Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Thursday, June 22, 2017
Ms V Hormon Homemade Paling Berkesan
Hi semua pembaca blog ni, persiapan raya dah siap ke? tinggal beberapa hari lagi nak raya ni, mood raya pun makin nak sampai jugak.. tapi bila nak raya bukan persiapan raya saja yang kita perlu siapkan.. persiapan diri dalam bab kesihatan pun penting jugak tau. lagi-lagi kesihatan dalamam yang melibatkan hormon dan mood. bila hormon dan mood berubah susah la kan jumpa sana saudara, keluargan dan jiran-jiran. takkan bermurung dalam bilik je kan.. bila kita sihat pasti ceria je sambut tetamu yang di datang bertandang.. betul tak?
bukan hanya nak sambut raya kita kena jaga kesihatan malah setiap masa jugak kena berada dalam keadaan sihat.. memang susah sebenarnya nak kekal maintain kan kesihatan dalaman ni, nak kawal emosi lagi la susah kan.. setiap wanita mesti ada masalah peruban hormon yang tak menentu ni, aku pun melalui situasi yang sama jugak. sebab tu aku nak memperkenalkan satu produk hormon homemade yang terbaik dari indonesia yang mengunakan bahan-bahan semulajadi dan boleh menyeselesaikan masalah hormon yang suka berubah-ubah tu.
Apa tu masalah hormon?
masalah hormon sering terjadi pada wanita, Hormon adalah badan kimia kecil yang bergerak bebeas di sekitar aliran darah untuk memberi rangsangan kepada organ dan jaringan tubuh agar menjalankan fungsi mereka.hormon ini berkerja keras untuk mempengaruhi kesihatan ada dalam banyak bidang. misalnya dalam bidang perkembangan dan pertumbuhan tubuh, sistem metabolisme makanan, fungsi seksual, fungsi kognitif dan mood serta suhu badan.
Sunday, May 28, 2017
Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Perit Ya Amat
Sebenarnya takde pun tips sangat cuma apa yang aku amalkan ni boleh membuatkan hilang sakit tekak yang perit tu. sampai nak telan air liur pun tak sanggup. perit sungguh! beberapa hari sebelum puasa lagi aku sakit tekat, memang nak makan ape pun tak boleh.. bukan saja makan nak minum pun sakit. salah satu faktor ada sebab cuaca terlalu panas beberapa hari lepas.
cara yang aku amalkan ni, bukanlah penawar sebenar, tapi sikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sakit tekak tu. banyak kali jugak aku google untuk cari petua atau tips tapi semua entry sama je. ada juga yang aku guna tips disitu, hasilnya ada menjadi dan ada yang tak.

aku selalu terjadi badan panas dalam, yang boleh menyebabkan ulser, radang rongga mulut, sakit tekak dan kulit melecet, perkara ni akan berlaku secara tiba-tiba saja.. termasuklah sakit tekat tu.. tetiba je sakit ya amat perit.
nak kata aku kurang minum air putih tak jugak.. banyak je aku minum.. dan ada yang kata faktor cuaca yang tak menentu, kakadang panas, kakadang hujan, dan kakadang terlalu panas sampai ke malam dan tengah malam pun panas.. mungkin ini yang menyebabkan suhu panas dalam badan aku, tapi tak deman.
Friday, April 28, 2017
Masalah Period Tidak Teratur
Masalah ni, dah berlarutan dari beberapa bulan lepas lagi, sejak february lalu aku langsung tak datang period seperti tarikh yang sepatutnya, aku ingat, pragnant la kot, tapi check negatif je. cuma kalau pregnant alhamdulillah laa.. tapi perasaan, fizikal dan mental aku memang belum bersedia lagi untuk pregnant. kalau rancang nak pregnant tu kena pastikan semua kesihatan berjalan lancar. termasuk naluri tu kena ambik feel balik untuk jaga seorang bayi nanti. haha gituww kan.
tapi beberapa minggu lepas tu di awal bulan march aku period balik (bukan pada tarikh yang sepatutnya), syukur sangat darah kotor tu dah keluar. memang runsing gile kalau tak period, nak kata mengandung tak, period pun tak.. boleh meremang bulu roma nak oi.. haha
masa zaman anak dara dulu setiap kali period mesti cramp tau, sakit pinggang, senggugut, dan keluar darah beku.. bila dah lepas kawen ni semua tu dah takde sangat, cuma kakadanga ada sakit pinggang sikit bila awal² datang period. yang membuatkan aku terkejut ni tetiba darah beku keluar seketul, then aku set mind aku darah beku tu keluar disebab aku dah sebulan tak period dan sebab tu darah tu beku. lagi tu yang peliknya period aku berpanjangan selama dua minggu. ini first time selama umur aku sekarang ni.
aku fikir positif je, malas nak fikir banyak sangat nanti lagi pening kepala. asalkan period tu dah keluar pun dah bersyukur sangat. tapi masalahnya tak teratur.😓
Friday, December 16, 2016
Tips : Mengatasi masalah period pain
Pernah rasa sakit akibat senggugut? Pernah rasa betapa sakitnya senggugut..sampai tak boleh nak duduk, nak berdiri lama pun sakit, baring pun tergolek sini sana. Kaki rasa kejang, perut memulas, pinggang sakit..mungkin pernah dirasai oleh kaum hawa tetapi bukan kaum adam, dan tak semua bagi kaum hawa yang merasai. Bagi yang tak merasai kesakitan senggugut amatlah bertuah, dan bagi yang merasai bersyukurlah sebab tak semua merasai kesakitan senggugut.
Senggugut biasanya berlaku pada perempuan yang masih belum lagi berkahwin, namun ada juga yang berkahwin yang masih mengalami senggugut. Senggugut berlaku akibat kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim yang sempit. Jadi yang tak merasai senggugut pintu rahim mereka luas? Senggugut sesuatu yang biasa, tapi jika senggugut masih berlarutan selepas kahwin, ini akan menyebabkan penyakit endometriosis.
Endometriosis merupakan masalah dimana dinding rahim secara abnormal wujud di bahagian luar rahim. Endometriosis adalah masalah terdapat dinding rahim tambahan. Jadi bagi yang mempunyai masalah berlarutan, selepas kahwin atau selepas melahirkan anak..jangan pandang remeh masalah ini. Mencegah itu lebih baik dari mengubati =) Jadi teruskan kepada tips ketika menghadapi senggugut.
Thursday, November 24, 2016
Info : Keistimewaan Kunyit
Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.
Melancarkan Perjalanan Darah
Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.
Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.
Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.
Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

Sunday, July 29, 2012
Info : Bahaya Bersilang Kaki

Pernah tak korang baru 15 minit duduk di kerusi, pastu dah berasa penat dan tukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, korang tukar lagi posisi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan.
Sebenarnya, ramai juga mempunyai tabiat gemar duduk bersilang, terutama yang bekerja di pejabat. Tidak kurang juga yang menganggap duduk bersilang boleh menyebabkan tulang belakang bengkok, seterusnya menyebabkan kesukaran
bergerak.

Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan. Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman. So, bagi mendapatkan kehidupan lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik.
Cara Duduk Yang Betul
- Pastikan anda duduk menghala ke depan.
- Jangan duduk pada bahagian hujung kerusi.
- Duduk sama aras antara atas dan bawah kerusi.
- Apabila duduk, pastikan siku dekat dengan badan.
- Elak duduk di kerusi yang tiada penghadang (kerusi bulat).
- Amalkan duduk di kerusi yang mempunyai penyokong belakang badan.
ps : Lily pun suka duduk bersilang macam ni, rasa berkeyakinan gitu.. hehee
korang pun suka gak ke duduk bersilang ??
Thursday, July 05, 2012
Tips : Diet Anda
Bagi anda yang mempunyai rutim kerja yang sibuk dan langsung tiada masa untuk bersenam mungkin cara berdiet boleh menjadi pilihan anda untuk mengurangkan berat badan.
Berdiet adalah amalan bagus tetapi biarlah dengan cara yang betul. Mungkin dengan entry ini dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan dengan mengambil diet ringan sahaja.
Peraturan Diet ringan yang harus di patuhi:-
- Tetapkan ruji harian dan selalu cuba makan pada masa yang sama setiap hari
- Anda diharuskan untuk minum segelas penuh air setiap waktu malam. Pada siang hari pula anda harus minum air lebih dari kebiasaan dan pastikan anda minum sebelum mula makan
- Makan lebih banyak buah-buahan (sebagusnya makan banyak buah epal) dan minum air mineral untuk meningkatkan kandungan mineral dalam badan anda

