Showing posts with label Intan Suka update. Show all posts
Showing posts with label Intan Suka update. Show all posts
Monday, December 12, 2016
Cabaran 30 Hari Blogging | Day 5 : Apa Ada Dalam Bag Saya
waw! dah masuk hari kelima aku ikuti cabaran blogging ni, tapi kali ni aku agak lambat sikit publis entry. sebab musababnya aku agak malas nak selongkar apa ada dalam handbag, bila buka bag ja pasti amik masa dua hari baru setel. kan,kau nampak tak aku menipu.
kalau sekadar check bag keluarkan barang yang patut je aku tak kisah sangat tapi aku kena bagi masa berminit² untuk check segala kertas resit, bil, dan sampah tisu yang dah tersadai berhari-hari dalam bag. nasib baik ada entry ni dapat jugak aku kemas sikit.
dalam bag aku tak banyak barang pun, aku tak suka bawa barang banyak sebab kejap lah memang akan penuh dengan tiba-tiba.. dengan botol susu, mainan danish, tambah dengan powerbank laki aku lagi, semua benda nak sumbat dalam handbag aku. huh penat galas.
sebab tu aku bawak barang yang perlu sahaja.
bag aku kecik coet je tapi masih muat kalau nak isi anak gajah sekali pun. 😳 ini adalah barang sentiasa ada dalam handbag.
purse
bendalah buruk tu dah dekat 6 tahun aku guna tak pernah tukar pun,aku sayang purse tu sebab ianya hadiah dari boyfren (suami) aku masa mula-mula kenal dulu. aku tak kisah purse tu dah lama, bagi aku ianya sangat berharga. ada juga aku terfikir nak ganti yang baru tapi selalu berbelah bagi, sebab aku takut nak menduakan dia. haha
Friday, July 27, 2012
Facebook Blogger Group
kat sini lily senaraikan beberapa group blog di facebook, korang boleh ping entry kat situ.. sebelum tu kena join tau. then enjoy it.
terima kasih sebab sudi singgah.like.
Tuesday, January 31, 2012
Button Misteri Ke ?
Kenyang perut senang hati ! memang tengah senang hati ni, dah perut comel lily dah masuk kegemaran lily tadi ayam masak lemak cili api.. memang menyelerakan.
Anda semua dah makan ke..? Semoga semua sudah menikmati kekenyangan untuk tengah hari ni ok.. ?
Menurut dengan tajuk lily hari ni, ape tu 'Button Misteri'? mai kot mana button misteri tu? lily pun pelik sebenarnya.. macam mana button misteri tu boleh terjadi dan ia boleh jadi misteri ?
Apa yang lily faham button misteri itu bermaksud button yang penuh dengan rahsia tersendiri yang dibina oleh anda... ia jugak bermaksud button yang mengandungi isi-isi yang tidak siapa yang tahu.
bila klik je akan terjadilah penyesalan dan rasa kerugian..
Sebelum itu lily nak tanyakan kepada anda adakah ada pernah terjumpa atau membuat sendiri button misteri tersebut ?
Apa maksud lily ???
Maksud lily button misteri itu adalah button yang penuh dengan iklan anda campaign kan seperti churp churp atau nuffnang ? bila klik je berderet iklan akan keluar.. anda pernah dapat button macam tu kan..? okey sekarang dah faham kan..?
Untuk pengetahuan anda mempromosikan iklan seperti itu akan memudaratkan diri dan blog anda kerana blog anda akan terlibat dengan virus dan nama anda akan senarai hitamkan dari pihak churp churp tersebut. sangat merabahaya.. hentikan perbuatan itu !
Ada banyak lagi cara lain untuk bercampaign..
tapi
lily sangatlah runsing sekarang ! atas sebab yang tak munasabah dan ditambah dengan pelik betubi-tubi. apa yang lily dapat tafsirkan disini mereka-mereka sendiri sebenarnya takut nak klik button misteri itu... takutkan kepada keuntungan yang akan anda terima semasa membuat campaign mengunakan button misteri..
dan fahamlah lily rupanya tiada keikhlasan dari pihak mereka untuk klik button misteri yang anda buat.. oleh itu anda dikehendaki membuat strategi bagaimana untuk bercampaign dengan cara lain okey..
akan tetapi kenapa mesti lily ???
kenapa anda menganggap lily mempunyai button misteri ?
semua yang masuk ke dalam blog lily akan menjadi takut untuk klik button yang ada.
padahal lily tak buat iklan yang banyak-banyak tu..!
cuba tengok button ini .

Adakah anda takut dengan button diatas...?
lawaknya lily rasa sebab ada yang menganggap button itu akan menipu anda.
sebenarnya tak de apa pun..
tak percaya ?

ok nampak tak ?
dalam button yang ada dalam blog ni adalah mengandungi laman-laman sosial yang lily join, bukannya klik button keluar iklan banyak-banyak.. jadi tak perlu takut dan salah faham la jika anda masuk blog lily ok..
okey.. dah alang-alang klik tu kan , jom join lily skali ye >,<'
Terima kasih sudi baca blog lily.
Thursday, December 22, 2011
Nostalgia Hari Hujan

Assalamualikum ^ 6
Hujan petang bertambah dingin dengan angin yang kencang. Terasa ketar susuh tubuh ini walaupun sudah dibaluti baju setebal kulit biri-biri. sambil menghirup milo panas terasa kehangatan dari mulut hingga kerongkong. sambil kedengaran babu roti dok pin pon takkala hujan lebat... ada ke orang nak beli ? 'babu roti kat umah mak lily ni bawak lori bukan moto..kalau tak habis kuyup beliau.' hakhak.
Dihari hujan yang lebat ini meninggalkan kesan yang mendalam buat lily, ada tersimpan sejuta kenangan pahit tapi manis. Dimana dulu lily terpaksa berjalan kaki dalam hujan demi menunaikan tanggungjawap.
........5 tahun yang lalu... single lagi. nak ngorat ke ? terlambat sudahh ! ok teruskan. 5 tahun yang lalu lily terpaksa berjalan kaki menuju ke busstop , tunggu bas dalam hujan , kemain lama lagi lily tunggu ! siap mencarut lagi pagi-pagi dah buat dosa ! ''hei... mana la pakcik bas ni, lembab sangat! sedap tido je kau an hujan-hujan ni'' !
Lepas setengah jam pakcik bas tu panggil naik bas dia. ada 2,3,4,5 orang masa tu, oleh kerana lily orang last yang naik bas dan pakcik bas tu kenal lily, dia berikan lily tiket percuma.. Alhamdulillah.. Kalau tak terbang RM2 tambang bas.
Sampai di satu destinasi, lily kena tukar bas lain pulak untuk masuk ke kawasan office. dugaan betul, sebab lily belum mempunyai kereta waktu itu. 15 minit kemudian.. lily tunggu lagi... tapi tak sampai-sampai jugak. jam dah pukul 9.00 pagi.
Akhirnya lily ambil keputusan untuk jalan kaki di waktu hujan yang hampir reda, namum masih renyai-renyai. office dengan busstop tu tak la jauh mana tapi perjalanan lily kira-kira 2km jugak laa.. huuu.. jauh tu.
Dikala hujan pasti sejuk tak terasa sangat la penat berjalan tu. tapi memang tak diduga, macam pepatah orang kata '' malang tak berbaur'' tengah lily sedang terkedek-kedek jalan sorang-sorang kat tepi jalan tu , ada pulak paria mana tah memang cam celakau + lahabau bawak kereta tak de adap ! memang takde civik punya keling! boleh dia men redah je lecak banjir kat kawasan lily lalu tu, ape nak kata lagi abih lenjun 1 badan lily kena air lecak tu. kesian tak ? tak patutkan ?
Nak maki hamun kat situ kang orang ingat lily gila pulak dok meroyan sorang-sorang. oleh itu dengan selambanya dan kuyupnya lily teruskan perjalanan.. sampai kat office lily terus dok depan muka penghawa dingin sampai kering baju lily. sejuknya usah dikata macam dalam salji dekat The Mines wonderland.. bukan Switzeland.
Itulah saja nostalgia lily zaman remaja dulu.. mesti korang tertanya-tanya , kenapa lily tak ambil teksi je pi office tu ? dan mesti ada tanya , tak de duit ke nak tambang teksi la tu? hakhak.. bukan lily tak nak naik teksi atau tak de duit. cuma tambang teksi tu murah sangat.. drive teksi tu pun tak bawak lily sebab office lily yang terlalu dekat kalau kereta teksi tu hantar.. mana tak nya duduk je dalam teksi dah cas meter RM2.00 , kalau sampai office lily baru RM2.30 ATAU RM2.50.. ape la sangat diver teksi tu dapat. baik dia ambil penumpang yang jauh destinsi.. banyak jugak income. ^^
Jadi kesimpulannya terpaksa la lily naik bas atau jalan kaki. Akhir kata dengan berkat doa setiap hari yang keluar dari mulut lily ketika melangkah kaki kanan menaiki tangga bas itu telah termakbul. '' mujarap tau.. cubalah.. lily dapat juga memiliki kereta myvi dengan hasil usaha kental lily selepas bersusah payah tunggu bas berjam-jam (waktu balik kerja) dan terpaksa berjalan kaki (waktu pergi kerja).
p/s : Korang pernah ke mengalami situasi macam lily ni ? kalau ada meh cerita kat lily dan like entri lily >,<
Friday, December 09, 2011
Perempuan Bajet Hebat Diakhir Tahun | Tak Suka Kau !
Alamdulillah Hari ini hari kedua Giveaway lily yang sulung berjaya dilancarkan dan lily tengok ianya dapat sambutan yang baik.. lily sayang you all okey yang sudi join lily. walaupun semalam lily bertungkus lumus buat promote dengan mengharungi laptop lily yang buat hal ape tak tahu ! kejap padam kejap on balik. syukur sangat..
Selepas seminggu jika sambutan lebih memberansangkan lily akan tambah 5 lagi pemenang untuk sagu hati dan juga pemanbahan gift yang comel untuk anda.. suka tak ? sapa-sapa yang belum join cepat-cepat klik sini. dan yang sudah join lily tu rajin-rajin la support lily tau. terima kasih sangat.
*****
Sambil jalan-jalan kat situ lily tengok ada baju cantik tapi tak cantik mana pun t-shirt berkoler je. warna hijau apple. sejuk je mata lily tengok. hubby lily pun berkenan.. kitaorang ambil sama pattern dan go to fitting room for try. lily dah try dulu dah siap. ok cantik cun. lily pakai apa pun tetap cantik. riak kan.
lepas tu hubby lily pulak. masa hubby lily masuk dalam bilik persalinan tu, ada sorang perempuan (perkerja mydin) yang bajet hebat depan lily masuk dalam fitting room lagi satu actualy ada 3 room kat situ. tah apa yang dia buat dalam tu ! menyebok !
Lepas tu pulak time dia nak masuk dan lagi dia nak jenguk sapa dalam bilik tu. eii.. benci ! Dalam hati lily cakap ...apa kau buat dalam tu oi pompuan lama sangat dok tengok cermin kot! baguslah tu cermin-cermin la diri kau yang buruk tu. menyusahkan !
Tiba-tiba dia keluar dah puas tengok cermin ke oi ! dia dok berdiri kat belakang lily pulak..lily tengah tunggu hubby lily siap. tah ape la yang dia buat lagi.. ! meluat !
Dalam 10 minit dia keluar jalan berentak-rentak tapak kasut, macam kau hebat oi pompuan ! sambil dia jalan keluar lily macam terdengar suara longkang dia cakap dengan sapa tah..
itu fitting room perempuan kan..
panggil security...!
yang tadi kau duduk belakang aku kemain lama asal kau tak cakap fitting room tu untuk perempuan sahaja.. kau takut ke? haa..asal dalam mulut kau ada sampah ke ? '' degusan hati lily..''
Masa tu hubby lily dah siap try kitaorang jadi ambil baju yang comel tu.. sama-sama hijau. sedondon la konon. jalan buat tak tahu je turun excalator.. si security tu baru nak naik.. lembab macam siput ! mesti perempuan tu bengang !.. hakhak suka lily.
Masa nak tengah kami kat kaunter nak bayar barang, lily tengok perempuan tu tersadai kat kaunter sebelah dok borak-borak. mengumpat la tu ! lily rasa nak sepuh je mulut tu ! geramm..
Terima kasih kerena sudi baca entri lily.
p/s: lily mintak maaf andai bahasa lily kali ni kasar sikit atau agak kasar atau terlalu kasar.. lily bukan sangaja.. tapi disengajakan sebab lily geram sangat.. >,<'
p/s1 : untuk pandangan rapi anda semua, perempuan itu tak terlalu muda dan terlalu tua.. mungkin dalam lingkungan 30an nak keatas.. pakai tudung , muka mintak lempang.
Monday, December 05, 2011
Wah ! Betul ke ni ???
Seperti yang dijanjikan kepada anda semua.. memang lily akan berikan hadiah best kat korang.. open sini. memandang hari ini lily tak berapa sehat deman,selsema, dan bantuk sakit kepala dan macam macam lagi. namum lily akan tetap bagi jugak hadiah kat korang.. lily harap korang semua doakan lily sihat..
Ok.. sambung.. sebab tu lily tak online tak update entri baru..lily hanya tido je berhari-hari.. hari ni lily bukak blog lily tengok-tengok follower lily sudah hampir mencapai sasaran yang lily sedang target..oleh itu lily nak ucapkan ribuan terima kasih pada sesiapa yang sudah sudi follow lily ye.. insyaallah lily akan follow balik satu persatu bila lily sehat nanti..
lily tak percya tengok mula mula tadi ''wah betul ke ni ?? dan terus lily update entri ni.. kalau tak lily tido je..hahhek. ok seterusnya lily akan buat 1st Giveaway atas permintaan rakan-rakan blogger yang lagi hebat dari lily untuk laksanakan.. jadi bila target lily betul - betul yang ke 500 akan lily lancrkan ok..
Terlintas pulak lily nak bagi bonus bagi sapa-sapa yang jadi follower lily ke 500.. ''wallaweyyy kak lily nak bagi hadiah la sapa jadi follower dia yang ke 500.. yeayy nakkkk..'' kata kenet lily sambil kompat-lompat.
Hakhak.. Best tak? belum lily buat 1st Giveaway lagi dah nak bagi kan.. jadi korang semua sayang sayang laa selalu..mesti lily akan bagi hadiah nanti.. lily kan murah hati.. riak pulak eh.. lagi pun semua hadiah yang akan lily berikan nanti disponser oleh hubby lily.. sayang dia selalu saport lily.. terima kasih.. gedik kan.. >,<
Ok la.. lily stop kat sini.. hingus lily dah meleleh ni.. siap tahan ngan baldi lagi.. haha.
lily akan update lagi nanti. bye..
p/s: like PAGE lily.
Friday, December 02, 2011
Peragut Berleluasa ! Benci !
Hello Readers apa cerita hari ini.. Dah fikir ke apa azam untuk tahun baru ni? Cehcehh.. awalnya lily tanya kan? padahal baru 2 hari bulan terakhir 2011. Saja la lily tanya awal-awal, lily nak tahu azam korang semua di tahun 2012 akan datang lagi beberapa minit ni..
Mana la tahu korang ada cita-cita yang akan pasti ingin dicapai.. tapi lily nak tanya jugak la kan kot kot korang ada cita-cita nak jadi peragut yang hebat atau peragut yang diiktiraf!

Sebenarnya lily memang nak cerita pasal peragut yang tak berhemah kat sini. Terkejut lily sebabnya berlaku kat depan mata lily. ngeri.
Malam Semalam kira-kira jam 8.30pm waktu tokyo.. Betul-betul kat depat kereta lily tengah paking. Pulak tu lily tinggal sorang dalam kereta.. Bf lily keluar jumpa member kat tepi jalan nun disana.. kalau dah mula menyembang tak ingat dah.. member bf lily tu memang suka menyembang.. dia orang india muka sebijik orang melayu kahwin dengan orang cina..anak dia pun nampak macam orang melayu..
Ok terlajak sembang pulak. lily sepai tinggal dalam kereta. takut bila kejadian macam tu berlaku depan mata. Sedang lily dok layan chat di twitter with myfrend dengan ipad tercomel by ZARRA SUHAILA berbekalkan wifi yang kejap hilang kejap datang di oldtown sebelah tempat paking kereta.
Tiba-tiba lily mengeliat sat ja ada orang menjerit tergapai-gapai lantas handbagnya diragut dari belakang lalu terduduk mencangkung kekesalan. Adui lily turut rasa kesal pilu. mungkin dalam hanbag perempuan tu penuh duit dan mungkin si peragut durjana tu memang dah mengekori perempuan tu dari bank berdekatan.. sekarang ni kan time gaji.. mesti perempuan tu nak pi shopping. 'lily buat andaian'.
Kesian lily tengok... '' Ai kesian je ke ? p la tolong ?? "
Bukan lily tak nak tolong tapi lily pun dalam dilema dengan kejadian tu ! Cukup lah 2,3 orang yang mengejar si peragut jahaman.. dan 2,4 orang menenangkan perempuan tu. sungguh tragis.
Lily menarik nafas panjang dan lega alhamdulillah sehingga hari ini lily belum pernah diragut, Mintak simpang la. Apa pendapat korang ? pernahkan korang diragut atau meragut atau jadi peragut??
p/s: Terima Kasih sudi luangkan masa dengan entri lily.
p/s 1: Like PAGE lily -.-'
Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah 1433 ♥

Assalamualaikum^^
Salam 1 Muharam salam maal hijrah yang ke 1433 untuk anda semua.. Semoga hari ini akan lebih bermakna dari hari-hari yang lalu.. mulakan tahun baru ini dengan kehidupan yang lebih bermakna bersama keluarga dan insan tersayang ♥♥♥
Sempena 1 Muharam ni lily nak story sikit tetiba teringat zaman muda muda dulu.. makan makjun lebih. dulu masa sekolah menegah kalau sambut maal hijrah mesti gediks semacam je..hakhak. bukan mengedik nak ngorat jantan..sorry ye.. tapi jadi lain macam sikit sebab cikgu kata boleh pakai baju raya.. kita pun apa lagi.. cikgu tak habis cakap lagi.. kami kami ni dok sokseh sokseh kat belakang, ''weh hang nak pakai baju kaler ape esok? tak tau lagi tengok dulu la nanti aku p tengok kat elmari ada kaler apa." macam tu la lebih kurang dialognya.
Esoknya semua pakat-pakat melaram dengan baju raya warna warni mengerlip mengerlap..
Semangat apa tak tau.. masa tu makna maal hijrah pun tak tau kot.. nak seronok je lebih..kelakar.
Himpun ramai-ramai kat sekolah pastu nanti cikgu cakap nak kena p berarak satu kampung.
wahh..seronok kemain lagi dapat jalan ramai-ramai.. lily tak dapat bayangkan kenapa seronok sangat time tu..kalau sekarang nak p kedai cenoneh depan rumah nak drive. punya malas nak jalan.
Hampir setengah jam pusing satu kampung.. pastu orang-orang kampung pun cepat keluar depan pintu tengok perarakan kitaorang satu sekolah.. macam ada bawak pengatin je yang semua orang keluar tengok.
Dalam perarakan tu pulak kena nyanyi lagu maal hijrah.. kitaorang dok menyembang jadi jakun macam tak pernah tengok kampung.. tahu-tahu je dah sampai kat sekolah balik. huhh.. penat jugak jalan ni tapi tak terasa sangat sebab banyak sembang..hakhak.. jahat kan.
sampai situ jela cerita lily.. kenagan masa 11 tahun yang lalu.. lama dah kan..
ok.. korang semua ada story maal hijrah tak? kongsi la ngan lily^^
P/s: Selamat Tahun Baru.
Monday, November 07, 2011
Lily Tak Boleh Tahan Lagi.......

Assalamualaikum ^^
Apa kabar kalian semua ? sehat ? lily tak berapa sihat setelah melayan kerenah tetamu semalam, tapi itu tak de kene mengena dengan keadaan lily hari ni.. lily rasa macam berada di afganistan kedengaran boom menjerit-jerit di tepi telinga lily..
disaat itu jugak pipi lily bergegar apabila boom atom di lontarkan.. sama lontarannya macam melontar batu dijamrah (di mekah-sempena aidiladha).
memang lily tak boleh tahan lagi dari pagi tadi asyik tido je sehingga la sekarang baru update new entri, oleh kerana gusi lily tiba-tiba bengkak dengan tak semena-menanya. lily pun tak tahu kenapa.. sakitnya lily yang tanggung sorang.. huk.huk. sakit. memang la tak kan lily nak suh korang tanggungkan..
ada petua tak nak bagi baik.. lily nak buka mulut pun tak boleh ni.. nak makan pun tak dapat.. dari pagi tadi tak makan ape-ape..lapar. tapi lily gagahkan jugak makan nasi dengan daging korban masak gulai kari serta berdoa '' Ya Allah ! kau sembuhkanlah bengkak di gusi hambamu ini'' (semoga berkat daging korban, lily akan sembut) Amin.
oleh itu lily dapatlah nak update entri ini, yang sedari tadinya lily hanya tido terlentang, sepi tanpa suara. sedihkan.. lily sentiasa bersabar dan berserah dengan ujian Allah s.w.t.
Sekian, Amin.
p/s: pernah korang semua ni mengalami keadaan macam lily ? kongsikan la ngan lily macam mana nak sembuhkannya.
Thursday, October 27, 2011
sungguh-sungguh sayang :)

Hai.. ladies and gentleman dah bersedia ke nak amik peksa ni.. ada belek-belek buku ke.. asyik blogging je lily tengok.. harap-harap korang dah bersedia la ye.. jangan gelabah buat relex je. bukan ada ape-ape pun hanya jawap soklan-soklan yang di berikan je.. tak susah pun.. ^^
Tapi bile nak di ingat kan balik zaman lily spm dulu lagi dasyat kot.. yela zaman dulu mana ada bijak-bijak macam 17 tahun zaman sekarang.. hari pertama spm.. pagi-pagi lagi dah kalut nak pi cara makan, kononnya nak alas perut takut nanti lapa tak leh nak jawap peksa.. lepas makan dan-dan tu la nak amik buku baca, belek sana belek sini.. macam la masuk dalam otak tu.. budak baik konon.. padahal hampeh..
Bila loceng bunyi saja buat-buat lambat masuk kelas.. pastu terhegeh-hegeh nak cari pen dok taang mana pulak.. dok dalam kelas tercari-cari maje yang ada no angka giliran masing-masing.. sapa dapat nombor cantik.. ingat bagus sangat ke.. jawap peksa tah ape-ape.. pastu pengawas cikgu sekolah mana tah datang buat hebat ! jalan dari kiri ke kanan sambil hulurkan kertas soklan Bahasa Melayu.. Kami-kami pun berdegup jantung takut tak paham kertas soklan Bahasa Melayu tu..
Bila cikgu kata boleh mula.. Semua menadah tangan sambil berdoa '' ya Allah ya tuhan ku kau berikan aku ketenagan supaya aku boleh menjawap soklan-soklan sebaik-baiknya '' Amin.
semua terus kusyuk menelik satu-satu soklan tu.. ada yang garu kepala, ada yang termenung kat tinggap tengok burung-burung terbang, ada yang terus letak kepala atas meja.. sambil memikirkan jawapan agaknya.. ''......asal aku perhatikan orang ni.. alamak aku pun tak tahu jawapan....''
Terlajak panjang pulak lily ni.. sambil teringatkan zaman spm dulu yang dah 10 tahun berlalu... Ape- ape pun lily doakan korang 17 tahun termasuk adik boy lily juga yang hadap spm 2011 akan sentiasa tenang.. dan anggap je soklan-soklan tu mcm kacang goreng...pisang goreng... petik jari... dan petik gitar.. :)
Tapi bile nak di ingat kan balik zaman lily spm dulu lagi dasyat kot.. yela zaman dulu mana ada bijak-bijak macam 17 tahun zaman sekarang.. hari pertama spm.. pagi-pagi lagi dah kalut nak pi cara makan, kononnya nak alas perut takut nanti lapa tak leh nak jawap peksa.. lepas makan dan-dan tu la nak amik buku baca, belek sana belek sini.. macam la masuk dalam otak tu.. budak baik konon.. padahal hampeh..
Bila loceng bunyi saja buat-buat lambat masuk kelas.. pastu terhegeh-hegeh nak cari pen dok taang mana pulak.. dok dalam kelas tercari-cari maje yang ada no angka giliran masing-masing.. sapa dapat nombor cantik.. ingat bagus sangat ke.. jawap peksa tah ape-ape.. pastu pengawas cikgu sekolah mana tah datang buat hebat ! jalan dari kiri ke kanan sambil hulurkan kertas soklan Bahasa Melayu.. Kami-kami pun berdegup jantung takut tak paham kertas soklan Bahasa Melayu tu..
Bila cikgu kata boleh mula.. Semua menadah tangan sambil berdoa '' ya Allah ya tuhan ku kau berikan aku ketenagan supaya aku boleh menjawap soklan-soklan sebaik-baiknya '' Amin.
semua terus kusyuk menelik satu-satu soklan tu.. ada yang garu kepala, ada yang termenung kat tinggap tengok burung-burung terbang, ada yang terus letak kepala atas meja.. sambil memikirkan jawapan agaknya.. ''......asal aku perhatikan orang ni.. alamak aku pun tak tahu jawapan....''
Terlajak panjang pulak lily ni.. sambil teringatkan zaman spm dulu yang dah 10 tahun berlalu... Ape- ape pun lily doakan korang 17 tahun termasuk adik boy lily juga yang hadap spm 2011 akan sentiasa tenang.. dan anggap je soklan-soklan tu mcm kacang goreng...pisang goreng... petik jari... dan petik gitar.. :)
Ni dia lily sediakan doa penerang hati. baca setiap kali tak dapat jawapan..
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً
مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
p/s : Sapa-sapa ada pengalaman manis masa first day nak amik spm boleh kongsi ngan lily.. mana tahu kenangan terindah dulu-dulu boleh menyerikan hari mendatang..
ChiLL :)
Sunday, October 23, 2011
Bestnya layannn......
Assalam..
Petang tadi hujan lebat-lebat............
(Edit da,malulah cerita dudulu)
05/11/2016 5.30pm
Petang tadi hujan lebat-lebat............
(Edit da,malulah cerita dudulu)
05/11/2016 5.30pm












