Showing posts with label Ikhlas Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Ikhlas Dari Hati. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Ketulusan Hati

Assalamualaikum^^


Sedihku sakitku ku terima Ku rela ku pasrah jalanku 
Ini suratan aku dicoba Demi rahmat-Mu ku memohon 
Ya Allah ridhoi ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahanYaa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Ya Allah ridhoi ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahanYa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah..

PS: comel tak saya pakai tudung.. test2 :-P

Tuesday, May 22, 2012

Perbanyakan Beribadat Kepada Allah ♥

Assalamualaikum 

Lily Baru online tadi bukak facebook suma orang cakap nak pergi bukak puasa.. lily pun 'eh kenapa pulak? puasa ganti kot ?? pastu lily tengok kelender, konon - konon nak kira berapa hari lily tinggal puasa tahun lepas then baru perasan hari ini 1 rejap! Alamak kenapa baru hari lily tengok kelender kenapa tak semalam. huh.
Memang sebelum ni lily dah berniat nak puasa tapi lily dah terlepas 1 hari ini..ish tak best la.. lily nak puasa pada 1 rejap.. nak buat macam mana kan..
Niat lily akan teruskan jugak untuk berpuasa walaupun terlepas pada hari pertama rejap.

Ni lily bagi kelebihan bulan rejap. Renung-renungkan.. 
Ayat copy paste!

  • Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescayaAllah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
  • Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malamNISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
  • Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
  • Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
  • Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
  • Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
  • Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
  • Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu.
  • Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
  • Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  • Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
  • REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
  • REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
  • REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


p/s : Selamat Beramal.
Tulisan nak biru-biru gitu tanda kedamaian. piss.

Tuesday, May 15, 2012

Tak Perlu Disesali

Assalamualaikum^^

Lama giler kot aku tak cite soal hati dan perasaan kat blog nih ! aku lebih banyak pendam je daripada aku robek-robek hati aku ni.. cite ni bukan diantara aku dengan blog je, tapi melibatkan banyak pihak untuk diperkatakan, namun aku tetap akan sembunyikan jugak di mata kasar mereke-reke..

Huh ! terlalu berat nak aku coretkan tentang sekeping hati yang tercalar balar, rosak diconteng arang debu yang kian hancur setelah dililt oleh ular panjang lidah..

Dari dulu hingga kini aku banyak berkorban demi pertahankan kesabaran yang sudah lama aku bendung, rapi je aku simpan, tak terusik pun !
Tapi hari ini biarlah aku lontarkan dua tiga bijik patah perkataan untuk kau merasai kepayahan aku demi sesuatu yang aku inginkan.. semua orang pun mesti ada ingin sesuatukan ?? macam tu jugak aku insan yang lemah lagi hina.. cehh..

Kalau nak diikutkan peredaran masa, ini adalah cerita lama kot lebih kurang 6 tahun lalu.. namun masih segar diingatan aku bagaikan baru semalam berlalu..

Dulu aku hanya seorang insan biasa, sekarang pun biasa jugak. takde lah sampai jadi alean workshop yang kale ijau tuh! kiranya aku ni bukanlah susah sangat, senang la jugak ada kemudahan nak pergi keje. aku keje naik bas setiap 5 hari seminggu.. aku keje admin je pun.. gaji pun bukan banyak sangat. tapi ok la kan sebab cukup sekadar nak tanggung perut comel aku ni je..

Aku menjalani kehidupan bekerja seperti biasa sehinggakan aku merasankan kesulitan berlaku sikit demi sikit.. sampai satu masa aku dah tak mampu lagi nak naik bas.. bukan aku tak nak tapi susah kalau hujan aku basah, payung pun tak cukup nak lindung aku, sebab payung hanya diatas kepala, tapi kat bawah orang langgar lecak habis terbang kena kain aku.. orang lain pergi keja bersih tapi aku kotor.. hina.. sedih..

Jadi aku mengambil keputusan untuk cari duit lebih, aku berniat nak beli kereta memandangkan aku dah lama ada lesen! aku berazam bekerja keras siang malam, turun naik bas, jalan kaki, hujan panas sehinggakan aku tak sempat nak jumpa sesiapa.. akan tetapi mereka-reka itu tak faham kesimpitan aku, aku di cerca , hina dan mengata aku.. aku tolak tepi semua yang karut itu !...

Aku tetapkan tujuan aku! sehingga sampai satu masa aku main duit kutu untuk simpanan duit yang banyak.. dulu aku tak pandai nak bisnes sana-sini, sekarang kau jangan cakap la dah expert gilerr! heheehe..

Duit yang aku dapat dari keje part time tak pernah aku pakai.. ada jugak yang tanya aku keje part time ape ?? aku just bagi tahu keje cashier je kat parkson, memang aku dah biasa keje sejak umur 17 tahun lagi..sebab tu bos kat parkson sayang aku dia tak bagi aku benti keje.. gaji okey jugak 4 jam je keje..

 Ni lah aku masa keje part time kat parkson dulu.. ada muka semangat kental tak ?? hehhe

Balik dari keje opis je aku terus siap-siap nak masuk keje part time pulak.. kalau nak diikut penat jangan cakap la kan.. aku kena hadapi semua dugaan.. terkejar-kejar aku takut terlepas bas.. hmm..

Bulan puasa, orang lain bukak puasa dengan family tapi aku kena keje.. memang kehendak aku walaupun ape yang aku lalui nampak macam aku buat-buat happy.. !! itu pun mereka-reka masih tak faham, masih lagi nak mengata aku macam-macam..

Setelah puas berusaha aku dapatkan duit banyak ditambahkan dengan kutu yang aku dapat ! dapatlah aku bayar downpayment untuk beli kereta.. aku bukan lah orang kaya nak beli kereta mahal gilerr, walaupun aku memang teringin nak memiliki BMW sejak dari tingkatan 3 lagi..

Maka dengan itu mempersembahkan kereta yang paling aku sayang diabad ini diberi nama ADI PUTRA! sayang dia.. inilah hasih titik peluh aku siang malam.. aku rasa bangga dengan diri aku sebab aku mampu memiliki kereta ni tanpa bantuan sesiapa walaupun hanya seposen dari duit mama dan baba aku..

Ni lah kereta aku comel tak.. aku suka warna putih okey..

Tapi sebelum aku mampu memiliki kereta , aku sering dihina kawan-kawan yang tak memahami aku, hanya pada sebab aku dah lama hilang tak jumpa mereka! aku sedih sangat namum aku tetap tersenyum...

mereka tak faham aku, tak faham masalah aku, kata kawan kan ?? tapi ini pulak balasan yang aku terima.. aku tetap sabar sehingga mati !

Bila sudah terlerai dengan keperitan selama ini, aku dah dapat apa yang aku nak, lain pulak jadinya, dah kau tak faham masalah aku, makin ditambah pulak lagi dengan kata-kata lain.. mereke-reka mengatakan aku sombong, berlagak sebab mempunyai kereta !

Baru aku nak rasa lega sikit tak perlu tunggu bas berjam-jam, hujan panas.. macam tu pulak ! tak faham aku ! ingat senang ke nak hadapi macam-macam dugaan sementara menungu dapat kete! kau lain lah anak orang kaya ,banyak duit boleh sekali petik je dah dapat.. tapi aku tak.. aku kena usaha baru dapat...


Macam-macam tomahan yang dilemparkan! susahnya nak puaskan hati semua orang ada je yang tak kena ! sedangkan hati aku kepayahan aku, aku yang puaskan sendiri.. 

''Terlalu banyak sabar yang aku telan ! namum begitulah kesudahannya!''

Dan hari ini dikala ini lain pulak yang terima dari mereka-reka itu.. kalau nak diceritakan 7 hari 7 malam 7 minggu pun belum habis cerita kisah hati ini..
aku akan sambung lagi nanti, okey..

aku harap ada insan lain yang memahami aku selain famili dan  cinta aku..
Sekian,

Terima kasih sebab sudi baca entry aku.
(hari ini aku membahasakan diri aku sebegai aku, supaya lebih dirasai dan menusuk dihati)
okey bye!

Ajaibnya KuasaMu Ya Allah

Assalamualaikum^^

SHARE JIKA ANDA SAYANGKAN IBU..LIHAT BERAPA RAMAI YANG KENANGKAN JASA IBUNYA~~~
KASIH DIA SEORANG IBU

'Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...'
-----------------------------------------------------------------------
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayin
ya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar..

via D'Syifa Shoppe - Penawar Perubatan Islam



Selamat Hari Ibu Untuk Mama Dan Bakal Mak Mentua dan Ibu-Ibu Seluruh Dunia


Ni gambar kite dengan mama kita, masa ni kat kinabalu.. ni gambar lama gak, ce tengok kite gemukkan, tembamkan.. hheheee..
mama tak berapa sihat time ni.. sayang mama lebihhh :)

Terima kasih sebab sudi baca.

Ayat 1000 Dinar Dan Manfaatnya

Assalamualaikum^^

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.
  1. Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
  2. ‎Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
  3. ‎Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
  4. ‎Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
  5. ‎Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  6. ‎Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
  • Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  • Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  • Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  • Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
  • Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
  • Baca ketika hendak tidur tiga kali,
  • Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

p/s: sekadar memperingatkan diri sendiri dan perkongsian bersama :)


Terima Kasih Sebab Sudi baca.

Wednesday, February 15, 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah



Assalamualaikum^^


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Tuesday, January 31, 2012

Button Misteri Ke ?

Assalamualaikum^^

Kenyang perut senang hati ! memang tengah senang hati ni, dah perut comel lily dah masuk kegemaran lily tadi ayam masak lemak cili api.. memang menyelerakan.
Anda semua dah makan ke..? Semoga semua sudah menikmati kekenyangan untuk tengah hari ni ok.. ?

Menurut dengan tajuk lily hari ni, ape tu 'Button Misteri'? mai kot mana button misteri tu? lily pun pelik sebenarnya.. macam mana button misteri tu boleh terjadi dan ia boleh jadi misteri ?

Apa yang lily faham button misteri itu bermaksud button yang penuh dengan rahsia tersendiri yang dibina oleh anda... ia jugak bermaksud button yang mengandungi isi-isi yang tidak siapa yang tahu.
bila klik je akan terjadilah penyesalan dan rasa kerugian..

Sebelum itu lily nak tanyakan kepada anda adakah ada pernah terjumpa atau membuat sendiri button misteri tersebut ?

Apa maksud lily ???

Maksud lily button misteri itu adalah button yang penuh dengan iklan anda campaign kan seperti churp churp atau nuffnang  ? bila klik je berderet iklan akan keluar.. anda pernah dapat button macam tu kan..? okey sekarang dah faham kan..?

Untuk pengetahuan anda mempromosikan iklan seperti itu akan memudaratkan diri dan blog anda kerana blog anda akan terlibat dengan virus dan nama anda akan senarai hitamkan dari pihak churp churp tersebut. sangat merabahaya.. hentikan perbuatan itu !
Ada banyak lagi cara lain untuk bercampaign..

tapi
lily sangatlah runsing sekarang ! atas sebab yang tak munasabah dan ditambah dengan pelik betubi-tubi. apa yang lily dapat tafsirkan disini mereka-mereka sendiri sebenarnya takut nak klik button misteri itu... takutkan kepada keuntungan yang akan anda terima semasa membuat campaign mengunakan button misteri..

dan  fahamlah lily rupanya tiada keikhlasan dari pihak mereka untuk klik button misteri yang anda buat.. oleh itu anda dikehendaki membuat strategi bagaimana untuk bercampaign dengan cara lain okey..

akan tetapi kenapa mesti lily ???
kenapa anda  menganggap lily mempunyai button misteri ?
semua yang masuk  ke dalam blog lily akan menjadi takut untuk klik button yang ada.
padahal lily tak buat iklan yang banyak-banyak tu..!

cuba tengok button ini . 

