Monday, December 12, 2016
Cabaran 30 Hari Blogging | Day 5 : Apa Ada Dalam Bag Saya
waw! dah masuk hari kelima aku ikuti cabaran blogging ni, tapi kali ni aku agak lambat sikit publis entry. sebab musababnya aku agak malas nak selongkar apa ada dalam handbag, bila buka bag ja pasti amik masa dua hari baru setel. kan,kau nampak tak aku menipu.
kalau sekadar check bag keluarkan barang yang patut je aku tak kisah sangat tapi aku kena bagi masa berminit² untuk check segala kertas resit, bil, dan sampah tisu yang dah tersadai berhari-hari dalam bag. nasib baik ada entry ni dapat jugak aku kemas sikit.
dalam bag aku tak banyak barang pun, aku tak suka bawa barang banyak sebab kejap lah memang akan penuh dengan tiba-tiba.. dengan botol susu, mainan danish, tambah dengan powerbank laki aku lagi, semua benda nak sumbat dalam handbag aku. huh penat galas.
sebab tu aku bawak barang yang perlu sahaja.
bag aku kecik coet je tapi masih muat kalau nak isi anak gajah sekali pun. 😳 ini adalah barang sentiasa ada dalam handbag.
purse
bendalah buruk tu dah dekat 6 tahun aku guna tak pernah tukar pun,aku sayang purse tu sebab ianya hadiah dari boyfren (suami) aku masa mula-mula kenal dulu. aku tak kisah purse tu dah lama, bagi aku ianya sangat berharga. ada juga aku terfikir nak ganti yang baru tapi selalu berbelah bagi, sebab aku takut nak menduakan dia. haha
Bag Mekaup
yang ni sentiasa ada dalam handbag, bukan aku selalu mekaup pun atau mekaup tebal, tapi memang aku akan bawak. dah jadi perkara wajib bila lepas solat nak touch up sikit² atau lepas maskan nak palit lipstik balik.
ni je yang ada dalam bag mekaup, iope cushion , lipstik , maskara , bluser tint . ni je yang aku ulang-ulang pakai.
emma lotion
yang ni pun wajib bawak kemana saja. sebab takde sebab. saja nak bawak sebab wangi sasangat. siapa nak order meh whatsapp 0133675584 . Harga RM15.00 sahaja. 180ml.
setakat ni je la untuk harini, sebab ni pun dah lewah post, kejap lagi nak terus menaip entry yang ke enam pulak. gambar ni pun cincai je sebab nak cepat, nak cari lokasi pun dah tak dan.. atas kali katil pun boleh. esok aku nak tukar gambar baru tapi barangnya sama je. hehe 😝😅
Terima kasih sudi baca.
2 comments:
Hehe. Barangan tipikal dalam beg wanita.
@Wan Syahida Kahar betul tu sis.. hhehe tapi kadang penuh dengan barang anak.. :)
Post a Comment