Sunday, May 28, 2017

Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Perit Ya Amat

Salam Ladiess ♥

Sebenarnya takde pun tips sangat cuma apa yang aku amalkan ni boleh membuatkan hilang sakit tekak yang perit tu. sampai nak telan air liur pun tak sanggup. perit sungguh! beberapa hari sebelum puasa lagi aku sakit tekat, memang nak makan ape pun tak boleh.. bukan saja makan nak minum pun sakit. salah satu faktor ada sebab cuaca terlalu panas beberapa hari lepas.

cara yang aku amalkan ni, bukanlah penawar sebenar, tapi sikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sakit tekak tu. banyak kali jugak aku google untuk cari petua atau tips tapi semua entry sama je. ada juga yang aku guna tips disitu, hasilnya ada menjadi dan ada yang tak.


aku selalu terjadi badan panas dalam, yang boleh menyebabkan ulser, radang rongga mulut, sakit tekak dan kulit melecet, perkara ni akan berlaku secara tiba-tiba saja.. termasuklah sakit tekat tu.. tetiba je sakit ya amat perit.

nak kata aku kurang minum air putih tak jugak.. banyak je aku minum.. dan ada yang kata faktor cuaca yang tak menentu, kakadang panas, kakadang hujan, dan kakadang terlalu panas sampai ke malam dan tengah malam pun panas.. mungkin ini yang menyebabkan suhu panas dalam badan aku, tapi tak deman.

Alhamdulillah, semalam sakit tekak dah pulih seperti biasa, nak berpuasa pun senang hati. so, aku nak kongsikan cara aku hilangkan sakit tekak yang membuatkan aku menderita selama beberapa harini.

Air Mineral (Air Putih) - macam biasa aku memang banyak minum air pun, dan ia memang penting pun minum sebanyak yang boleh atau 8 gelas seharini. untuk memastikan tekak sentiasa basah.

Teh o' Panas - teh herba lagi bagus minum panas2. tapi takde teh herba minum teh lapton pun okey, bila teh panas mengalir dalam tekak, ko akan rasa nyaman je. serius.

Tidur - untuk menahan diri dari sakit tekak tu ada baik tidor, tapi bukan tidor-tidor ayam ye.. wajib tidur nyenyak yang boleh, supaya sakit tu akan hilang. bila bangun dari tido sakit tu akan kurang sikit dari sebelum ko tido tu.


Lemon + Madu - yang ni serius, aku hanya amalkan yang ni saja untuk hilangkan sakit tekak, pada mulanya aku tak percaya pun sebab aku buat lemon suam ni tapi sakit tekak aku makin perit pulak, rasa macam tekak ni kesat giler. tapi bila aku buat lemon+madu. serius menjadi. try la nanti.

note: jangan guna madu cap ayam ye.. mesti guna madu tualang yang original, yang pekat likat tu ye. yang betul2 pati madu, madu yang berkhasiat untuk kesihatan.

Air Garam - aku ada buat jugak air garam ni, satu sudu kecik garam letak dalam satu gelas air, kacau2 dan minum. masalahnya aku tak sanggup nak minum air garam, masin nak oi.. haha kalau setakat nak kumur2 tu mampu la.. tapi apakan daya demi nak sihat sakit  tekat, aku gagkkan jugak minum dua tiga teguk. lepas tu serender.. haha

itu saja yang nak share, harap dapat membantu korang yang sakit tekak.

Terima kasih sudi baca.


6 comments:

Airah Syahirah said...

Hahaha air garam tu confirm tak mampu telan.airah selalu mkn ubat batuk jee

Intan Saffyna said...

@Shesyira As ada makan ubat batuk jugak.. tapi tak jalan. tu kena cari altinatif lain .. hehe :)

ummizarra said...

Samelah selalu buat mcm ni. kdg mkn ubt pun xjugak baiknya.

Intan Saffyna said...

@Ummi Zarra ya betul tu.. kena amalkan alternatif lain jugak.. hehe :)

Unknown said...

samala sakit tekak dari awal puasa.. sampai skrg belum baik smue petua tu dh buat cuma belum buat madu + lemon... peritnye rse mcm ni... blum rse nikmat bazar ramadahn lagi...

Intan Saffyna said...

@Ayu Zizan try la buat nt.. inshaAllah sakit tekak akan pulih.. hehe :)