Adakah anda takut dengan button diatas...?
lawaknya lily rasa sebab ada yang menganggap button itu akan menipu anda.
sebenarnya tak de apa pun.. 
tak percaya ?

ok nampak tak ? 
dalam button yang ada dalam blog ni adalah mengandungi laman-laman sosial yang lily join, bukannya klik button keluar iklan banyak-banyak.. jadi tak perlu takut dan salah faham la jika anda masuk blog lily ok..
okey.. dah alang-alang klik tu kan , jom join lily skali ye >,<'

Terima kasih sudi baca blog lily.

Thursday, December 22, 2011

Nostalgia Hari Hujan



Assalamualikum ^ 6

Hujan petang bertambah dingin dengan angin yang kencang. Terasa ketar susuh tubuh ini walaupun sudah dibaluti baju setebal kulit biri-biri. sambil menghirup milo panas terasa kehangatan dari mulut hingga kerongkong. sambil kedengaran babu roti dok pin pon takkala hujan lebat... ada ke orang nak beli ? 'babu roti kat umah mak lily ni bawak lori bukan moto..kalau tak habis kuyup beliau.' hakhak.


Dihari hujan yang lebat ini meninggalkan kesan yang mendalam buat lily, ada tersimpan sejuta kenangan pahit tapi manis. Dimana dulu lily terpaksa berjalan kaki dalam hujan demi menunaikan tanggungjawap.


........5 tahun yang lalu... single lagi. nak ngorat ke ? terlambat sudahh ! ok teruskan. 5 tahun yang lalu lily terpaksa berjalan kaki menuju ke busstop , tunggu bas dalam hujan , kemain lama lagi lily tunggu ! siap mencarut lagi pagi-pagi dah buat dosa ! ''hei... mana la pakcik bas ni, lembab sangat! sedap tido je kau an hujan-hujan ni'' !

Lepas setengah jam pakcik bas tu panggil naik bas dia. ada 2,3,4,5 orang masa tu, oleh kerana lily orang last yang naik bas dan pakcik bas tu kenal lily, dia berikan lily tiket percuma.. Alhamdulillah.. Kalau tak terbang RM2 tambang bas.


Sampai di satu destinasi, lily kena tukar bas lain pulak untuk masuk ke kawasan office. dugaan betul, sebab lily belum mempunyai kereta waktu itu. 15 minit kemudian.. lily tunggu lagi... tapi tak sampai-sampai jugak. jam dah pukul 9.00 pagi.


Akhirnya lily ambil keputusan untuk jalan kaki di waktu hujan yang hampir reda, namum masih renyai-renyai. office dengan busstop tu tak la jauh mana tapi perjalanan lily kira-kira 2km jugak laa.. huuu.. jauh tu.


Dikala hujan pasti sejuk tak terasa sangat la penat berjalan tu. tapi memang tak diduga, macam pepatah orang kata '' malang tak berbaur'' tengah lily sedang terkedek-kedek jalan sorang-sorang kat tepi jalan tu , ada pulak paria mana tah memang cam celakau + lahabau bawak kereta tak de adap ! memang takde civik punya keling!  boleh dia men redah je lecak banjir kat kawasan lily lalu tu, ape nak kata lagi abih lenjun 1 badan lily kena air lecak tu. kesian tak ? tak patutkan ?


Nak maki hamun kat situ kang orang ingat lily gila pulak dok meroyan sorang-sorang. oleh itu dengan selambanya dan kuyupnya lily teruskan perjalanan.. sampai kat office lily terus dok depan muka penghawa dingin sampai kering baju lily. sejuknya usah dikata macam dalam salji dekat The Mines wonderland.. bukan Switzeland.


Itulah saja nostalgia lily zaman remaja dulu.. mesti korang tertanya-tanya , kenapa lily tak ambil teksi je pi office tu ? dan mesti ada tanya , tak de duit ke nak tambang teksi la tu? hakhak.. bukan lily tak nak naik teksi atau tak de duit. cuma tambang teksi tu murah sangat.. drive teksi tu pun tak bawak lily sebab office lily yang terlalu dekat kalau kereta teksi tu hantar.. mana tak nya duduk je dalam teksi dah cas meter RM2.00 , kalau sampai office lily baru RM2.30 ATAU RM2.50.. ape la sangat diver teksi tu dapat. baik dia ambil penumpang yang jauh destinsi.. banyak jugak income. ^^


Jadi kesimpulannya terpaksa la lily naik bas atau jalan kaki. Akhir kata dengan berkat doa setiap hari yang keluar dari mulut lily ketika melangkah kaki kanan menaiki tangga bas itu telah termakbul. '' mujarap tau.. cubalah.. lily dapat juga memiliki kereta myvi  dengan hasil usaha kental lily selepas bersusah payah tunggu bas berjam-jam (waktu balik kerja) dan terpaksa berjalan kaki (waktu pergi kerja).


p/s : Korang pernah ke mengalami situasi macam lily ni ? kalau ada meh cerita kat lily dan like entri lily >,<


Wednesday, December 21, 2011

Wahh ! Belog Lily Sudah Capai Empat Angka Lah... !

Assalamualaikum

yeehaa... tunggu turn nak update entri ini, setelah hari ini terlampau buzy yang amat saja-saja buat buzy.. tapi tadi didahulukan dengan new entri iaitu segmen cik lyssa dan dua ketul tutorial telah disiapkan.. oleh itu dengan rasminya lily menaip entri ini dengan penuh tekun memicit button lappy.

Mengenai Title lily hari adalah untuk memberi tahu anda semua bahawa blog haprak lily ini sudah mencapai empat angka.. tak percaya ke ? sudah terang lagi bersuluh tak kan tak nampak lagi kot.. buta hati ke rabun gatal.. meh habaq kat lily.. nak oppret mata tu..

Sebagai bukti yang kukuh untuk diserahkan pada pihak forensik, dibawah ini lily sudah sedia sertakan..
cuba lihat ditingkap rumah anda ok..


saja gedik nak tangkap 2 lai gambar! heyp jangan sibuk ok ! babab kang.. hukhuk..

Oleh itu lily nak story sikit ni, Lily telah menghabiskan masa dengan berblogging sudah hampir 4 bulan, selama empat bulan itu lily telah mencapai follower sebanyak 500 Baca sini (masa mula-mula start buat blog lily target 5 atau 6 bulan lily nak capai follower ke1000) tapi tak sangka pulak dengan kerajinan lily target tercapai lebih awal dalam masa 4 bulan sahaja iaitu 500 follower.

Lepas tu lily dengan bangganya mempersembahkan Giveaway lily yang sulung sebagai tanda kejayaan lily dan niat lily nak memberi cenderahati kepada rakan-rakan blog lily.. baik tak lily ni ? cakap baik ! cubit kang !

Dan hari ini blog lily telah capai 1000 follower pulak iaitu follower lily bertambah lagi 500.. semuanya disebabkan hasil penangan GiveAway lily yang sulung tu.. Ramai yang join.. ramai jugak la follow lily.. tapi adakah anda semua follow lily sebab join GiveAway saja ? Adakah anda semua follow hari ini dan esok unfollow  pulak ?! lily tak dapat menjawap.. cuma lily harap anda semua akan follow blog cikai lily kerana suka lily dan suka entri lily dan dengan ikhlas la ye.. kan lebih mulia dari terpaksa..
Dan lily ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi follow lily

Lily harap anda semua dapat menyokong lily dalam dunia blog ini semoga akan lebih success lagi 
Bagi sesiapa yang belum join GiveAway lily sila join cepat-cepat..

p/s: Like PAGE lily ye.. lily nak berkawan dengan anda semua disana.. facebook lily sudah full.
(macam mohon je..watever!)
 

