Showing posts with label Tips Blogger. Show all posts
Showing posts with label Tips Blogger. Show all posts
Thursday, December 22, 2016
Cabaran 30 Hari Blogging | Day 15 : Blog I Love
Alamak! part yang lemah ni, aku pun baru join blog ni balik sejak awal november lalu. jadi belum dapat lagi blog yang aku betul² minat. tapi aku masih lagi tengah fikir pasal tajuk 'blog i love' ni aku kena cari blog yang aku suka dan inlove sangat atau aku hanya perlu tulis blog jenis blog yang berkualiti dan berguna?. pening aku.
Bagi aku, aku suka blog yang ringkas, ringan, dan penuh dengan pengisian. tapi kalau pengisian tu terlalu berat, aku ni tak suka pulak membacanya. haha. jadi sepanjang dua bulan ni aku selalu blogwalking banyak jugak blog yang jumpa dengan bermacam² cara.

disini aku senarai blog yang aku suka baca antaranya :-
Wednesday, July 23, 2014
Tak ada pun nama awak kat followers saya?
saya tidak tahu kenapa saya tak boleh nak masuk gambar dekat follower, so gambar tak ada bukan bererti saya tak menjadi follower anda. seperti disini :-


nah ambik ni sampai empat ketul saya print screen dari belog kawan-kawan kita yang saya sudah follow..
nampak tak? saya rajin blogwalking dan mengfollow kawan-kawan, serius ni. tapi memang tak keluar gambar muka macam yang saya print screen tu.
tapi
kalau anda cakap ''Tak ada pun nama awak kat followers saya?"
sebenarnya ada,
anda sendiri kena check sehabis-habisnya sebab nama saya sebagai follower anda ada di bahagian bawah sekali. kalau anda mempunyai follower yang ramai sampai beriban-riban, agak sukar jugak nak check satu persatu kan..
kalau follower masih belasan orang je boleh tengok saya sudah pun follow anda.
contohnya macam ni :-



nama saya kat bawah sekali kan. dan blogger lain yang tak ada gambar pun duduk dekat bawah jugak..
saya harap anda faham ye kenapa nama saya tak berada diatas sekali setelah menjadi follower anda. saya juga memang nak nama saya ada kat atas tapi nak buat macam mana, saya dah cuba masukkan gambar tapi tak boleh..
Kalau ada sapa-sapa tahu ada cara lain nak masuk kan gambar untuk follower silalah bagi tahu saya.
:) :)
Wednesday, August 01, 2012
Tutorial :: Blog Mesra SEO

Serius, lily memang tak faham ape itu seo sebelum ni, dan berjuta kali kot menkaji tak faham-faham jugak. tipu la tu takkan bengap sangat kan..kekee.
kelebihan seo adalah anda boleh jadi ranking apabila pemgumjung seacrh di google,walaupun anda tidak ping entry ataupun update entry. jadi blog anda akan mudah mendapat trafik.
penting jugakan SEO ni ?
macam mana nak buat? ok anda hanya perlu megikut tutor dibawah ni ok.

Tutorial blog mesra SEO
- Login account>dashboard>design>edit HTML (expand widget template)
- search code di bawah ini guna fungsi ctrl+f :
<title><data:blog.pageTitle/></title
- gantikan kod di atas dengan kod yang baru di bawah ini
<b:if cond='data:blog.pageType == "index"'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>
- preview dulu, kalau tak error
- Save.
- Selamat Mencuba.
Thursday, June 07, 2012
sorry! I cannot be a follower of your blog.
Disebabkan cuaca sangat panas sehingga menitiknitik peluh dari pipi sampai kebahu.. huhh..
disebab itu jugak lah aku tak dapat tidur malam ni.. pastu pulak aku tetiba jadi rajin nak blogwalking serata dunia..
Setelah hampir seminggu blog ni sunyi tanpa berupdate oleh kerana datangnya kemalasan yang berganda tak dapat dibendung.. lagi panjang entro ni bertambah panas aku rasa..
sekarang ni aku nak bagi tahu kat semua orang yang aku memang tak dapat nak follow blog awak,awak dan awak semua yang tidak menggunakan wedget FOLLOWER! kau paham tak ape yang aku maksudkan ni haa?? nganga je dari tadi aku tengok kan..
ok tengok sini.. kalau awak guna button follow macam ni :


memang tak boleh menjadi follower awak sebab dah sampai limitnya..
tahu tak sebabnya aku tak dapat nak follow blog comel awak..??

inilah sebabnya okey.. aku dah follow warga blogger ni dah 500 lebih.. limit hanya 300 sahaja.. erk.. betul ke? betullahkan..
aku rasa ramai lagi kot yang dah follow mengfollow hampir sedetik lebih banyak sama macam aku jugak.. dan mereka jugak mesti tak dapat nak follow awak,awak.. diatas sebab yang sama ! jadi aku syorkan seharusnya awak tukarlah kepada wedget yang asal sejak azali lagi sudah disediakan..
seperti ini :


ok dah faham kan.. apa tunggu lagi tukarlah sekarang.. pastu cepat bagi tahu aku.. dengan pantas aku jadi follower korang.. huhu..
kepada yang sudi follow blog daif yang comel aku ni, aku menghargainya dan dengan ucapan jutaan terima kasih..
jasamu tetap dikenang.. hehe..
nanti aku belanja makan tau.. rasuah! :p
p.s : terima kasih sudi baca.
Tuesday, May 15, 2012
Ayat 1000 Dinar Dan Manfaatnya
.jpg)
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
|
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
- Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
- Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
- Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
- Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
- Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
- Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
- Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
- Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
- Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur tiga kali,
- Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
p/s: sekadar memperingatkan diri sendiri dan perkongsian bersama :)
Terima Kasih Sebab Sudi baca.
Saturday, March 10, 2012
Tips | Tingkatkan Trafik Blog
.jpg)
Assalamualaikum^^
1) Tulis byk entry – kalo boleh setiap hari ada la entry baru supaya pengunjung x bosan… Setiap hari ada benda baru utk dibaca dan setiap tulisan biarlah yg berkualiti, jgn “copy n paste” saja… Biar blog kita ada identiti tersendiri…
2) Design n layout yg cantik – biar lah blog kita simple tapi menarik… Jgn letak byk sgt widget smpai jadi semak n blog pon jadi berat utk keluar… Ini akan buat pelawat malas nk masuk lagi…
3) Cuba utk ada identiti sendiri – nama domain yg mudah & senang diingat akan membuatkan pengunjung xkan lupa untuk singgah lagi…
4) Letaklah gambar di blog kita – jangan lupa kdg2 orang akan search Google @ Yahoo! untuk cari gambar… Kalo blog kita ada gambar, maka peluang utk muncul pada laman web Google n yahoo! lebih tinggi…
5) Balas setiap komen yg diberi – x kira la dkat ShoutBox @ komen pd entry, balaslah kerana pengunjung akan rasa lebih dihargai… Ini membuatkan ada komunikasi antara blogger dgn pengunjung…
6) Tumpukan pd stat – cuba tgk stat kita, apa keyword yg slalu pelawat guna utk cari entry2 dalam blog kita… Jadi kita akan dapat tau apa yg pelawat suka & x suka. Jadi bykkanlah entry yg pelawat suka…
7) Tanya soalan – untuk mendapat byk komen @ respon dr pengguna, sebelom akhiri entry kita, tanyalah soalan kpd pengunjung kita… Ini membuat pelawat rasa lebih dekat dgn blogger…
8) Banyakkan komen pd blog lain – komen pd blog lain akan buatkan kita lebih dikenali dikalangan blogger2… Cara ini juga mengeratkan silaturrahim antara blogger…
9) Hantar URL korang – korang tau x korang bleh antar URL korang ke Google -> Submit Google atau ke Yahoo! -> Submit Yahoo! Ini membuat Google n Yahoo tahu ttg kewujudan blog korang…
10) Jangan sombong – blogger2 baru janganlah sombong @ malu bertanya kepada blogger2 lama… Binalah hubungan dengan blogger baru dan lama… Banyak ilmu bleh dapat kalo rajin bertanya…
11) Buat link ke entry lama – guna Linkwithin pon dh ckup utk buat link ke entry lama, pengunjung dapat tau apa topik2 menarik yg terdahulu…
12) Baca & edit – bila korang dh post entry, cb baca balik kot2 ada kesalahan2 ejaan ke @ fakta yg bleh dibetulkan… Ini utk membuatkan entry tu lebih berkualiti…
13) Buat contest (pertandingan) – xkira la pertandingan apa pon asalkan pelawat2 dapat sesuatu dr pertandigan tue… X kisah la hadiah mahal @ murah yg penting dapat kenal satu sama lain…
14) Buat pertukaran link – buat pertukaran link dgn blog2 lain, ini boleh diletakan pd sidebar @ mna2 pon x kisah… Kalo link korang diletak pd blog yg dh popular ini pasti kan membantu…
15) Guna Feedburner - dgn Feedburner pelawat bleh dapat tau entry2 baru kita dalam email diorang, tapi xtau la ada lagi ka guna cara nie sb mcm akan semakkan email lak…
16) Tolong menolong – kalo korang dh tersenarai sebagai blogger lama, jgn la kedekut ilmu utk kongsi apa2 yg korang tau… Walaupon sikit ja korang ajar, msti diorang igt smpai bila2…
17) Buat lbih dari 1 blog – kalo korang ada masa byk, buat lah byk blog n korang bleh link kan blog2 yg byk nie…
18) Guna laman sosial – byk laman sosial yg korang bleh guna utk popularkan blog contohnya Facebook, Myspace, Twitter, Friendster… Semua tu boleh buatkan blog kita dikenali ramai dalam waktu yg singkat…
19) Sertai forum – byk forum2 yg bleh korang sertai kat Malaysia nie contohnya Gempak, Jiwang dan korang dapat kongsi blog korang kat sana… TAPI patuhi la undang2 kat forum tue, jgn x pasal2 korang kena buang pulak…
20) Letak signature – kalo korang dh sertai forum, msti boleh letak signature kt setiap komen korang… Letaklah link ke blog korang… Pandai2 la design signature yg menarik…
21) Jadilah diri sendiri – cubalah jadi diri sendiri… Jangan tiru gaya penulisan, design atau apa2 saja dari blog lain… Mmg mula2 orang kan datang tapi percayalah pasti x lama…
Creadit. 100% by owner.
Wednesday, November 23, 2011
Tips untuk Pembaca Blog Yang Setia ♥
Assalamualaikum^^
Sekian hari semakin hari tanpa entri untuk pembaca setia.. oleh kerana lily terlalu buzy dan banyak urusan yang perlu lily selesaikan. oleh itu seringkas kata-kata manis akan yang lily akan lontarkan adalah TIPS UNTUK PEMBACA BLOG YANG SETIA MEMBACA.
Rasa hati lily hari ni nak sharekan tips berbelog. Tips ini adalah untuk menjadikan blog anda ada pembaca setia malah akan lebih hebat. sangat simple (*_*)
1. Blog mestilah dalam keadaan kemas dan senang faham dengan kandungan yang jelas. ia merangkumi pelbagai jenis.
2. ''Entri ku terbaik yang pernah aku bikin.'' Jadi anda rasa entri anda adalah yang terbaik, mestilah yang mengandungi info terkini , tips (pelbagai tips), tutorial yang memberi manfaat si pembaca atau kisah harian anda yang menarik perhatian si pembaca.
Rasa hati lily hari ni nak sharekan tips berbelog. Tips ini adalah untuk menjadikan blog anda ada pembaca setia malah akan lebih hebat. sangat simple (*_*)
1. Blog mestilah dalam keadaan kemas dan senang faham dengan kandungan yang jelas. ia merangkumi pelbagai jenis.
contonya :
- Warna
-- warna memainkan peranan penting dalam setiap belog. jika memilih warna yang terlalu terang akan membuat mata si pembaca jadi sakit dan memeningkan. jadi ubahlah warna yang redup tapi anggun.
- Tulisan(font)
-- Pemilihan font ikut kesesuaian belog dan tema. tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik.. kalau besar boleh gagah lagi nak baca, kalau halus sangat macam mana kan..? ? jadi ia akan menbuatkan si pembaca blah dari belog anda dan lari sejauh 30km/jam..^^
