kiteorang adik beradik dan cousin ni takde anak kecik.. tapi ada anak aku putera mikaell sorang je .. kalau ramai kan seronokk .. tambah umat kecik lagi meriah..

tapi.. 😢

aku dikejutkan dengan berita keguguran. memang terkejut sangat.. pagi-pagi dia text aku kak intan cepat bangun.. ana keguguran. terus terbeliak mata aku bangun. kesian dia. baru nak menikmati perubahan fizikal, emosi semua masa mengandung. tapi apa kan daya.. belum rezeki lagi. mungkin ada hikmah disebaliknya. kena redha.. kena kuat...

aku bagi tahu dia, lepas ni ana kena berpantang sama macam orang bersalin jugak.. lepas tu dia tanya aku macam mana nak berpatang.. actually aku pun bukan reti sangat bab ni. aku pun baru tahu dan baru belajar. anak pun baru sorang.. so, pengalaman tu belum cukup hebat lagi.. hehe
aku google je paste kat dia.  dia kena berpatang sekurung-kurangnya dua minggu. kalau nak lebih afdal kena la pantang sama macam orang bersalin. 44 hari atau 60 hari atau 100hari. melampau la kan keguguran kena pantang sampai seratus hari,. hehe tapi bolehh je. untuk kesihatan jugak. (bab ni kena cakap kat diri sendiri key.)😇
Tips dan penjagaan selepas keguguran

1. Perlu ke berpantang selepas keguguran?

Kalau ikutkan orang tua, ibu yang keguguran perlu berpantang lebih daripada ibu bersalin kerana angin gugur atau dikenali sebagai angin merian boleh menyerang mereka. Angin gugur ini berpunca dari sisa janin yang tak keluar habis semasa gugur lalu menghasilkan toksik yang meracun darah. Jika terkena angin gugur, anda akan mengalami masalah kesihatan fizikal & mental. Masalah fizikal yang biasa terjadi ialah demam sehingga kancing gigi, sakit pinggang, sakit sendi, dan rasa tajam diari-ari.  Sementara masalah mental pula ialah gangguan emosi yang sering dipanggil sebagai meroyan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk berpantang  & kecutkan rahim selepas keguguran.

2. Berapa lama nak berpantang selepas keguguran?

Seeloknya berpantang selama 44 hari seperti ibu bersalin, lagi bagus kalau anda lajakkan tempoh berpantang kepada 100 hari. Walau bagaimana pun, di zaman sekarang majoriti wanita bekerja & cuti keguguran tak diberikan dalam tempoh yang lama, oleh itu anda boleh berpantang sekurang-kurangnya 14 hari.

3. Apa yang perlu dibuat selama berpantang?

Sama seperti ibu bersalin, anda perlu:-
Berurut
Bertungku
Berbengkung
Berstokin
Sanggulkan rambut tinggi-tinggi supaya badan tak masuk angin
Jaga pemakanan.
Elakkan keluar dari rumah

4. Macam mana nak kecutkan rahim dengan cepat selepas keguguran & pastikan semua sisa janin habis keluar?

Adalah penting untuk kecutkan rahim selepas keguguran & pastikan semua sisa janin habis keluar. Di antara cara yang anda boleh lakukan ialah:

Berurut. Anda boleh berurut seawal 3 hari selepas keguguran. Jangan terus berurut selepas keguguran. Tunggu sekurang-kurangnya 3 hari supaya rahim sempat berehat. Bila kita keguguran, berlaku luka pada rahim. Oleh itu, bagi masa kepada rahim kita untuk berehat.
Bertungku. Seeloknya gunakan batu sungai. Panas dari batu tungku akan membantu kecutkan rahim selepas keguguran & keluarkan semua sisa janin yang masih tertinggal.
Berbengkung juga membantu untuk mengampu rahim & membantu ia kecut dengan cepat.
Senaman kegel iaitu mengemut sangat berkesan untuk kecutkan rahim selepas keguguran. Caranya mudah je, kemut macam tahan air kencing. Buat sekerap yang boleh.

sumber http://vitaminsaya.com/
Terima kasih sudi baca.


2 comments:

noor azlan said...

Betul tu, memang kena berpantang dan disiplin... amalkan ubat ikut petua zaman orang dulu... benda nak pakai lama kan... Takziah buat cousin, jangan buat benda berat-berat sampai usia 4 bulan kandungan, kalau keguguran lagi mungkin dinding rahim tak kuat...

Intan Saffyna said...

@Noor Azlan tula.. kena berpantang kalau nak sihat. terima kasih ye.