Friday, December 09, 2011

Perempuan Bajet Hebat Diakhir Tahun | Tak Suka Kau !

Assalamualaikum

Alamdulillah Hari ini hari kedua Giveaway lily yang sulung berjaya dilancarkan dan lily tengok ianya dapat sambutan yang baik.. lily sayang you all okey yang sudi join lily. walaupun semalam lily bertungkus lumus buat promote dengan mengharungi laptop lily yang buat hal ape tak tahu ! kejap padam kejap on balik. syukur sangat..

Selepas seminggu jika sambutan lebih memberansangkan lily akan tambah 5 lagi pemenang untuk sagu hati dan juga pemanbahan gift yang comel untuk anda.. suka tak ? sapa-sapa yang belum join cepat-cepat klik sini. dan yang sudah join lily tu rajin-rajin la support lily tau. terima kasih sangat.

*****
Ok.. ringkas cerita semalam lily dengan hubby lily pergi mydin. you know mydin ? supermarket yang dekat rumah lily. kalau jalan kaki 3 setengah jam sampai la. Tujuannya hubby lily nak beli stiker untuk dibuat label pati minyak wanginya. Dekat mydin boleh beli borong banyak dan murah. macam promote je.

Sambil jalan-jalan kat situ lily tengok ada baju cantik tapi tak cantik mana pun t-shirt berkoler je. warna hijau apple. sejuk je mata lily tengok. hubby lily pun berkenan.. kitaorang ambil sama pattern dan go to fitting room for try. lily dah try dulu dah siap. ok cantik cun. lily pakai apa pun tetap cantik. riak kan.
lepas tu hubby lily pulak. masa hubby lily masuk dalam bilik persalinan tu, ada sorang perempuan (perkerja mydin) yang bajet hebat depan lily masuk dalam fitting room lagi satu actualy ada 3 room kat situ. tah apa yang dia buat dalam tu ! menyebok !

Lepas tu pulak time dia nak masuk dan lagi dia nak jenguk sapa dalam bilik tu. eii.. benci ! Dalam hati lily cakap ...apa kau buat dalam tu oi pompuan lama sangat dok tengok cermin kot! baguslah tu cermin-cermin la diri kau yang buruk tu. menyusahkan !

Tiba-tiba dia keluar dah puas tengok cermin ke oi ! dia dok berdiri kat belakang lily pulak..lily tengah tunggu hubby lily siap. tah ape la yang dia buat lagi.. ! meluat !
Dalam 10 minit dia keluar jalan berentak-rentak tapak kasut, macam kau hebat oi pompuan ! sambil dia jalan keluar lily macam terdengar suara longkang dia cakap dengan sapa tah..

 itu fitting room perempuan kan.. 
panggil security...!

Lily cakap kat hubby lily perempuan tu macam poyo je ! dia nak panggil security bagai ! macam la kami sedang merompak kot ! tak masuk akal betul, otak singkat memang macam tu ke? lily perasan dia ambil walkie talkie bagai semata-mata nak panggil security untuk naik tingkat atas tengok lily dengan hubby lily kat bilik persalinan tu.. lawak kan..

yang tadi kau duduk belakang aku kemain lama asal kau tak cakap fitting room tu untuk perempuan sahaja.. kau takut ke? haa..asal dalam mulut kau ada sampah ke ? '' degusan hati lily..''

Masa tu hubby lily dah siap try kitaorang jadi ambil baju yang comel tu.. sama-sama hijau. sedondon la konon. jalan buat tak tahu je turun excalator.. si security tu baru nak naik.. lembab macam siput ! mesti perempuan tu bengang !.. hakhak suka lily.

Masa nak tengah kami kat kaunter nak bayar barang, lily tengok perempuan tu tersadai kat kaunter sebelah dok borak-borak. mengumpat la tu ! lily rasa nak sepuh je mulut tu ! geramm..

Terima kasih kerena sudi baca entri lily.

p/s: lily mintak maaf andai bahasa lily kali ni kasar sikit atau agak kasar atau terlalu kasar.. lily bukan sangaja.. tapi disengajakan sebab lily geram sangat.. >,<'
p/s1 : untuk pandangan rapi anda semua, perempuan itu tak terlalu muda dan terlalu tua.. mungkin dalam lingkungan 30an nak keatas.. pakai tudung , muka mintak lempang.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 ♥



Assalamualaikum^^




Salam 1 Muharam salam maal hijrah yang ke 1433 untuk anda semua.. Semoga hari ini akan lebih bermakna dari hari-hari yang lalu.. mulakan tahun baru ini dengan kehidupan yang lebih bermakna bersama keluarga dan insan tersayang 


Sempena 1 Muharam ni lily nak story sikit tetiba teringat zaman muda muda dulu.. makan makjun lebih. dulu masa sekolah menegah kalau sambut maal hijrah mesti gediks semacam je..hakhak. bukan mengedik nak ngorat jantan..sorry ye.. tapi jadi lain macam sikit sebab cikgu kata boleh pakai baju raya.. kita pun apa lagi.. cikgu tak habis cakap lagi.. kami kami ni dok sokseh sokseh kat belakang, ''weh hang nak pakai baju kaler ape esok? tak tau lagi tengok dulu la nanti aku p tengok kat elmari ada kaler apa." macam tu la lebih kurang dialognya.


Esoknya semua pakat-pakat melaram dengan baju raya warna warni mengerlip mengerlap..
Semangat apa tak tau.. masa tu makna maal hijrah pun tak tau kot.. nak seronok je lebih..kelakar.


Himpun ramai-ramai kat sekolah pastu nanti cikgu cakap nak kena p berarak satu kampung.
wahh..seronok kemain lagi dapat jalan ramai-ramai.. lily tak dapat bayangkan kenapa seronok sangat time tu..kalau sekarang nak p kedai cenoneh depan rumah nak drive. punya malas nak jalan. 


Hampir setengah jam pusing satu kampung.. pastu orang-orang kampung pun cepat keluar depan pintu tengok perarakan kitaorang satu sekolah.. macam ada bawak pengatin je yang semua orang keluar tengok.


Dalam perarakan tu pulak kena nyanyi lagu maal hijrah.. kitaorang dok menyembang jadi jakun macam tak pernah tengok kampung.. tahu-tahu je dah sampai kat sekolah balik. huhh.. penat jugak jalan ni tapi tak terasa sangat sebab banyak sembang..hakhak.. jahat kan.


sampai situ jela cerita lily.. kenagan masa 11 tahun yang lalu.. lama dah kan..
ok.. korang semua ada story maal hijrah tak? kongsi la ngan lily^^




P/s: Selamat Tahun Baru.

Monday, November 07, 2011

Lily Tak Boleh Tahan Lagi.......






Assalamualaikum ^^


Apa kabar kalian semua ? sehat ? lily tak berapa sihat setelah melayan kerenah tetamu semalam, tapi itu tak de kene mengena dengan keadaan lily hari ni.. lily rasa macam berada di afganistan kedengaran boom menjerit-jerit di tepi telinga lily..


disaat itu jugak pipi lily bergegar apabila boom atom di lontarkan.. sama lontarannya macam melontar batu dijamrah (di mekah-sempena aidiladha).