Ini adalah contoh menu diet kurang lemak yang ringkas untuk anda ikuti:-
Sarapan:
100 gram yogurt, Telur rebus (2-3 kali seminggu), dua jenis buah (5-6 keping), segelas jus buah atau teh atau kopi tanpa gula dan krem
Makan Tengahari:
makan kuantiti nasi yang sedikit dan banyakan sayuran dan buah-buahan, pastikan atas suku pinggan adalah nasi dan selebihnya sayuran,100gm daging/ayam/ikan kurang lemak (direbus atau dipanggang dan hanya 3kali seminggu sahaja). Buah-buahan dan jus buah (diingatkan lagi..sebelum makan minum segelas air mineral)
Makan Malam:
Sedikit nasi atau roti dan berlaukan sayuran sahaja. Jika perlu daging mungkin boleh makan ikan sahaja (pastikan kuantiti di kawal).
Jika anda dapat mendisplinkan diri dan mengikut rancangan diet diatas dengan pastinya anda akan kurang 10kg atau lebih dalam masa sebulan.Mungkin sukar bagi anda menyesuaikan diri dalam 2 minggu pertama tapi bak kata orang "alah bisa tegal biasa" dan "hendak seribu daya, taknak seribu dalih"
AMARAN: jika anda tidak pasti dengan tahap kesihatan anda sila dapatkan nasihat dari doktor pakar sebelum mengambil sebarang diet.
Monday, May 21, 2012
TIPS KESIHATAN | ALLAH MAHA KAYA !
Entry copy paste hari ni.. malas gile nak menaip.huhuuhu :)
jom share ramai-ramai.

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita
mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.
Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.
Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.
ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.
MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥
" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."
Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani.
credit : share facebook
Terima kasih sebab sudi baca entry lily.
Wednesday, February 08, 2012
Tips | Cara Penjagaan Lens

Firstly mase terima lens, perhatikan lens di dalam botol samaada lens dalam keadaan sempurna atau tidak. jika lens didapati koyak/rosak, jangan buka botol lens..terus tukar kepada si penjual supaya dapat digantikan dengan yg baru.
After buka botol, rendamkan/soak lens selama 8 jam/ lebih menggunakan solution(multipurpose solution). jangan sesekali menggunakan air paip/air biasa untuk membersihkan lens/lens case. Selepas direndam baru boleh menggunakan lens dengan selamat.
Pada penggunaan pertama kali, start dengan 4 hours/jam dulu, and then baru ansur2kan jam pemakaiannya..tambah dlm 2 jam sehari. jika mata anda rase letih atau tidak tahan, perlulah membuka lens itu.jangan memaksa mata anda.rendam lens dlm soltuion water then baru pakai balik.
Jika tidak menggunakan lens untuk tempoh yang lama, setiap minggu perlu tukarkan solution water yg digunakan untuk merendam lens di dlm lens case.
Pastikan tangan anda dicuci bersih(soap free) dan dilap kering sbelum memegang/menyentuh lens. Jangan sekali2 berkongsi lens dengan org lain..Sangat2 bahaya..
Checking if your lens is right side out
If the edges of your lens turn out, it is inside out. To correct this, apply a few drops of Multipurpose Solution on your lens and reverse it.
Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.
Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.
Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih penyelesai pelbagai guna(multipurpose solution) terutrama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.
Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.
Lnngkah 5: Simpan kanta lekap anda dalam bekas khasnya, pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.
Pastikan kanta lekap anda:
• Bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan.
• Tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata.
• Selesa ketika memakainya.
MENCUCI DAN MENYIMPAN KANTA LEKAP
1. Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
2. Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
3. Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
4. Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
5. Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
6. Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
Dalam masa yang sama lily turut menjual lens, bagi sesiapa yang berminat boleh order kat lily.
email sini : intanwandalaara@ymail.com
harga : RM20 SAHAJA.

Tuesday, January 10, 2012
Tips | Bahaya Tabiat Gigit Kuku

Assalamualaikum
Yo..berkk lily kat sudah terlalu kehabisan kerja, jadi lily pergi siar-siar ambil angin kerana angin tengah kencang saat menunggu hujan turun, lalu lily pun menyingah sana sini bertanya kabar rakan-rakan disekeliling kawasan office lily..
Sampai di sebuah kedai topup lily berhenti nak beli topup rm10 je.. lily masuk la dalam kedai tu , tolak je pintu dia wahh sejuknya..kuatnya aircond .. jalan sampai kaunter nak mintak topup tetiba lily nampak budak pompuan tu.. err.. dia tengah dok melangok sengsorang sambil gigit kuku..
Alamak.. lily tak suka, nampak macam kotor je.. lepas beli topup terus lily berlalu keluar dari situ dan menghala ke office.. hari dah hujan renyai-renyai.. sampai office teringat budak tu, then terus lily dengan rasa berbanganya nak kongsi tips ni..
Sebelum ni, apa yang lily tahu , tabiat gigit kuku ni memang tak bagus baik lelaki mahupun perempuan, lagi-lagi kalau perempuan , nampak seperti tidak sopan dan nampak kotor.. dah elok-elok muka cantik terus hilang mood.. hancus!
Note : Kuku yang sihat berwarna bening, bertekstur halus dan kuat. Jika kuku kamu berwarna kekuningan, rapuh, bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku kamu tidak sihat. Kuku yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Salah satu penyebab kuku tidak sihat adalah kebiasaan menggigit kuku. Ada sesetengah gadis gemar menggigit kuku jari mereka saat merasa stres atau gugup.
Ada sesetengahnya pula suka menggigit kuku saat tidak sedar sambil menonton televisyen ataupun bergayut di telefon dan tahutahu, kuku jari kamu telah ‘habis’. Perlu diingatkan, kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu. Kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari dan kutikula, sehingga meningkatkan risiko radang padakuku dan mulut. Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk ini dan berikut adalah tipsnya.
- Setiap kali memotong kuku, pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku.
- Jika kuku kamu sudah sedia rosak, bolehlah menggunakan kuku palsu untuk menutupi kuku yang rosak sehingga ia tumbuh kembali.
- Cubalah terapi penghilang stres agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stres boleh berkurangan misalnya, menulis, melukis atau membaca.
Sini lily kongsikan tips untuk merawat kuku supaya kelihatan cantik.. tak perlu la nak gigit-gigitkan.. sila buat penelitiaan.. err.. betul ke ? ok.
kuku juga sebahagian dari penampilan yang mencerminkan kesehatan kita, saat kuku kita rapuh, bererti makanan yang kita makan kurang memiliki kandungan kalsium. Berikut tips merawat kuku untuk menjadikannya tetap sehat:
- Banyak mengkonsumsi makanan yang mengandung kalsium.
- Berikan pelembab seperti anda mengoleskan lotion pada kulit anda, lebih pasnya saat malam hari, dan jangan lupa mnggunakan sarung tangan setelahnya.
- Jaga agar kuku tetap pendek, berbentuk kotak, dan potong setelah mandi.
- Gosok air jeruk sitrun di sekitar dasar kuku agar mendapatkan warna kuku yang segar (merah muda).
- Untuk mencegah kuku rapuh rendam kuku selama lima menit di dalam cairan minyak zaitun yang telah dihangatkan.
- Kuku yang bersih dan cantik merupakan bagian dari penampilan dan sumber hidup yang sehat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
credit : info cantik.
p/s: Sila Amalkan ye.. lily pun tak de pun amalkan macam tips diatas ni, tapi tak pun sampai nak gigit kuku.. sayang kuku lily.. ok mulai sekarang lily pun nak follow tips tu..
Thursday, January 05, 2012
Tips Kesihatan | Masalah Keputihan - Punca Dan Cara Rawatan
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.
Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.
Cara Pertama

1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6.Minum air tersebut 2 kali sehari.
7.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua

1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4.Tapislah air tersbut.
5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.
********************************************
Tips diatas lily main copy paste je.. terus terang. dan lily adalag salah seorang yang follow tips diatas, lily buat seperti cara pertama memang berhasil dan baik untuk kesihatan lily.. jadi hari ini lily ingin kongsikan untuk memberikan manfaat kepada anda untuk menjadi seorang wanita sejati.
Cara kedua tu, lily tak mampu nak ikut sebab bau sirih tu lily tak tahan.. tapi kalau dibuat air untuk memcuci rahsia diri boleh sangat la.. ada manfaat lain pulak bila berbuat demikian.. Cara - cara lama atau cara tradisional ni memang terbaik bagi lily.
Terima kasih kerana sudi baca entry lily..