- Susunan Blog
-- susunan yang adalah hak pemilik belog itu yang berhak menentukan agar nampak kemas.. jadi pilihlah susunan yang tetap dan selesa pada diri belog anda dan si pembaca.
2. ''Entri ku terbaik yang pernah aku bikin.'' Jadi anda rasa entri anda adalah yang terbaik, mestilah yang mengandungi info terkini , tips (pelbagai tips), tutorial yang memberi manfaat si pembaca atau kisah harian anda yang menarik perhatian si pembaca.
- Hindarkan membuat entri yang agak membusan seperti ''setiap kali pembaca setia anda masuk belog anda entri anda adalah kisah boyfie atau kekasih.. sesekali mungkin kot.
3. ''Lambatnya nak loadinggg.. Belog dah cantik di serikan dengan entri menarik.. tapiii.. lembat macam siput ! " Dialog seperti ini mesti pernah terlintas dihati anda kan.??
jadi langkah yang terbaik adalah anda mengingatkan diri blog anda itu supaya tidak terlalu lambat untuk loading atau si pembaca setia anda susah nak masuk..
kalau lily dah malas nak tunggu lama-lama sebab lily adalah salah seorang penguna broadband je.. kalau line slow tak boleh kata apa dah.. mula nak hangin satu badan.
jadi langkah yang terbaik adalah anda mengingatkan diri blog anda itu supaya tidak terlalu lambat untuk loading atau si pembaca setia anda susah nak masuk..
kalau lily dah malas nak tunggu lama-lama sebab lily adalah salah seorang penguna broadband je.. kalau line slow tak boleh kata apa dah.. mula nak hangin satu badan.
apa yang harus anda lakukan adalah :
- Buang wedget yang tak tentu hala.
- Tak perlu lagu yang rancak menyebabkan pening kepala si pembaca setia anda. kalau nak pasang jugak pilih lagu yang agak sentimental..
- atau yang terbaik adalah tak payah pasang langsung.. sebab sesetengah pembaca hanya berminat dengan entri menarik yang anda sampaikan bukan lagu memekakkan telinga ibarat peceh hancur gegendang telinga.
- Jangan terlalu banyak wedget yang berkelip-kelip ia jugak akan membuatkan lambat loading.
4. Gambar yang menarik juga salah satu faktor utama membuatkan si pembaca tertarik dengan belog anda. tak perlu dengan camera yang canggih.. pakai handpon cikai pun ok. **Amboi hinanya. Asalkan cantikkan dan jelas kan gambar yang kita tangkap tu.
5. Gambar dah la besar tapi lambat loading.. ape kes, macam mana nak tengok kan.. jadi pemilihan gambar juga penting dari segi gambar yang jelas (bagi mereka-mereka yang suka upload gambar sebemban) dan saiz yang sesuai mengikut kelebaran belog anda. si pembaca pun akan puas hati dan akan datang lagi..
5. Gambar dah la besar tapi lambat loading.. ape kes, macam mana nak tengok kan.. jadi pemilihan gambar juga penting dari segi gambar yang jelas (bagi mereka-mereka yang suka upload gambar sebemban) dan saiz yang sesuai mengikut kelebaran belog anda. si pembaca pun akan puas hati dan akan datang lagi..
Habis disini saja tips lily kali ni.. lily harap tips ini mungkin jalan yang terbaik untuk meningkatkan prestasi blog anda dan memiliki pembaca setia. Tapi lily perlu ingatkan anda semua untuk memiliki "si pembaca setia" bukan hanya dimata anda mempunyai Follower yang ramai.. ada 2,3 puluh orang pun sudah memadai.. jika mereka berminat dengan belog /tuan belog/ dan entri menarik anda.
p/s : Terima kasih kerana sudi baca tips cikai yang tak seberapa dari lily ni.. harap dapat memberi manfaat kepada anda.
p/s 1 : Harap maaf lily tak dapat nak terima Friend di facebook, dah full.. hanya LIKE PAGE boleh.. ^^












