Thursday, May 25, 2017

Syukur Alhamdulillah & Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ladiess ♥

Syukur ya Allah.. sejak kembali berblogging november lepas, rezeki mencurah-curah.. Alhamdulillah. tapi bukan mudah yang disangkakan. banyak yang aku perbaiki untuk meningkat seo blog, trafik blog dan skill yang aku tarik dari dalam hati untuk menulis dengan ikhlas. syukur aku telah pun dapat benafit dengan hasil usaha aku.

niat berputus asa masih lagi menebal dalam diri, tapi bila aku fikirkan ini adalah salah satu sember rezeki aku bersemangat untuk teruskan perjuangan untuk menjadi seoranng blogger yang berkaliber dengan pengisian yang bermanfaat kepada pembaca. inshaAllah. tak salah kalau kita berfikiran positif. tak gituw hehe..

sebenarnya serius, sejak blog hilang dah lebih tiga tahun aku dah tak pernah lagi pergi event besar, invite untuk review food, jadi media.. tapi alhadulillah dari hujung bulan april hingga may ini, jadual aku penuh dengan event setiap minggu dua tiga kali. sampaikan satu hari ada dua event sekali gus, ada yang time yang sama aku terpaksa tolak dengan baik.

A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
tapi sejak kebelakangan ini, aku anak beranak termasuk suami aku "demam family".. bukan selalu nak demam family ni kan.. rasa macam nak nangis sambil sidai kain.. tetiba. sebenarnya suami aku yang tak sihat dulu sejak balik outstation, lepas tu anak aku pulak demam, pakej sekali dengan batuk dan muntah. aku bukan nak riak sangat tau, cuma aku ni jarang deman mungkin antibody kuat kot.. (poyoo la tu) tapi aku hanya sakit tekat yang paling perit tu, sampai nak telan air liur pun tak sanggup, apatah lagi nak telan makanan.. memang tak boleh la..

disebabkan tu aku terpaksa cancel attend untuk pergi event penting, dua event harini dan aku memang nak sangat pergi, tapi yang paling penting adalah kesihatan keluarga aku, so aku cancel dengan baik. aku tetap bersyukur sebab aku percaya rezeki tu luas dan ada dimana-mana. hanya perlu usaha dan doa. inshaAllah.

and esok last event yang aku terima dengan paid tertinggi yang aku pernah dapat sebelum masuk bulan ramadhan, lepas tu aku akan sambung update semua entry event dan food review tertunggak termasuk paid entry. sambil menunaikan ibadah. lepas raya aku akan terima lagi. hehe Syukur Alhamdulillah.


aku asyik up entry client je sepanjang bulan ni so, untuk personal entry aku harini aku nak amik kesempatan untuk menyucapkan Selamat Menyambut Ramandhan Al Mubarak. semoga sepanjang ramadhan tahun akan sentiasa di rahmati dan diterima ibadah. inshaAllah.😘

Terima kasih sudi baca.



2 comments:

Nisa said...

Alhamdulillah, rezqi Allah itu sentiasa ada di mana-mana. Do not stop believing in that.

I wonder how many years you got into this place - invitation for events, collaborations, etc.? Sebenarnya berminat untuk berkecimpung dengan business seperti itu, tapi sebab kekangan masa... tak berapa nak aktif dulu. Now I'm back, with a new phase of my life... nak cuba. But I don't know how.

Give me tips, please?

Intan Saffyna said...

@Nisa hi, nisa.. alhamdulillah rezeki datg tanpa didugan.. inshaallah i share this tips next entry.. tapi sebenarnya tak de tips pun.. hehe :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna