Friday, December 16, 2016

Tips : Mengatasi masalah period pain

Salam Ladiess ♥

Pernah rasa sakit akibat senggugut? Pernah rasa betapa sakitnya senggugut..sampai tak boleh nak duduk, nak berdiri lama pun sakit, baring pun tergolek sini sana. Kaki rasa kejang, perut memulas, pinggang sakit..mungkin pernah dirasai oleh kaum hawa tetapi bukan kaum adam, dan tak semua bagi kaum hawa yang merasai. Bagi yang tak merasai kesakitan senggugut amatlah bertuah, dan bagi yang merasai bersyukurlah sebab tak semua merasai kesakitan senggugut.

Senggugut biasanya berlaku pada perempuan yang masih belum lagi berkahwin, namun ada juga yang berkahwin yang masih mengalami senggugut. Senggugut berlaku akibat kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim yang sempit. Jadi yang tak merasai senggugut pintu rahim mereka luas? Senggugut sesuatu yang biasa, tapi jika senggugut masih berlarutan selepas kahwin, ini akan menyebabkan penyakit endometriosis.

Endometriosis merupakan masalah dimana dinding rahim secara abnormal wujud di bahagian luar rahim. Endometriosis adalah masalah terdapat dinding rahim tambahan. Jadi bagi yang mempunyai masalah berlarutan, selepas kahwin atau selepas melahirkan anak..jangan pandang remeh masalah ini. Mencegah itu lebih baik dari mengubati =) Jadi teruskan kepada tips ketika menghadapi senggugut. 

1. Sapu dan urut bahagian yang sakit dengan minyak.  Sapu bahagian badan seperti perut, kaki, pinggang yang sakit dengan minyak. Pastikan bahagian badan yang sakit sentiasa dalam keadaan yang panas, kerana ia mampu meredakan dan menghilangkan rasa sakit. Jangan lupa untuk urut sekali, terutama bahagian kaki yang sentiasa kejang. Guna minyak yang bersesuaian seperti minyak cap kapak, pati halia atau ubat yang rasa berkesan serta perlu. 

2. Letak botol panas pada bahagian perut. Botol panas yang dimaksudkan, ialah botol yang panas yang dibaluti dengan kain. Letak air panas di dalam botol tersebut, dan letak di bahagian badan yang sakit. Jangan gunakan botol mineral, guna botol atau bekas air yang comel yang tak akan reput terkena air panas. Air yang panas juga boleh dicampurkan dengan air suam untuk mengelakkan botol tersebut terlalu panas, nanti bertambah sakit.

3. Sujud. Sujud mungkin adalah salah satu cara untuk meredakan kesakitan. Sujud dalam masa 5-10 minit. Lain orang, lain cara, lain orang lain cara untuk menghilangkan penyakit sendiri. 

4. Tidur. Cara yang berkesan untuk menghilangkan kesakitan senggugut ialah dengan tidur. Memang berkesan, sikit pun tak rasa sakit. Tapi bila bangun memang akan rasa semula kesakitan tersebut. Sebelum tidur pastikan, minyak dah disapu ke seluruh bahagian badan yang sakit, dan mungkin tak akan terjaga sebab dah sapu minyak sebelum tidur. 

5. Makan ubat. Ini mungkin cara kedua terakhir. Makan ubat tak elok sangat, lagi-lagi bagi yang masih belum berkahwin. Tapi kalau sakit sangat, ubat mungkin cara yang terakhir. Biasanya senggugut bergantung kepada orang tersebut, ada yang akan bertahan sampai habis period dan ada yang akan merasai kesakitan untuk 1 atau 2 hari yang pertama. Biasanya cara yang di atas lebih mudah nak amalkan, daripada cara yang terlalu tradisional, atau cara yang memerlukan kita mencari halia atau sebagainya. 

6. Kahwin. Cara yang terakhir ialah kahwin. Bila dah kahwin, dah bersalin biasanya senggugut akan hilang. Jadi yang ada masalah senggugut jom laa, kita kahwin ramai-ramai. Bukan kahwin cara nak hilangkan senggugut, tapi ialah dengan cara bersalin. Tapi tak semua yang akan hilang, yang akan hilang senggugut selepas bersalin dan beranak memang bersyukur tapi yang masih ada dan rasa kesakitan senggugut mungkin ada penyakit. Jadi, kalau yang masih rasa sakit jumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat atau pun kena cucuk ='(


credit:google


Terima kasih sudi baca.



4 comments:

Nurul Syahada said...

nice tips kak. Adda 1,2,3 selalu buat. nak tidur memang susah kalau dah senggugut ni. No 5 tu setuju. makan ubat tak berapa elok untuk kesihatan kan. selagi boleh elak memang elak. Last, no 6 tak try lagi :P hahah.

Thankyou untuk tips ni ;D

Hasliynda Umairah said...

untuk mengatasi senggugut boleh
amalkan mkn vit EPO..

Intan Saffyna said...

@Nurul Syahadano 6, mungkin lagi mujarab kot, hehe :)

Intan Saffyna said...

@Hasliynda Umairahohh. boleh nt saya try.. hehe :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna