Showing posts with label Sembang Petang. Show all posts
Showing posts with label Sembang Petang. Show all posts

Saturday, July 05, 2014

Sembang Petang : Kena Tahan Polis

Salam Ladiess,♥

petang ni kita sembang kosong je la ye.. sebab saya pun kosong idea nak buat entry panjang jela..
jom kita layan si gila kena tahan polis.

Sila menghayati sesebuah dramatis...


Mak : Lesen ! tolong beli santan !

Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !


Mak : Otak ! tolong mak beli santan !


Otak : Otak tgh berak la , mak !


Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !


Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !


Mak: Gila , tolong beli santan !


Gila: Ok , mak !

Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !

Gila : Ada apa , encik ?


Polis : Mana lesen ? 


Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.


Polis : Kad pengenalan kamu mana ?


Gila : Kad pengenalan tgh main facebook.


Polis : Kamu tak ada otak ke ?


Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu.


Polis : Awak ni gila , ya ?


Gila : Nama saya memang Gila. 



Ada jugak orang nama yang sentiasa disebut untuk keperluan asas..walaupun dialog lama tapi enjoy it.


Thursday, May 31, 2012

Sifat Terpuji Manusia Ciptaanya

Assalamualaikum^^

Comel kan..kan..kan.. :D

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam



Credit : Share Facebook

p.s : Terima Kasih Sudi Baca..

Tuesday, May 22, 2012

Perbanyakan Beribadat Kepada Allah ♥

Assalamualaikum 

Lily Baru online tadi bukak facebook suma orang cakap nak pergi bukak puasa.. lily pun 'eh kenapa pulak? puasa ganti kot ?? pastu lily tengok kelender, konon - konon nak kira berapa hari lily tinggal puasa tahun lepas then baru perasan hari ini 1 rejap! Alamak kenapa baru hari lily tengok kelender kenapa tak semalam. huh.
Memang sebelum ni lily dah berniat nak puasa tapi lily dah terlepas 1 hari ini..ish tak best la.. lily nak puasa pada 1 rejap.. nak buat macam mana kan..
Niat lily akan teruskan jugak untuk berpuasa walaupun terlepas pada hari pertama rejap.

Ni lily bagi kelebihan bulan rejap. Renung-renungkan.. 
Ayat copy paste!

  • Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescayaAllah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
  • Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malamNISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
  • Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
  • Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
  • Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
  • Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
  • Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
  • Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu.
  • Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
  • Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  • Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
  • REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
  • REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
  • REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


p/s : Selamat Beramal.
Tulisan nak biru-biru gitu tanda kedamaian. piss.

Tuesday, May 15, 2012

Ajaibnya KuasaMu Ya Allah

Assalamualaikum^^

SHARE JIKA ANDA SAYANGKAN IBU..LIHAT BERAPA RAMAI YANG KENANGKAN JASA IBUNYA~~~
KASIH DIA SEORANG IBU

'Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...'
-----------------------------------------------------------------------
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayin
ya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar..

via D'Syifa Shoppe - Penawar Perubatan Islam



Selamat Hari Ibu Untuk Mama Dan Bakal Mak Mentua dan Ibu-Ibu Seluruh Dunia


Ni gambar kite dengan mama kita, masa ni kat kinabalu.. ni gambar lama gak, ce tengok kite gemukkan, tembamkan.. hheheee..
mama tak berapa sihat time ni.. sayang mama lebihhh :)

Terima kasih sebab sudi baca.

Tuesday, May 01, 2012

Entry Tak Bertajuk ™

Assalamualaikum ♡

Semalam MC hari ini Cuti umum pulak.. bosan rasanya dok rumah lama-lama, kalau sihat boleh main bowling.. kira dah kebah jugak la ni tapi still kena dok rumah jugak.. nanti bising orang tua tu.. haha..
Semua orang cuti ke hari ni ? jom la kita  borak-borak.. lily free ni..

Selamat hari pekerja 2012..
besday my adik jugak hari ni.. ''happy bezday dain.. kak sayang dain..'' jaga diri baik-baik semoga cepat kawen.. ehh.. kakak pun belum kawen kan.. haha..

dah baik demam la tu.. dok gelak sakan..

ok la nak sambung tido jap..
btw sapa-sapa yang belum tuntut hadiah sila tuntut sebelum lily buat pertukaran.. hahaa..



Terima kasih sudi baca.
Chill ya 

Friday, January 06, 2012

Shot Entry | Pesanan nenek moyang….

Assalamualaikum


Pesanan nenek moyang….

Kalau kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya
agar tidak menyakitkan mindamu….
Kalau kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat
melegakan kesedihanmu….
Kalau kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada
lagi rasa kebencian itu…. 
Kalau kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah
sepuas-puas hatimu….
TAPI INGAT……………………!!!!!!!!!!
Kalau kamu malu….JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KE****ANMU…!!
KELAK BINASA DIRI!!!
Credit by Cerita Lucu


p/s : Follow (T) Lily Ya.. Sini

Saturday, December 24, 2011

Sembang Petang | Tolong Mak Beli Santan !

Assalamualaikum

Satu hari lily tak buat apa pun, hanya melangok tengok tv cerita alamak toyol berapa kali  ulang pun still cool bhai.. dan macam macam cerita lagi di layan oleh lily... sambil dengan itu lappy sentiasa online tak ketahuan hala tapi kesepian..  maka dengan itu buat julung kalinya lily nak masukan secubit artikal yang di panggil sembang atau borak atau berdialog antara dua insan atau lebih insan.. lily mula meroyan.

Petang ini lily mulakan dengan tajuk pertama di publish setiap hari sabtu pukul 6 petang! macam nak tengok drama pulak ehh..

Sila menghayati sesebuah dramatis...
Mak : Lesen ! tolong beli santan !

Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !


Mak : Otak ! tolong mak beli santan !


Otak : Otak tgh berak la , mak !


Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !


Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !


Mak: Gila , tolong beli santan !



Gila: Ok , mak !

Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !

Gila : Ada apa , encik ?


Polis : Mana lesen ? 


Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.


Polis : Kad pengenalan kamu mana ?


Gila : Kad pengenalan tgh main facebook.


Polis : Kamu tak ada otak ke ?


Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu.


Polis : Awak ni gila , ya ?


Gila : Nama saya memang Gila. 



Ada jugak orang nama yang sentiasa disebut untuk keperluan asas..enjoy it.


Terima Kasih keran luangkan masa dengan entri lily.


P/s : like PAGE lily.



Credit : miasaranasuha.

Thursday, December 22, 2011

Nostalgia Hari Hujan



Assalamualikum ^ 6

Hujan petang bertambah dingin dengan angin yang kencang. Terasa ketar susuh tubuh ini walaupun sudah dibaluti baju setebal kulit biri-biri. sambil menghirup milo panas terasa kehangatan dari mulut hingga kerongkong. sambil kedengaran babu roti dok pin pon takkala hujan lebat... ada ke orang nak beli ? 'babu roti kat umah mak lily ni bawak lori bukan moto..kalau tak habis kuyup beliau.' hakhak.


Dihari hujan yang lebat ini meninggalkan kesan yang mendalam buat lily, ada tersimpan sejuta kenangan pahit tapi manis. Dimana dulu lily terpaksa berjalan kaki dalam hujan demi menunaikan tanggungjawap.


........5 tahun yang lalu... single lagi. nak ngorat ke ? terlambat sudahh ! ok teruskan. 5 tahun yang lalu lily terpaksa berjalan kaki menuju ke busstop , tunggu bas dalam hujan , kemain lama lagi lily tunggu ! siap mencarut lagi pagi-pagi dah buat dosa ! ''hei... mana la pakcik bas ni, lembab sangat! sedap tido je kau an hujan-hujan ni'' !

Lepas setengah jam pakcik bas tu panggil naik bas dia. ada 2,3,4,5 orang masa tu, oleh kerana lily orang last yang naik bas dan pakcik bas tu kenal lily, dia berikan lily tiket percuma.. Alhamdulillah.. Kalau tak terbang RM2 tambang bas.


Sampai di satu destinasi, lily kena tukar bas lain pulak untuk masuk ke kawasan office. dugaan betul, sebab lily belum mempunyai kereta waktu itu. 15 minit kemudian.. lily tunggu lagi... tapi tak sampai-sampai jugak. jam dah pukul 9.00 pagi.


Akhirnya lily ambil keputusan untuk jalan kaki di waktu hujan yang hampir reda, namum masih renyai-renyai. office dengan busstop tu tak la jauh mana tapi perjalanan lily kira-kira 2km jugak laa.. huuu.. jauh tu.


Dikala hujan pasti sejuk tak terasa sangat la penat berjalan tu. tapi memang tak diduga, macam pepatah orang kata '' malang tak berbaur'' tengah lily sedang terkedek-kedek jalan sorang-sorang kat tepi jalan tu , ada pulak paria mana tah memang cam celakau + lahabau bawak kereta tak de adap ! memang takde civik punya keling!  boleh dia men redah je lecak banjir kat kawasan lily lalu tu, ape nak kata lagi abih lenjun 1 badan lily kena air lecak tu. kesian tak ? tak patutkan ?


Nak maki hamun kat situ kang orang ingat lily gila pulak dok meroyan sorang-sorang. oleh itu dengan selambanya dan kuyupnya lily teruskan perjalanan.. sampai kat office lily terus dok depan muka penghawa dingin sampai kering baju lily. sejuknya usah dikata macam dalam salji dekat The Mines wonderland.. bukan Switzeland.


Itulah saja nostalgia lily zaman remaja dulu.. mesti korang tertanya-tanya , kenapa lily tak ambil teksi je pi office tu ? dan mesti ada tanya , tak de duit ke nak tambang teksi la tu? hakhak.. bukan lily tak nak naik teksi atau tak de duit. cuma tambang teksi tu murah sangat.. drive teksi tu pun tak bawak lily sebab office lily yang terlalu dekat kalau kereta teksi tu hantar.. mana tak nya duduk je dalam teksi dah cas meter RM2.00 , kalau sampai office lily baru RM2.30 ATAU RM2.50.. ape la sangat diver teksi tu dapat. baik dia ambil penumpang yang jauh destinsi.. banyak jugak income. ^^


Jadi kesimpulannya terpaksa la lily naik bas atau jalan kaki. Akhir kata dengan berkat doa setiap hari yang keluar dari mulut lily ketika melangkah kaki kanan menaiki tangga bas itu telah termakbul. '' mujarap tau.. cubalah.. lily dapat juga memiliki kereta myvi  dengan hasil usaha kental lily selepas bersusah payah tunggu bas berjam-jam (waktu balik kerja) dan terpaksa berjalan kaki (waktu pergi kerja).


p/s : Korang pernah ke mengalami situasi macam lily ni ? kalau ada meh cerita kat lily dan like entri lily >,<


Friday, December 09, 2011

Perempuan Bajet Hebat Diakhir Tahun | Tak Suka Kau !

Assalamualaikum

Alamdulillah Hari ini hari kedua Giveaway lily yang sulung berjaya dilancarkan dan lily tengok ianya dapat sambutan yang baik.. lily sayang you all okey yang sudi join lily. walaupun semalam lily bertungkus lumus buat promote dengan mengharungi laptop lily yang buat hal ape tak tahu ! kejap padam kejap on balik. syukur sangat..

Selepas seminggu jika sambutan lebih memberansangkan lily akan tambah 5 lagi pemenang untuk sagu hati dan juga pemanbahan gift yang comel untuk anda.. suka tak ? sapa-sapa yang belum join cepat-cepat klik sini. dan yang sudah join lily tu rajin-rajin la support lily tau. terima kasih sangat.

*****
Ok.. ringkas cerita semalam lily dengan hubby lily pergi mydin. you know mydin ? supermarket yang dekat rumah lily. kalau jalan kaki 3 setengah jam sampai la. Tujuannya hubby lily nak beli stiker untuk dibuat label pati minyak wanginya. Dekat mydin boleh beli borong banyak dan murah. macam promote je.

Sambil jalan-jalan kat situ lily tengok ada baju cantik tapi tak cantik mana pun t-shirt berkoler je. warna hijau apple. sejuk je mata lily tengok. hubby lily pun berkenan.. kitaorang ambil sama pattern dan go to fitting room for try. lily dah try dulu dah siap. ok cantik cun. lily pakai apa pun tetap cantik. riak kan.
lepas tu hubby lily pulak. masa hubby lily masuk dalam bilik persalinan tu, ada sorang perempuan (perkerja mydin) yang bajet hebat depan lily masuk dalam fitting room lagi satu actualy ada 3 room kat situ. tah apa yang dia buat dalam tu ! menyebok !

Lepas tu pulak time dia nak masuk dan lagi dia nak jenguk sapa dalam bilik tu. eii.. benci ! Dalam hati lily cakap ...apa kau buat dalam tu oi pompuan lama sangat dok tengok cermin kot! baguslah tu cermin-cermin la diri kau yang buruk tu. menyusahkan !

Tiba-tiba dia keluar dah puas tengok cermin ke oi ! dia dok berdiri kat belakang lily pulak..lily tengah tunggu hubby lily siap. tah ape la yang dia buat lagi.. ! meluat !
Dalam 10 minit dia keluar jalan berentak-rentak tapak kasut, macam kau hebat oi pompuan ! sambil dia jalan keluar lily macam terdengar suara longkang dia cakap dengan sapa tah..

 itu fitting room perempuan kan.. 
panggil security...!

Lily cakap kat hubby lily perempuan tu macam poyo je ! dia nak panggil security bagai ! macam la kami sedang merompak kot ! tak masuk akal betul, otak singkat memang macam tu ke? lily perasan dia ambil walkie talkie bagai semata-mata nak panggil security untuk naik tingkat atas tengok lily dengan hubby lily kat bilik persalinan tu.. lawak kan..

yang tadi kau duduk belakang aku kemain lama asal kau tak cakap fitting room tu untuk perempuan sahaja.. kau takut ke? haa..asal dalam mulut kau ada sampah ke ? '' degusan hati lily..''

Masa tu hubby lily dah siap try kitaorang jadi ambil baju yang comel tu.. sama-sama hijau. sedondon la konon. jalan buat tak tahu je turun excalator.. si security tu baru nak naik.. lembab macam siput ! mesti perempuan tu bengang !.. hakhak suka lily.

Masa nak tengah kami kat kaunter nak bayar barang, lily tengok perempuan tu tersadai kat kaunter sebelah dok borak-borak. mengumpat la tu ! lily rasa nak sepuh je mulut tu ! geramm..

Terima kasih kerena sudi baca entri lily.

p/s: lily mintak maaf andai bahasa lily kali ni kasar sikit atau agak kasar atau terlalu kasar.. lily bukan sangaja.. tapi disengajakan sebab lily geram sangat.. >,<'
p/s1 : untuk pandangan rapi anda semua, perempuan itu tak terlalu muda dan terlalu tua.. mungkin dalam lingkungan 30an nak keatas.. pakai tudung , muka mintak lempang.

Sunday, October 23, 2011

Bestnya layannn......

Assalam..

Petang tadi hujan lebat-lebat............

(Edit da,malulah cerita dudulu)
05/11/2016 5.30pm