Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Sunday, December 11, 2016
Cabaran 30 Hari Blogging | Day 4 : Tips Kemas Rumah
sunday adalah masa paling sesuai untuk mengemas, tapi di hujung tahun macam sekarang selalu banyak jemputan kenduri, jadi masa mengemas terhad, masak pun tak payah sebab dah kenyang makan nasi kat kenduri. cuma bagi aku bab ni macam lemah sikit, aku hanya mengemas bila rasa bersepah je, aku jarang mengemas umah. paling aku selalu kemas pun kat bilik anak, itu pun kutip mainan yang berterabur dah siap, tambah sekarang anak aku dah hampir 2 tahun, aku suruh tolong kemaskan sekali dia dah faham. senang kerja.
kalau mintak tips memang takde, tapi aku boleh share cara aku mengemas secara pantas. memandangkan aku house wife sepenuh masa, semuanya dah terjaga rapi. sentiasa jugak aku belek² yang mana tak kena. itu pun ada terlepas pandang kadang² laki aku cakap. haha
aku ni jenis buat dua tiga kerja dalam satu masa, orang kata buat satu² baru sempurna kerja tu, tapi aku tak, walaupun aku suka buat banyak kerja sekali gus tapi semua okey je. selesai jugak. kemas jugak. malah lebih dari selesai.
jom follow tips cara aku.(sambil - sambil jerr)

Saturday, December 03, 2016
Tips : Tingkatkan follower di instagram
cepat atau lambat bukan masalahnya, yang penting konsisten. ada yang tanya 'sis macam mana dapat follower instgaram dengan cepat?! sis highlight kan (cepat) tu ye. sebenarnya tak susah pun. awak rajin awak dapat. sis ni bukannya banyak sangat follower pun dek, biasa-biasa je. mungkin rezeki anak. aku aktif dalam instagram sejak dah ada baby. banyak aku post gambar anak dari gambar sendiri. haha tu orang minat nak follow. agaknya la.
sebelum ni aku dah pernah share tips dekat instagram, sebab ramai ig shop yang baru nak meniaga tanya aku macam mana dapat follower. Allah lagi la aku tak tahu dek non. tapi aku bagi jugak tips mengikut pandangan aku sendiri.
aku share kan balik tips yang aku dah repost tiga kali tu kat sini pulak, harap dapat menbantu la ye tingkat follower dah sale di isntagram. 👇
Thursday, July 05, 2012
Tips : Diet Anda
Bagi anda yang mempunyai rutim kerja yang sibuk dan langsung tiada masa untuk bersenam mungkin cara berdiet boleh menjadi pilihan anda untuk mengurangkan berat badan.
Berdiet adalah amalan bagus tetapi biarlah dengan cara yang betul. Mungkin dengan entry ini dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan dengan mengambil diet ringan sahaja.
Peraturan Diet ringan yang harus di patuhi:-
- Tetapkan ruji harian dan selalu cuba makan pada masa yang sama setiap hari
- Anda diharuskan untuk minum segelas penuh air setiap waktu malam. Pada siang hari pula anda harus minum air lebih dari kebiasaan dan pastikan anda minum sebelum mula makan
- Makan lebih banyak buah-buahan (sebagusnya makan banyak buah epal) dan minum air mineral untuk meningkatkan kandungan mineral dalam badan anda

Ini adalah contoh menu diet kurang lemak yang ringkas untuk anda ikuti:-
Sarapan:
100 gram yogurt, Telur rebus (2-3 kali seminggu), dua jenis buah (5-6 keping), segelas jus buah atau teh atau kopi tanpa gula dan krem
Makan Tengahari:
makan kuantiti nasi yang sedikit dan banyakan sayuran dan buah-buahan, pastikan atas suku pinggan adalah nasi dan selebihnya sayuran,100gm daging/ayam/ikan kurang lemak (direbus atau dipanggang dan hanya 3kali seminggu sahaja). Buah-buahan dan jus buah (diingatkan lagi..sebelum makan minum segelas air mineral)
Makan Malam:
Sedikit nasi atau roti dan berlaukan sayuran sahaja. Jika perlu daging mungkin boleh makan ikan sahaja (pastikan kuantiti di kawal).
Jika anda dapat mendisplinkan diri dan mengikut rancangan diet diatas dengan pastinya anda akan kurang 10kg atau lebih dalam masa sebulan.Mungkin sukar bagi anda menyesuaikan diri dalam 2 minggu pertama tapi bak kata orang "alah bisa tegal biasa" dan "hendak seribu daya, taknak seribu dalih"
AMARAN: jika anda tidak pasti dengan tahap kesihatan anda sila dapatkan nasihat dari doktor pakar sebelum mengambil sebarang diet.
Saturday, June 23, 2012
Tips : MenghadapiTemuduga

Lily suka gambar ni sebab ada kura kura kesayangan lily yang comel tersadai kat situ.. cute.
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.
KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
- Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
- Jawab dengan jelas dan lantang
- Kikiskan sifat ego anda
- Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
- Banyakkan senyuman
- Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
- Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
- Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
- Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
p/s : Semoga tips ni memberi manfaat kepada anda.
Terima kasih sudi baca.
Saturday, January 14, 2012
Tips | Ketika Dikejar Anjing !
Ikuti kisah lanjut lily sini
Apakah Anda pernah dikejar anjing? Saya harap tidak. Seandainya suatu saat nanti Anda dikejar anjing, berikut tips dalam menghadapi anjing yang mengejar Anda:
- Segera berhenti lari, jika anda berlari anjing akan terus mengejar anda, padahal anjing biasanya berlari lebih cepat dari manusia.
- Hindari kontak mata, Anjing mengartikan sikap ini sebagai sikap melawan. Segera palingkan wajah anda secara perlahan ke samping jangan ke belakang.
- Berkata dengan tegas, bilang “Tidak!” atau tunjukan jari tangan ke arahnya. Biasanya anjing cepat bereaksi dengan kata-kata ini.
- Berbaring terdiam kalau si anjing mulai menyerang anda, biasanya kalau anda pura-pura mati kemungkinan anjing tidak tertarik lagi menyerang anda, karena anjing menyangka lawannya sudah mati.
- Bila masih tetap diserang, rendahkan wajah Anda, dan tutupi telinga dengan tangan.
- Berdoa semoaga anda akan selamat.
Tuesday, January 10, 2012
Tips | Bahaya Tabiat Gigit Kuku

Assalamualaikum
Yo..berkk lily kat sudah terlalu kehabisan kerja, jadi lily pergi siar-siar ambil angin kerana angin tengah kencang saat menunggu hujan turun, lalu lily pun menyingah sana sini bertanya kabar rakan-rakan disekeliling kawasan office lily..
Sampai di sebuah kedai topup lily berhenti nak beli topup rm10 je.. lily masuk la dalam kedai tu , tolak je pintu dia wahh sejuknya..kuatnya aircond .. jalan sampai kaunter nak mintak topup tetiba lily nampak budak pompuan tu.. err.. dia tengah dok melangok sengsorang sambil gigit kuku..
Alamak.. lily tak suka, nampak macam kotor je.. lepas beli topup terus lily berlalu keluar dari situ dan menghala ke office.. hari dah hujan renyai-renyai.. sampai office teringat budak tu, then terus lily dengan rasa berbanganya nak kongsi tips ni..
Sebelum ni, apa yang lily tahu , tabiat gigit kuku ni memang tak bagus baik lelaki mahupun perempuan, lagi-lagi kalau perempuan , nampak seperti tidak sopan dan nampak kotor.. dah elok-elok muka cantik terus hilang mood.. hancus!
Note : Kuku yang sihat berwarna bening, bertekstur halus dan kuat. Jika kuku kamu berwarna kekuningan, rapuh, bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku kamu tidak sihat. Kuku yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Salah satu penyebab kuku tidak sihat adalah kebiasaan menggigit kuku. Ada sesetengah gadis gemar menggigit kuku jari mereka saat merasa stres atau gugup.
Ada sesetengahnya pula suka menggigit kuku saat tidak sedar sambil menonton televisyen ataupun bergayut di telefon dan tahutahu, kuku jari kamu telah ‘habis’. Perlu diingatkan, kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu. Kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari dan kutikula, sehingga meningkatkan risiko radang padakuku dan mulut. Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk ini dan berikut adalah tipsnya.
- Setiap kali memotong kuku, pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku.
- Jika kuku kamu sudah sedia rosak, bolehlah menggunakan kuku palsu untuk menutupi kuku yang rosak sehingga ia tumbuh kembali.
- Cubalah terapi penghilang stres agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stres boleh berkurangan misalnya, menulis, melukis atau membaca.
Sini lily kongsikan tips untuk merawat kuku supaya kelihatan cantik.. tak perlu la nak gigit-gigitkan.. sila buat penelitiaan.. err.. betul ke ? ok.
kuku juga sebahagian dari penampilan yang mencerminkan kesehatan kita, saat kuku kita rapuh, bererti makanan yang kita makan kurang memiliki kandungan kalsium. Berikut tips merawat kuku untuk menjadikannya tetap sehat:
- Banyak mengkonsumsi makanan yang mengandung kalsium.
- Berikan pelembab seperti anda mengoleskan lotion pada kulit anda, lebih pasnya saat malam hari, dan jangan lupa mnggunakan sarung tangan setelahnya.
- Jaga agar kuku tetap pendek, berbentuk kotak, dan potong setelah mandi.
- Gosok air jeruk sitrun di sekitar dasar kuku agar mendapatkan warna kuku yang segar (merah muda).
- Untuk mencegah kuku rapuh rendam kuku selama lima menit di dalam cairan minyak zaitun yang telah dihangatkan.
- Kuku yang bersih dan cantik merupakan bagian dari penampilan dan sumber hidup yang sehat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
credit : info cantik.
p/s: Sila Amalkan ye.. lily pun tak de pun amalkan macam tips diatas ni, tapi tak pun sampai nak gigit kuku.. sayang kuku lily.. ok mulai sekarang lily pun nak follow tips tu..
Saturday, January 07, 2012
Tips | Mengesan Playboy
Hello.. pagi buta ni lily nak bagi tips membina kepada anda semua yang sentiasa sokong lily dalam berblogging.. lily orang baru dalam berkarya disini.. so thanks for everything ok.
Tips kali ini adalah bagai mana nak kenali playboy ! anda tahu ke ape itu playboy ? tak tahu kan, jadi tengok bawah ni :

ok dah nampak kan ? gambar rajah diatas menujuk salah satu simbol yang di panggil playboy! err.. betul ke? kalau lily silap betul kan ok..
Lily akan huraikan satu persatu macam mana nak kenal dengan seseorang itu samaada dia playboy atau tidak, jadi anda boleh kenali mereka ini mangikut tips dibawah..
Banyak SIM Card dan Mempunyai Jadual Tersendiri..
:: Semestinya mereka ini mempunyai banyak simcard dan handphone, walaupun handphone ada 2 bijik je namum mereka ini akan memperolehi 5 hingga 7 keping simcard yang digunakan untuk seseorang perempuan malang yang akan ditipunya setiap hari. malangnya nasib.
:: Wah hebat pandainya dia mengunakan jadual ? Setiap perempuan yang dikenalinya pasti akan disusun mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakan kesulitan yang akan berlaku.. Seorang playboy akan menetap hari-hari tertentu seperti setiap kali si playboy menjalankan tugas penipuan tidak diganggu oleh orang lain..
Tersasul Bahasa Panggilan dan Terlupa Topik Perbualan
:: Playboy ? Tentu lah banyak gadis keliling pinggang dan setiap gadis itu dibahasakan dengan panggilan yang berbeza. Mungkin dengan gadis A dia bahasakan diri ‘abang’.mungkin dengan gadis B dia bahasakan diri ‘I You I you’, mungkin gadis C pula ‘Ayang Baby Ayang Baby’ etc.. Mana tak nya, sedang dia sms berbunga ayat jiwang taik kucing dengan kau, at the same time 2 handphone lain standby depan dia. Layan 3 gadis dalam satu masa, tentu sekali tersilap bahasa panggilan. teruk!
:: Adoiyy ! macam ni pun ada ke ? susah nak dikata lagi sah sah playboy terhebat yang sepatutnya diberikan anugerah terbesar dan title ''Jantan tak guna kau'' ! Dalam sekali gus banyak benda yang akan dibual sudah pastinya mereka akan lupa.. parah macam ni !
Alasan Tak Munasabah dan Lesap Tiba-Tiba
:: Sememangnya si playboy akan memberikan sesuatu alasan yang tidak berasas. Bagi mereka itu adalah jalan yang terbaik untuk memlepaskan diri yang sememang sedar dia melakukan kesilapan.
:: Mereka akan tiba-tiba hilang sepi tanpa berita.. macam-macam alasan diberikan yang tidak masuk akal.. hebat-hebat !
Terima Kasih Sudi Membaca.
P/s : Lily harap ia akan memberikan manfaat kepada anda..
Wednesday, November 23, 2011
Tips untuk Pembaca Blog Yang Setia ♥
Assalamualaikum^^
Sekian hari semakin hari tanpa entri untuk pembaca setia.. oleh kerana lily terlalu buzy dan banyak urusan yang perlu lily selesaikan. oleh itu seringkas kata-kata manis akan yang lily akan lontarkan adalah TIPS UNTUK PEMBACA BLOG YANG SETIA MEMBACA.
Rasa hati lily hari ni nak sharekan tips berbelog. Tips ini adalah untuk menjadikan blog anda ada pembaca setia malah akan lebih hebat. sangat simple (*_*)
1. Blog mestilah dalam keadaan kemas dan senang faham dengan kandungan yang jelas. ia merangkumi pelbagai jenis.
2. ''Entri ku terbaik yang pernah aku bikin.'' Jadi anda rasa entri anda adalah yang terbaik, mestilah yang mengandungi info terkini , tips (pelbagai tips), tutorial yang memberi manfaat si pembaca atau kisah harian anda yang menarik perhatian si pembaca.
Rasa hati lily hari ni nak sharekan tips berbelog. Tips ini adalah untuk menjadikan blog anda ada pembaca setia malah akan lebih hebat. sangat simple (*_*)
1. Blog mestilah dalam keadaan kemas dan senang faham dengan kandungan yang jelas. ia merangkumi pelbagai jenis.
contonya :
- Warna
-- warna memainkan peranan penting dalam setiap belog. jika memilih warna yang terlalu terang akan membuat mata si pembaca jadi sakit dan memeningkan. jadi ubahlah warna yang redup tapi anggun.
- Tulisan(font)
-- Pemilihan font ikut kesesuaian belog dan tema. tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik.. kalau besar boleh gagah lagi nak baca, kalau halus sangat macam mana kan..? ? jadi ia akan menbuatkan si pembaca blah dari belog anda dan lari sejauh 30km/jam..^^
- Susunan Blog
-- susunan yang adalah hak pemilik belog itu yang berhak menentukan agar nampak kemas.. jadi pilihlah susunan yang tetap dan selesa pada diri belog anda dan si pembaca.
2. ''Entri ku terbaik yang pernah aku bikin.'' Jadi anda rasa entri anda adalah yang terbaik, mestilah yang mengandungi info terkini , tips (pelbagai tips), tutorial yang memberi manfaat si pembaca atau kisah harian anda yang menarik perhatian si pembaca.
- Hindarkan membuat entri yang agak membusan seperti ''setiap kali pembaca setia anda masuk belog anda entri anda adalah kisah boyfie atau kekasih.. sesekali mungkin kot.
3. ''Lambatnya nak loadinggg.. Belog dah cantik di serikan dengan entri menarik.. tapiii.. lembat macam siput ! " Dialog seperti ini mesti pernah terlintas dihati anda kan.??
jadi langkah yang terbaik adalah anda mengingatkan diri blog anda itu supaya tidak terlalu lambat untuk loading atau si pembaca setia anda susah nak masuk..
kalau lily dah malas nak tunggu lama-lama sebab lily adalah salah seorang penguna broadband je.. kalau line slow tak boleh kata apa dah.. mula nak hangin satu badan.
jadi langkah yang terbaik adalah anda mengingatkan diri blog anda itu supaya tidak terlalu lambat untuk loading atau si pembaca setia anda susah nak masuk..
kalau lily dah malas nak tunggu lama-lama sebab lily adalah salah seorang penguna broadband je.. kalau line slow tak boleh kata apa dah.. mula nak hangin satu badan.
apa yang harus anda lakukan adalah :
- Buang wedget yang tak tentu hala.
- Tak perlu lagu yang rancak menyebabkan pening kepala si pembaca setia anda. kalau nak pasang jugak pilih lagu yang agak sentimental..
- atau yang terbaik adalah tak payah pasang langsung.. sebab sesetengah pembaca hanya berminat dengan entri menarik yang anda sampaikan bukan lagu memekakkan telinga ibarat peceh hancur gegendang telinga.
- Jangan terlalu banyak wedget yang berkelip-kelip ia jugak akan membuatkan lambat loading.
4. Gambar yang menarik juga salah satu faktor utama membuatkan si pembaca tertarik dengan belog anda. tak perlu dengan camera yang canggih.. pakai handpon cikai pun ok. **Amboi hinanya. Asalkan cantikkan dan jelas kan gambar yang kita tangkap tu.
5. Gambar dah la besar tapi lambat loading.. ape kes, macam mana nak tengok kan.. jadi pemilihan gambar juga penting dari segi gambar yang jelas (bagi mereka-mereka yang suka upload gambar sebemban) dan saiz yang sesuai mengikut kelebaran belog anda. si pembaca pun akan puas hati dan akan datang lagi..
5. Gambar dah la besar tapi lambat loading.. ape kes, macam mana nak tengok kan.. jadi pemilihan gambar juga penting dari segi gambar yang jelas (bagi mereka-mereka yang suka upload gambar sebemban) dan saiz yang sesuai mengikut kelebaran belog anda. si pembaca pun akan puas hati dan akan datang lagi..
Habis disini saja tips lily kali ni.. lily harap tips ini mungkin jalan yang terbaik untuk meningkatkan prestasi blog anda dan memiliki pembaca setia. Tapi lily perlu ingatkan anda semua untuk memiliki "si pembaca setia" bukan hanya dimata anda mempunyai Follower yang ramai.. ada 2,3 puluh orang pun sudah memadai.. jika mereka berminat dengan belog /tuan belog/ dan entri menarik anda.
p/s : Terima kasih kerana sudi baca tips cikai yang tak seberapa dari lily ni.. harap dapat memberi manfaat kepada anda.
p/s 1 : Harap maaf lily tak dapat nak terima Friend di facebook, dah full.. hanya LIKE PAGE boleh.. ^^
Thursday, November 03, 2011
Tips >> Cara Memakai Lipstik Dan LipLiner ^^
Asslammualaikum ^^
Satu hari keje tido je lily ni , tengah hujan lebat tambah sejuk memang lena la kan.. tetiba anak jiran sebelah datang picit loceng.. ''Asalamualaikum untie lily mama suh hantar laksa ni..'' mak dia masak.. sedap oo makan time hujan - hujan macam ni.. ''oo.. cakap kat mama, terima kasih ye.. ''
berlalu lah budak comel umur 5 tahun yang petah berkata-kata itu... >,<
Budak comel ni memang suka datang umah lily main.. lily boring kat umah sorang-sorang..
tetiba teringat kata-kata si comel ni apabila lily tengah bersiap-siap nak pi giant " untie ! cantiknya pakai gincu tu ? boleh aina pakai ?'' boleh sayang.. meh untie lily pakaikan ye..
(suka melaram jugak si comel ni ye ^6).
Oleh itu hari ni lily nak bagi tips cara memakai lipstik dengan kemas dan anggun.. bagi wanita-wanita di luar sana yang nak belajar.. meh teruskan dengan langkah dibawah..

1. Lipstik
- Untuk dapatkan lipstik lebih tahan lama dan tidak mudah luntur, sapukan sikit bedak tabur atau foundation pada bibir sebelum memakaikan lipstik.
- Gunakan lipstik yang mengandung pelembab jika Anda memiliki bibir kering.
- Oleskan lipstik mulai dari bagian tengah bibir baik atas atau
pun bibir bawah, ratakan warna ke arah sudut. Oleskan lagi agar lipstik tahan lama.
- Elakan menjilat bibir tau.
- Jika mempunyai kulit yang gelap atau dengan bahsa mulia hitam manis, hindarkan memakai lipstis yang berwarna slow (cth: pink, orange atau purple).
2. Lip LinerSiap Sudah Tips kali ni.. Lily harap semua dapat sikit ilmu yang lily sampaikan ni ye..
- Lip liner boleh menjadi pelengkap lipstik.
- Hindari memilih lip liner yang lebih gelap dari warna lipstik.
- Pilih lip liner dengan warna nutral atau warna yang senada dengan lipstik.
- Gunakan lip liner mulai dari bagian tengah bibir atas, kemudian tarik garis ke setiap sudut luar, mengikuti tepi garis alami bibir. Ulangi perkara yang sama untuk bibir bahagian bawah.
- Jika inginkan bibir nampak menonjol.. boleh mengunakan pensil warna bibir mengikut kesesuaian.. - yang ni lily tak guna.
Sekian.
p/s : Lily harap anda dapat mencari lipstik mahupun lip liner yang bersesuaian dengan kulit anda, agar dapat keseraian di wajah anda.
