Showing posts with label Happy Mother Day. Show all posts
Showing posts with label Happy Mother Day. Show all posts

Sunday, May 14, 2017

Memorable Mother's Day With Simon Yam

Salam Ladiess ♥

Tarikh nafas lega tiga saat sebab baru dapat up entry ni, sebelum tu nak wish Selamat Hari Ibu semua, kepada ibu-ibu, bakal ibu, banyak pengorbanan dan nilai-nilai murni sebagai ibu yang kita pelajari dari ibu kita sendiri. i'll mean i sendiri. yang baru dua tahun merasa jadi ibu. masih mentah. #siscuba #sissanggaupcuba demi kelauarga dan demi mendidik anak-anak dimasa akan datang.

penat lelah seharian menunaikan tanggungjawab dirumah, mengurskan anak, memasak, dan mencari rezeki sudah pastinya membuatkan para ibu akan duduk "terduduk" berpeluh selepas berkejar dengan masa seharian sebagai pembantu rumah tangga untuk suami dan anak.

apa kata para ibu sekalian, aku ingin memperkenalkan kerusi urut UFO terbaru dari Gintell. pernah dengar kan, gintell sentiasa memperkenalkan produk yang bagus dan berkualiti tinggi. baru-baru ini sempena dengan Hari ibu, pelakon terkenal Hong Kong, Simon Yam telah membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL dan memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O sebagai hadiah untuk para ibu tersayang..


Duta GINTELL, Simon Yam menyatakan bahawa ramai orang semakin sibuk mengejar kehidupan dan mengalami tekanan yang semakin tinggi. Oleh itu, kerusi urut yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan teknologi yang unik dan inovatif adalah diperlukan untuk merehatkan badan dan menenangkan diri sendiri.

Saturday, May 13, 2017

Mother Days And 1st Year Anniversary Grand Sale Motherhood

Salam Ladiess ♥

kadang kala ibu-ibu di zaman sekarang sentiasa sibuk dengan urusan kerja, rumahtangga dan anak-anak, sehingga terlupa atau tidak sempat untuk mencari pelbagai keperluan anak. jangan ambil remeh ye hal ini. sebab penting untuk anak-anak dan bayi anda.

bagi menyelesaikan masalah ini sangat mudah kerana dengan ada http://www.motherhood.com.my/ dapat mengatasi masalah kesibukan anda. di Motherhood ada pelbagai jenis keperluan bayi dan anak anda.

Motherhood.com.my adalah pasaran untuk ibu bapa untuk membeli produk dan perkidmatan seperti bersalin, bayi yang baru bersalin, bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak. kami jugak menyediakan maklumat yang berguna seperti tips keibubapaan. panduan penyusuan, ulasan jenama, permintaan sample percuma dan testimoni ibu untuk membantu pasangan melalui perjalanan keibubapaan.

Anda boleh mencari pelbagai kelengkapan produk bayi dalam talian, yang menragkumi pelbagai kategori seperti diapers, makanan bayi, aksesori mandian, strollers, car seat, pakaian mengandung, barangan nurseri, baby fashion, pelbagai jenis mainan dan bahan-bahan pendidikan.


Motherhood adalah perkidmatan dalam talian untuk bayi dan meternity no.1 terbesar di Malaysia.( berdasarkan analisis google dan survey) Motherhood memenuhi pasaran Malaysia dengan tawaran yang menarik , produk dan jenama. harga yang sangat kompetitif di atas tawaran dan promo yang menakjubkan, selain daripada laman web membeli belah motherhood.com.my jugak menyediakan artikel meklumat untuk ibubapa dan anak-anak.

Klik http://story.motherhood.com.my/ untuk blog English dan http://story.motherhood.com.my/my untuk blog Malay

Sempena Mother Days dan 1st year Annyversary Grand Sale. Motherhood menawarkan promosi hebat dengan tawaran diskaun sehingga up 60% . 10 super tawaran setiap hari dari 29 Mei 217 hingga 3 Jun 2017 dan banyak lagi tawaran untuk semua ibu-ibu yang menakjubkan di Malaysia.
jomm tengok..

Tuesday, May 02, 2017

Win Calvin Klein Watch for mum/dad this coming Mother/Father's Day.