memang lily tak boleh tahan lagi dari pagi tadi asyik tido je sehingga la sekarang baru update new entri, oleh kerana gusi lily tiba-tiba bengkak dengan tak semena-menanya. lily pun tak tahu kenapa.. sakitnya lily yang tanggung sorang.. huk.huk. sakit. memang la tak kan lily  nak suh korang tanggungkan.. 


ada petua tak nak bagi baik.. lily nak buka mulut pun tak boleh ni.. nak makan pun tak dapat.. dari pagi tadi tak makan ape-ape..lapar. tapi lily gagahkan jugak makan nasi dengan daging korban masak gulai kari serta berdoa '' Ya Allah ! kau sembuhkanlah bengkak di gusi hambamu ini'' (semoga berkat daging korban, lily akan sembut) Amin.


oleh itu lily dapatlah nak update entri ini, yang sedari tadinya lily hanya tido terlentang, sepi tanpa suara. sedihkan..  lily sentiasa bersabar dan berserah dengan ujian Allah s.w.t.


Sekian, Amin.


p/s: pernah korang semua ni mengalami keadaan macam lily ? kongsikan la ngan lily macam mana nak sembuhkannya.

Thursday, November 03, 2011

Tips >> Cara Memakai Lipstik Dan LipLiner ^^


Asslammualaikum ^^


Satu hari keje tido je lily ni , tengah hujan lebat tambah sejuk memang lena la kan.. tetiba anak jiran sebelah datang picit loceng.. ''Asalamualaikum untie lily mama suh hantar laksa ni..'' mak dia masak.. sedap oo makan time hujan - hujan macam ni.. ''oo.. cakap kat mama, terima kasih ye.. ''
berlalu lah budak comel umur 5 tahun yang petah berkata-kata itu... >,<


Budak comel ni memang suka datang umah lily main.. lily boring kat umah sorang-sorang..
tetiba teringat kata-kata si comel ni apabila lily tengah bersiap-siap nak pi giant " untie ! cantiknya pakai gincu tu ? boleh aina pakai ?'' boleh sayang.. meh untie lily pakaikan ye..
(suka melaram jugak si comel ni ye ^6).


Oleh itu hari ni lily nak bagi tips cara memakai lipstik dengan kemas dan anggun.. bagi wanita-wanita di luar sana yang nak belajar.. meh teruskan dengan langkah dibawah..




1. Lipstik
  • Untuk dapatkan lipstik lebih tahan lama dan tidak mudah luntur, sapukan sikit bedak tabur atau foundation pada bibir sebelum memakaikan lipstik.
  • Gunakan lipstik yang mengandung pelembab jika Anda memiliki bibir kering.
  • Oleskan lipstik mulai dari bagian tengah bibir baik atas atau
  • pun bibir bawah, ratakan warna ke arah sudut. Oleskan lagi agar lipstik tahan lama.
  • Elakan menjilat bibir tau.
  • Jika mempunyai kulit yang gelap atau  dengan bahsa mulia hitam manis, hindarkan memakai lipstis yang berwarna slow (cth: pink, orange atau purple).
2. Lip Liner
  • Lip liner boleh menjadi pelengkap lipstik.
  • Hindari memilih lip liner yang lebih gelap dari warna lipstik.
  •  Pilih lip liner dengan warna nutral atau warna yang senada dengan lipstik.
  • Gunakan lip liner mulai dari bagian tengah bibir atas, kemudian tarik garis ke setiap sudut luar, mengikuti tepi garis alami bibir. Ulangi perkara yang sama untuk bibir bahagian bawah.
  • Jika inginkan bibir nampak menonjol.. boleh mengunakan pensil warna bibir mengikut kesesuaian.. - yang ni lily tak guna.
Siap Sudah Tips kali ni.. Lily harap semua dapat sikit ilmu yang lily sampaikan ni ye..
Sekian.

p/s : Lily harap anda dapat mencari lipstik mahupun lip liner yang bersesuaian dengan kulit anda, agar dapat keseraian di wajah anda.
Chill ye "_