Chill ye "_
Thursday, October 27, 2011
sungguh-sungguh sayang :)

Hai.. ladies and gentleman dah bersedia ke nak amik peksa ni.. ada belek-belek buku ke.. asyik blogging je lily tengok.. harap-harap korang dah bersedia la ye.. jangan gelabah buat relex je. bukan ada ape-ape pun hanya jawap soklan-soklan yang di berikan je.. tak susah pun.. ^^
Tapi bile nak di ingat kan balik zaman lily spm dulu lagi dasyat kot.. yela zaman dulu mana ada bijak-bijak macam 17 tahun zaman sekarang.. hari pertama spm.. pagi-pagi lagi dah kalut nak pi cara makan, kononnya nak alas perut takut nanti lapa tak leh nak jawap peksa.. lepas makan dan-dan tu la nak amik buku baca, belek sana belek sini.. macam la masuk dalam otak tu.. budak baik konon.. padahal hampeh..
Bila loceng bunyi saja buat-buat lambat masuk kelas.. pastu terhegeh-hegeh nak cari pen dok taang mana pulak.. dok dalam kelas tercari-cari maje yang ada no angka giliran masing-masing.. sapa dapat nombor cantik.. ingat bagus sangat ke.. jawap peksa tah ape-ape.. pastu pengawas cikgu sekolah mana tah datang buat hebat ! jalan dari kiri ke kanan sambil hulurkan kertas soklan Bahasa Melayu.. Kami-kami pun berdegup jantung takut tak paham kertas soklan Bahasa Melayu tu..
Bila cikgu kata boleh mula.. Semua menadah tangan sambil berdoa '' ya Allah ya tuhan ku kau berikan aku ketenagan supaya aku boleh menjawap soklan-soklan sebaik-baiknya '' Amin.
semua terus kusyuk menelik satu-satu soklan tu.. ada yang garu kepala, ada yang termenung kat tinggap tengok burung-burung terbang, ada yang terus letak kepala atas meja.. sambil memikirkan jawapan agaknya.. ''......asal aku perhatikan orang ni.. alamak aku pun tak tahu jawapan....''
Terlajak panjang pulak lily ni.. sambil teringatkan zaman spm dulu yang dah 10 tahun berlalu... Ape- ape pun lily doakan korang 17 tahun termasuk adik boy lily juga yang hadap spm 2011 akan sentiasa tenang.. dan anggap je soklan-soklan tu mcm kacang goreng...pisang goreng... petik jari... dan petik gitar.. :)
Tapi bile nak di ingat kan balik zaman lily spm dulu lagi dasyat kot.. yela zaman dulu mana ada bijak-bijak macam 17 tahun zaman sekarang.. hari pertama spm.. pagi-pagi lagi dah kalut nak pi cara makan, kononnya nak alas perut takut nanti lapa tak leh nak jawap peksa.. lepas makan dan-dan tu la nak amik buku baca, belek sana belek sini.. macam la masuk dalam otak tu.. budak baik konon.. padahal hampeh..
Bila loceng bunyi saja buat-buat lambat masuk kelas.. pastu terhegeh-hegeh nak cari pen dok taang mana pulak.. dok dalam kelas tercari-cari maje yang ada no angka giliran masing-masing.. sapa dapat nombor cantik.. ingat bagus sangat ke.. jawap peksa tah ape-ape.. pastu pengawas cikgu sekolah mana tah datang buat hebat ! jalan dari kiri ke kanan sambil hulurkan kertas soklan Bahasa Melayu.. Kami-kami pun berdegup jantung takut tak paham kertas soklan Bahasa Melayu tu..
Bila cikgu kata boleh mula.. Semua menadah tangan sambil berdoa '' ya Allah ya tuhan ku kau berikan aku ketenagan supaya aku boleh menjawap soklan-soklan sebaik-baiknya '' Amin.
semua terus kusyuk menelik satu-satu soklan tu.. ada yang garu kepala, ada yang termenung kat tinggap tengok burung-burung terbang, ada yang terus letak kepala atas meja.. sambil memikirkan jawapan agaknya.. ''......asal aku perhatikan orang ni.. alamak aku pun tak tahu jawapan....''
Terlajak panjang pulak lily ni.. sambil teringatkan zaman spm dulu yang dah 10 tahun berlalu... Ape- ape pun lily doakan korang 17 tahun termasuk adik boy lily juga yang hadap spm 2011 akan sentiasa tenang.. dan anggap je soklan-soklan tu mcm kacang goreng...pisang goreng... petik jari... dan petik gitar.. :)
Ni dia lily sediakan doa penerang hati. baca setiap kali tak dapat jawapan..
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً
مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
p/s : Sapa-sapa ada pengalaman manis masa first day nak amik spm boleh kongsi ngan lily.. mana tahu kenangan terindah dulu-dulu boleh menyerikan hari mendatang..
ChiLL :)