Salam Ladiess ♥

Masuk bulan may ni adalah bulan yang paling bermakna sebab kita akan mengingati kedua ibu bapa pada hari ibu dan hari bapa nanti. memang betul tak semestinya kita kan ingat bila menjelang hari ibu/bapa saja.. bila² pun tak kira lah kita berada dimana sekalipun malah serumah jugak, kita wajib ingat pada mereka. walaupun dalam doa. kerana mereka paling bermakna didunia dan di akhirat..

tapi sempena hari ibu/bapa yang akan datang apa salahnya kita raikan.. bertambah meriah bila raikan bersama adik beradik yang lain. pastinya kan lebih meriah dan sekali gus dapat mengembira hati kedua ibu bapa kita. bila gembira bahagia pasti terasa. betul tak??

aku jugak tak akan lepas peluang ni, tambah lagi bila kita dapat berikan sesuatu yang istimewa untuk mereka, ini adalah satu bonus yang membuatkan kita bertapa menghargai kedua ibu bapa.. walaupun kadangkala mereka tidak mengaharpkan apa-apa selain meilhat kita sebagai anak-anak berjaya dan bahagia bersama keluarga.

Klik Gambar Untuk JOIN :) 

Saturday, May 10, 2014

Happy Mother Day

Assalammualaikum..♥

Hi mama saya, saya sayang mama saya.. mama saya adalah segala-galanya bagi saya.. tanpa mama saya tak kan teruskan apa-apa dalam hidup ni.. mama yang selalu ingtkan saya setiap sesuatu.. tanpa mama, saya tak sebahagia sekarang.. sayang mama ketat-ketat..


Sekarang saya ada dua ibu. satu ibu sejati dan dua ibu mertua. sudah hampir setahun saya memiliki ibu mertua.. Allah. saya dapat rasakan kasih sayang daripada kedua-dua ibu saya.. syukur.

Sayang sangat kedua-duanya. tanpa mereka siapa lah kita didunia ini, dulu saya sangat nakal.. tapi bila dah dewasa,dah jadi isteri, tak lama lagi saya akan jadi seorang ibu jugak..saya sudah mengenali lebih mendalam hati dan perasaan ibu kita.. baru kita tidak tahu yang kita telah mendapat kasih sayang, bertapa indahnya kasih sayang seorang ibu.. maafkan saya mama jika saya pernah melukakan persaan mama. saya anak yang baik kan ma??

saya memang tak boleh jauh dengan mama..sentiasa teringatkan mama,kalau mama pergi kemana-mana mesti saya akan ada disisi mama. walaupun saya sudah berkahwin.. tapi tetap saya nak jumpa mama,walaupun seminggu dua tiga kali. sayang mama sangat. hanya tuhan saja yang akan membalasnya pengorbanan mama selama ini. terima kasih yang tak terhingga dari kakak.
dan sekarang saya ada ibu mertua pulak.. serononya sangat bila dapat berjumpa.. masing-masing saling rindu serindu-rindunya.. mak cakap dia sunyi kalau saya dan suami tak balik kampung.. mak seronok bila saya dan suami terpacak kat depat pintu, kegembiraan terukir ikhlas diraut wajah mak.. bila kami nak balik ke k.l mak selalu peluk saya erat-erat.. sayang mak.. mak selalu masak sedap-sedap bila kami balik kampung.. rindu masakan mak..rindu sup tulang mak..

ni gambar saya dan mak mertua masa kat kandang kambing.. mak nak bagi kambing makan,saya pun ikut mak, saya pun hulurkan makanan jugak tapi saya takut kambing gigit tangan saya, mak yang ajar untuk suap kat kambing.. terima kasih mak.. mak cakap ini adalah salah satu hobi mak, menggembala beberapa ekor kambing.. dan ia adalah sunnah nabi jugak..

nampak macam banyak saya cerita tentang mak mertua saya daripada mama saya.. tak pe kan?? sebenarnya saya teruja sebab mak mertua saya sangat baik hati. dan inilah tahun pertama kali saya beri ucapan hari ibu untuk mak mertua saya. :)

Selamat hari ibu mama dan mak.. semoga kedua-duanya sentiasa sihat selalu.. saya harap mama dan mak doakan saya semoga cepat dapat baby dan dapat memberi tujuk ajar kat saya macam mana nak memberikan sepenuhnya kasih sayang kepada anak saya nanti. insyaallah.

Terima kasih sudi baca.

Tuesday, May 15, 2012

Ajaibnya KuasaMu Ya Allah

Assalamualaikum^^

SHARE JIKA ANDA SAYANGKAN IBU..LIHAT BERAPA RAMAI YANG KENANGKAN JASA IBUNYA~~~
KASIH DIA SEORANG IBU

'Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...'
-----------------------------------------------------------------------
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayin
ya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar..

via D'Syifa Shoppe - Penawar Perubatan Islam



Selamat Hari Ibu Untuk Mama Dan Bakal Mak Mentua dan Ibu-Ibu Seluruh Dunia


Ni gambar kite dengan mama kita, masa ni kat kinabalu.. ni gambar lama gak, ce tengok kite gemukkan, tembamkan.. hheheee..
mama tak berapa sihat time ni.. sayang mama lebihhh :)

Terima kasih sebab sudi baca.