Sunday, December 11, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 4 : Tips Kemas Rumah

Salam Ladiess ♥ 

sunday adalah masa paling sesuai untuk mengemas, tapi di hujung tahun macam sekarang selalu banyak jemputan kenduri, jadi masa mengemas terhad, masak pun tak payah sebab dah kenyang makan nasi kat kenduri. cuma bagi aku bab ni macam lemah sikit, aku hanya mengemas bila rasa bersepah je, aku jarang mengemas umah. paling aku selalu kemas pun kat bilik anak, itu pun kutip mainan yang berterabur dah siap, tambah sekarang anak aku dah hampir 2 tahun, aku suruh tolong kemaskan sekali dia dah faham. senang kerja.

kalau mintak tips memang takde, tapi aku boleh share cara aku mengemas secara pantas. memandangkan aku house wife sepenuh masa, semuanya dah terjaga rapi. sentiasa jugak aku belek⁡² yang mana tak kena. itu pun ada terlepas pandang kadang² laki aku cakap. haha

aku ni jenis buat dua tiga kerja dalam satu masa, orang kata buat satu² baru sempurna kerja tu, tapi aku tak, walaupun aku suka buat banyak kerja sekali gus tapi semua okey je. selesai jugak. kemas jugak. malah lebih dari selesai.

jom follow tips cara aku.(sambil - sambil jerr)
Tiga tempat utama yang aku kemas sambil-sambil.

Dapur.
kenapa dapur? sebab dapur ada tempat paling utama yang aku sentiasa singgah selain bilik tidur. bila aku berada dapur di saat nak mulakan kerja rumah, first aku basuh pakaian dulu, biar washing mesin tu beputar, aku buka peti ais keluarkan bahan2 nak masak, sambil masak sambil basuh pingan periuk belanga. dalam masa yang sama aku sempat lagi sental bilik air/ mop lantai. 

Ruang Tamu.
takde siapa nak sepahkan kat sini. jadi aku hanya lap habuk² sambil tengok tv, sambil lipat pakaian, sambil gosok pakaian sambil tengok drama filipino sambil update blog. boleh tak macam tu?. (kan aku kata tadi, aku jarang kemas umah) dua/tiga minggu sekali baru rajin vikum/mop rumah. haha

Bilik tidur.
kalau bilik ia merangkumi beberapa bahagian, sebab akan amik masa yang lama untuk selesai walaupun hanya niat tukar cadar. tetiba jadi berjam-jam sebenarnya. 

pertama, kalau kemas katil, bila dah siap tukar cadar baru, aku akan baring² dulu sambil guling-guling dengan anak aku. lepas tu baru kemas balik cadar. 

kedua bila kat meja solek, boleh pulak aku selongkar semua benda dulu sambil try sambil belek² yang ke pat puluh nam ribu kali. setiap kali kemas setiap kali tu akan buat benda sama. 

ketiga almari, aku akan keluarkan pakaian dalam almari dan pilih yang mana taknak pakai lagi letak tepi. tapi akhirnya yang aku letak tepi tu aku masukan balik dalam almari sebab tak tau nak campak kat mana. 

keempat, bila masuk bilik air, aku akan berada berejam-jam dalam bilik air, sebab sambil sental lantai, sambil basuh jamban sambil mandi adalah satu perkara yang boleh dibuat dalam satu masa.

sambil-sambil. boleh la kan dari takde langsungkan.  kbai. 😋😊😉😅
Terima kasih sudi baca.



4 comments:

Kamarul said...

Saya lak baru 30 jam blogging kot.. hehe

Intan Saffyna said...

@Kamarul Oh..maksudnya ape sis :)

Adam said...

Setiap hari ke awak buat mcm tu?

Intan Saffyna said...

@Adam la.. dah bagi tau td jarang mengemas.. mana dtgnya setiap hari pulak ni.. huhu

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna