Tuesday, May 02, 2017

Win Calvin Klein Watch for mum/dad this coming Mother/Father's Day.

Salam Ladiess ♥

Masuk bulan may ni adalah bulan yang paling bermakna sebab kita akan mengingati kedua ibu bapa pada hari ibu dan hari bapa nanti. memang betul tak semestinya kita kan ingat bila menjelang hari ibu/bapa saja.. bila² pun tak kira lah kita berada dimana sekalipun malah serumah jugak, kita wajib ingat pada mereka. walaupun dalam doa. kerana mereka paling bermakna didunia dan di akhirat..

tapi sempena hari ibu/bapa yang akan datang apa salahnya kita raikan.. bertambah meriah bila raikan bersama adik beradik yang lain. pastinya kan lebih meriah dan sekali gus dapat mengembira hati kedua ibu bapa kita. bila gembira bahagia pasti terasa. betul tak??

aku jugak tak akan lepas peluang ni, tambah lagi bila kita dapat berikan sesuatu yang istimewa untuk mereka, ini adalah satu bonus yang membuatkan kita bertapa menghargai kedua ibu bapa.. walaupun kadangkala mereka tidak mengaharpkan apa-apa selain meilhat kita sebagai anak-anak berjaya dan bahagia bersama keluarga.

Klik Gambar Untuk JOIN :) 


ya Allah terharunya, bila kita menatap muka kedua ibupada, specially mama, bertapa indahnya melihat air muka nya yang merasai kebahagian yang anak² berikan. kadangkala aku jadi sebak sebab bertapa besar pengorbanan yang mereka berikan. tak ternilai harganya.

bukan saja sejak lahir kita di jaga di tatang tapi bila kita sudah meningkat dewasa juga ditatang bagai minyak yang penuh... malah bila kita sudah berkahwin pun mereka akan tetap mengambil berat tentang kita. tak kiralah anak lelaki mahupun perempuan, sama jugak pengorbanan yang dilakukan.

lagi-lagi anak perempuan macam aku ni lagi banyak di jaga oleh mama walaupun dah bersuami, di waktu berpantang mama teruk sikit jaga aku, tambah pulak aku ni anak sulung dapat pulak cucu sulung.. tak kira siang malam mama akan jaga aku.. lepas jaga anak (aku), lepas tu jaga cucu pulak. sehinggakan tak pernah kenal erti penat.

aku bersyukur sangat punya mama yang terhebat diabat ni, aku sendiri tak pasti adakah aku mampu jadi seperti mama.. aku sentiasa utuskan serangkap doa untuk mama, semoga aku mampu membalas semua jasa mama, pengorbanan mama. terima kasih mama kerana melahirkan aku didunia ni untuk aku belajar erti kehidupan dan pengorbanan sebenar.. kakak sayang mama .. selamat hari ibu mama.. 💕😘

Win a Calvin Klein Watch this Mother's Day 2017, Check this for detail: http://bit.ly/2ptO129 #CalvinKleinFans #CalvinKleinMothersDay2017


Terima kasih sudi baca.

10 comments:

Unknown said...

Kasih ibu membawa ke syurga.. Salam kenal dari sy gee..

Intan Saffyna said...

@Mrs Hazeera betul tu sis.. hehehe :)

NADIA AZIZ said...

ya mak adalah insan yang sangat kita sayangi..mereka banyak bantu kita semua...done follow blog intan saffyna

Intan Saffyna said...

@Nadia Nurul mak yg paling banyak bantu, walaupun kakadang kita taknak susahkan mak, tp mak tetap jugak ikhlas membantu.. :)

Rabiahtul adawiyah said...

hai akak..saya done follow kak..follow my blog too..robiahtul.blogspot.com

kasih ibu hingga ke syurga :)

E'in said...

good luck dear..

kasih sayang ibu dan ayah takde ganti..

Intan Saffyna said...

@Rabiahtul Adawiyah tq sudi follow sini :) nak sambunbg ayat.. 'kasih ayah sepanjang masa'.. hehehe

Intan Saffyna said...

@E'in thanks dear :)

Nur Razali said...

Kasih ibu bawa ke syurga kan. Betul tue kasih ayah sepanjang masa. Btw good luck sis 😘

Intan Saffyna said...

@Nur Razali thanks nur.. 😘